Belia 1828 N79 Bukit Kota

Belia 1828 N79 Bukit Kota Sayap Belia N.79 Bukit Kota.

Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Ahli Jawatankuasa Protem Sayap Belia PBB N.79 berlangsung dalam suasana santai dan penuh ...
23/04/2026

Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Ahli Jawatankuasa Protem Sayap Belia PBB N.79 berlangsung dalam suasana santai dan penuh kemesraan, menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan belia🔥✨

YB Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, ADUN N.79 Bukit Kota merangkap Ketua Cawangan PBB N.79 Bukit Kota hadir sama bagi meluangkan masa beramah mesra serta berkongsi pandangan dan sokongan terhadap peranan aktif belia dalam pembangunan komuniti setempat.

Semoga hubungan yang terjalin ini terus diperkukuh demi melahirkan generasi belia yang progresif, berdaya saing dan sentiasa komited dalam menyumbang kepada masyarakat.

Hadir sama Ketua Wanita PBB N.79 Bukit Kota, Bonda Niti Rosli; Pengerusi Majlis Daerah Limbang merangkap Ketua Pergerakan Pemuda N.79 Bukit Kota, Kr. Sufian Mohat serta Ahli-ahli Jawatankuasa Badan Bapa, Wanita, Pemuda dan Belia PBB N.79 Bukit Kota.

Gambar oleh 📸 : Zaidi

Prihatin dan bersama dalam saat getir 🤝Bersama YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ketua Cawangan PBB N.79 Bukit Kota telah...
22/04/2026

Prihatin dan bersama dalam saat getir 🤝

Bersama YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ketua Cawangan PBB N.79 Bukit Kota telah menziarahi rumah mangsa kebakaran di RH Sengat Batu 8 Limbang.

Salah seorang mangsa yang terkesan adalah Setiausaha Belia PBB N.79, saudari Racheal Ramon Chew Mei Ling. Semoga beliau dan keluarga diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi dugaan ini.

Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban dan menjadi tanda kebersamaan kita sebagai satu keluarga besar.

Turut hadir Timbalan Ketua Cawangan PBB N.79 Bukit Kota, Ayahanda Hj Osman Salleh, Ketua Wanita PBB N.79 Bukit Kota, Bonda Niti Rosli, Ketua Pergerakan Pemuda PBB N.79 Bukit Kota, Kr. Sufian Mohat, Ketua Belia PBB N.79 Bukit Kota, Adzri Adrus serta wakil-wakil daripada Badan Bapa, Wanita, Pemuda dan Belia PBB N.79.

.79BukitKota

📸 : Zaidi

20/04/2026

KONVENSYEN GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS) 2026

19 APRIL 2026 | KONVENSYEN GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS) 2026 BORNEO CONVENTION CENTRE (BCCK), KUCHINGBerlangsungnya Konv...
20/04/2026

19 APRIL 2026 | KONVENSYEN GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS) 2026
BORNEO CONVENTION CENTRE (BCCK), KUCHING

Berlangsungnya Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) 2026, seramai dua orang wakil dari Pergerakan Belia PBB N79 Bukit Kota telah menghadiri untuk bersama-sama memeriahkan majlis perasmian yang telah berlangsung di Borneo Convention Centre, Kuching. Majlis perasmian tersebut dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abang Rahman Zohari bin Tun Datuk Haji Abang Openg, Premier Sarawak merangkap Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan jayanya.

Detik penuh bersejarah ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh agenda pembangunan negeri Sarawak yang progresif, inklusif dan berdaya saing. Semangat kesatuan yang terpamer menjadi lambang kekuatan rakyat yang sentiasa berdiri teguh di bawah panji kemajuan dan kesejahteraan bersama. Program ini bukan sekadar acara perasmian, tetapi simbol aspirasi besar ke arah Sarawak yang lebih gemilang, makmur dan berwawasan tinggi.

Di samping itu, keterlibatan aktif belia dalam platform seperti ini membuktikan bahawa suara anak muda sentiasa diambil kira dalam merangka dasar Sarawak yang lebih inovatif dan dinamik. Melalui semangat dan idealisme yang tinggi, belia berperanan sebagai agen perubahan yang mampu menggerakkan komuniti ke arah mencapai visi Sarawak sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.

