Nature Art Festival - NAFAS

Nature Art Festival - NAFAS Nature Art Fest (NAFAS) - Membudayakan kesenian alam sekitar melalui kolaborasi elemen sastera, muzik dan komunikasi visual.

16/04/2025

Jika anda mengesyaki ianya projek haram & membawa kemudaratan serta pencemaran, kenal pasti apakah status & lokasi kawasan tersebut. Jika ia terletak di dalam:

1. Hutan Simpan - laporkan pada Jabatan Perhutanan

2. Tanah Kerajaan - lapor pada Pejabat Tanah & Daerah & Jabatan Alam Sekitar

3. Tanah Persendirian - lapor pada PBT (untuk tanya kebenaran merancang) dan Jabatan Alam Sekitar.

4. Taman Negeri - Jabatan Perhutanan atau Perbadanan Taman Negeri

5. Taman Negara - Jabatan Perhilitan

Bagaimana ingin tahu status tanah? Sila lihat jika ada papantanda kawasan menunjukkan ia tanah hutan simpan, hakmilik ataupun kerajaan

Rentas Pulau Giam : Kesedaran Alam Sekitar sempena Hari Tanah Lembab Sedunia 2025
28/01/2025

Rentas Pulau Giam : Kesedaran Alam Sekitar sempena Hari Tanah Lembab Sedunia 2025

Program Merentas Pulau Giam: Kesedaran Perlindungan Habitat Laut

Jom sertai kami pada 31 Januari hingga 2 Februari untuk Program Merentas Pulau Giam sempena fenomena air surut timpas di Pulau Pangkor!

Antara aktiviti yang akan berlangsung:

🌏Merentas sambil belajar mengenai habitat laut dari Teluk Nipah ke Pulau Giam
🌏Taklimat keselamatan oleh pihak berkuasa
🌏Taklimat kesedaran & pendidikan habitat laut oleh KUASA
🌏Pameran daripada pelbagai NGO & agensi
🌏Jualan
🌏Aktiviti sukan air
🌏Pertandingan mengambil gambar
🌏Sambutan Hari Tanah Lembap

Mari kita nikmati keindahan alam sambil memupuk kesedaran terhadap tanggungjawab bersama menjaga khazanah semula jadi di Pulau Pangkor ini. Jangan lepaskan peluang untuk terlibat dalam program unik ini!

📅 Tarikh: 31 Januari - 2 Februari
📍 Lokasi berkumpul: Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Majlis Perbandaran Manjung
Ocean 9




Tahniah Ghomah Batik …. Dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA.
13/09/2024

Tahniah Ghomah Batik …. Dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA.

Karnival Mesra  Anak Muda - KAMU
07/09/2024

Karnival Mesra Anak Muda - KAMU

Konservasi Merdeka!
24/08/2024

Konservasi Merdeka!

PROGRAM KONSERVASI & PENDIDIKAN HABITAT PERSISIR PANTAI BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2024

Tempat: Pantai Pasir Panjang, Segari, Perak
Tarikh: 31 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 12 tengah hari

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-67 pada tahun ini, Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan menganjurkan Program Konservasi & Pendidikan Habitat Persisir Pantai di Pantai Pasir Panjang, Segari.

Bagi menghayati semangat cintakan negara kita, kami menjemput orang ramai untuk menyertai kami dalam program ini agar kita dapat bersama-sama mempelajari kepentingan untuk memelihara dan memulihara habitat persisir pantai sebagai warisan alam semulajadi negara kita!

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah aktiviti pembersihan pantai, sesi perkongsian mengenai khazanah alam di persisir pantai daerah Manjung serta pameran tentang aktiviti pemuliharaan & pemeliharaan khazanah alam di Manjung.

Tentatif Program:

9.00 pagi : Pendaftaran
9.15 pagi : Acara Pembukaan (Ucapan Aluan & Nyanyian Lagu Kemerdekaan)
9.30 pagi : Aktiviti Pembersihan Pantai
10.30 pagi : Aktiviti Audit Hasil Kutipan Sampah
11.00 pagi : Sesi Perkongsian “Keunikan Persisir Pantai Manjung”
12.00 tengah hari : Acara Penutup

Program ini terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Anda boleh mendaftar dengan mengisi borang di pautan ini: https://forms.gle/tLNLztk2YJuS5PGD9

Anda boleh hubungi urusetia kami, Atiqah melalui WhatsApp di +6011-36522495 bagi sebarang pertanyaan.

Dalam kita menyambut Hari Ekosistem Hutan Paya Bakau, ada pihak tidak bertanggungjawab memusnahkannya. Pilu!
08/08/2024

Dalam kita menyambut Hari Ekosistem Hutan Paya Bakau, ada pihak tidak bertanggungjawab memusnahkannya. Pilu!

Address

Laman KaryaJalan T**i Panjang
Lumut
32200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nature Art Festival - NAFAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nature Art Festival - NAFAS:

Share