Dewan Muslimat Pas Lumut

Dewan Muslimat Pas Lumut ISLAM MEMIMPIN WANITA SEJAHTERA

12/05/2026

Jururawat merupakan antara insan yang banyak berkorban demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terjaga. Sama ada di hospital atau klinik, di sektor swasta mahupun kerajaan, mereka sentiasa menjalankan amanah dengan penuh sabar, cekal dan dedikasi.

Mereka ialah tulang belakang sektor kesihatan negara. Para jururawat setia bertugas, merawat pesakit, menenangkan keluarga dan memastikan setiap urusan rawatan berjalan lancar.

Terima kasih buat semua jururawat atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai. Semoga sentiasa diberi kekuatan, kesihatan dan ganjaran yang besar atas setiap kebaikan yang dicurahkan. 🤍

09/05/2026
🌷MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT & DOA KESEJAHTERAAN🌷Anjuran Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat Pas Kawasan Lumut💚ALHAMDULIL...
07/05/2026

🌷MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT & DOA KESEJAHTERAAN🌷
Anjuran Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat Pas Kawasan Lumut💚

ALHAMDULILLAH & TERIMA KASIH

🌷Kepada Pengurusan dan Biro Muslimat Surau Madah menyediakan ruang tempat untuk majlis hari ini.

🌷Kepada semua yang hadir dan yang berkongsi rezeki membawakan juadah.

🌷Kepada khalifah Yasin & Imamah Solat Hajat, juga terima kasih buat semua yang terlibat.

Semoga ALLAH mengangkat doa2 kita dan dimudahkan segala urusan kita semua, In Shaa ALLAH.
🌹🌸🌹🌸🌹

Mengundang kemurkaan Allah SWT
01/05/2026

Mengundang kemurkaan Allah SWT


01/05/2026

Bukan semua jalan mudah, bukan semua hari indah.
Tapi kita tetap melangkah, demi keluarga, demi tanggungjawab yang dipikul dengan penuh amanah.

Moga rezeki yang kita cari setiap hari adalah rezeki yang halal, yang bersih, dan penuh keberkatan. Kerana dalam setiap usaha yang kita niatkan kerana-Nya, ada pahala yang mengalir tanpa henti.

Selamat Hari Pekerja✨

23/04/2026

Pertahan Institusi Keluarga, Tolak Budaya “Office Wife” dan “Office Husband

1. Dewan Muslimat PAS Negeri Perak menyokong penuh teguran Jabatan M***i Negeri Perak berhubung fenomena “office wife” dan “office husband” yang semakin membimbangkan dalam budaya kerja masa kini.

2. Islam tidak menghalang wanita bekerja dan mencari rezeki halal, namun setiap urusan mesti dipandu dengan adab pergaulan, batas syarak serta menjaga maruah diri dan institusi keluarga.

3. Hubungan terlalu rapat antara rakan sekerja berlainan jantina sehingga melibatkan perkongsian emosi, urusan peribadi dan kebergantungan yang menyerupai pasangan suami isteri adalah perkara yang perlu dibendung segera.

4. Normalisasi istilah “office wife” dan “office husband” bukan sahaja membuka ruang fitnah, malah boleh merosakkan keharmonian rumah tangga, mengganggu kestabilan emosi dan menggugat institusi keluarga.

5. Dewan Muslimat PAS Negeri Perak menyeru semua majikan, jabatan kerajaan dan sektor swasta agar memperkukuhkan budaya kerja profesional, selamat dan patuh syariah, serta memastikan hubungan sesama pekerja sentiasa berasaskan hormat, amanah dan integriti.

6. Institusi keluarga adalah benteng utama masyarakat. Sebarang budaya yang boleh meruntuhkan asas ini wajib dicegah lebih awal demi kesejahteraan ummah dan keberkatan negeri Perak.

19/12/2025
19/12/2025
19/12/2025

Inilah cara kami orang PAS bekerja.

Bila nelayan Batu 8 Lekir diuji, pelantar hanyut dibawa arus deras, sampan rosak, rezeki terputus. Kami tidak menunggu kamera, tidak menunggu arahan panjang.

Kami turun dan bantu seadanya.

Sekampit beras.
Sepapan telur.

Mungkin kecil pada nilai,
tetapi besar pada makna untuk mereka yang hilang punca rezeki.

📍 Pusat pengumpulan

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang

Kami tidak menjanjikan kemewahan.
Kami hadir dengan empati, kebersamaan dan tanggungjawab.

Inilah PAS.
Bila rakyat susah, kami ada.
Bila nelayan diuji, kami bersama.



Moga Allah panjangkan usia ke duanya dan hidup bahagia hingga ke Jannah 🤲🏻
16/12/2025

Moga Allah panjangkan usia ke duanya dan hidup bahagia hingga ke Jannah 🤲🏻

Address

Lumut
32040

Telephone

+601132129377

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat Pas Lumut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Muslimat Pas Lumut:

Share