11 April 2026 | MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANGSeramai lima orang wakil daripada Pergerakan Belia PBB N79 Buki...
13/04/2026

11 April 2026 | MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG

Seramai lima orang wakil daripada Pergerakan Belia PBB N79 Bukit Kota telah hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abang Rahman Zohari bin Tun Datuk Haji Abang Openg, Premier Sarawak merangkap Presiden PBB.

Kehadiran kami adalah bukti komitmen belia dalam menyokong agenda pembangunan negeri yang inklusif dan berdaya saing. Semoga semangat kesatuan ini terus menjadi nadi ke arah Sarawak yang lebih makmur dan berwawasan tinggi! 🌟



Gambar oleh: Zaidi & Zahirah

29 MAC 2026 | 7:30 malamLimbangMAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI PBB N79 BUKIT KOTA 2026Bertempat di Dewan Bunga Raya Limban...
30/03/2026

29 MAC 2026 | 7:30 malam
Limbang

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI PBB N79 BUKIT KOTA 2026

Bertempat di Dewan Bunga Raya Limbang, yang dihadiri oleh YB Dr Abdul Rahman Ismail, Ketua Cawangan PBB N79 Bukit Kota bersama isteri , Datin Dayang Maimunah Awang Muhammad Daud.

Turut hadir Ayahanda Hj Osman Salleh Timbalan Ketua Cawangan N79 Bukit Kota, Bonda Niti Rosli Ketua Wanita N79 Bukit Kota, Kr Sufian Mohat Ketua Pemuda N79 Bukit Kota , Saudara Fawwaz Suptu@Sabtu Penolong Ketua Penerangan Belia , En Sarduni Mingai Bendahari Cawangan N79 Bukit kota .

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran semua AJK Badan Bapa, Wanita , Pemuda , Belia serta Ketua-ketua Ranting.

Setiap senyuman yang terukir, setiap jabat tangan yang bersambut, membawa makna kebersamaan yang tidak ternilai seolah-olah masa berhenti sejenak untuk meraikan ikatan yang dibina atas dasar kepercayaan, perjuangan dan kasih sesama insan.

Selamat Hari Raya, Salam Lebaran

2 Februari 2025 TEKKEN8 MINI TOURNAMENT Telah berlangsungnya Pertandingan TEKKEN8 MINI TOURNAMENT anjuran Sayap Belia 18...
02/02/2025

2 Februari 2025
TEKKEN8 MINI TOURNAMENT

Telah berlangsungnya Pertandingan TEKKEN8 MINI TOURNAMENT anjuran Sayap Belia 1828 N79 Bukit Kota. Penyertaan melibatkan 21 orang peserta Mini Tour dan hampir 30 orang pemain Open Match telah melibatkan diri dalam aktiviti ini. Penganjuran ini adalah satu usaha ataupun langkah permulaan bagi memperkasa sukan elektronik di Limbang melihatkan sukan elektronik merupakan salah satu bidang yang semakin berkembang seiring dunia digital.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Pesta Ria Limbang kerana memberi peluang kepada kami untuk terlibat membuat pengisian program. Ucapan terima kasih juga kepada semua peserta yang terlibat. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat dijalankan pada masa akan datang dengan skala penganjuran yang lebih besar demi memperkasa E-Sport di daerah Limbang.

Semoga berjumpa lagi, Terima Kasih!

30/01/2025
TEKKEN8 MINI TOURNAMENT. Sukacita diumumkan bahawa Sayap Pergerakan Belia PBB N79 Bukit Kota akan menganjurkan Tekken8 M...
30/01/2025

TEKKEN8 MINI TOURNAMENT.

Sukacita diumumkan bahawa Sayap Pergerakan Belia PBB N79 Bukit Kota akan menganjurkan Tekken8 Mini Tournament bertempat di Pesta Ria Limbang. Bermula jam 10.00 pagi sehingga tamat.

PERNYERTAAN ADALAH TERBUKA DENGAN YURAN HANYA SEBANYAK RM5 SAHAJA.

Marilah menyokong aktiviti kami dan turut serta sebagai perserta. Hadiah menarik menanti anda. Sama sama kita menyokong segala aktiviti yang akan diadakan di Pesta Ria Limbang. Jom ramai ramai memeriahkan Pesta Ria Limbang!

18 JANUARI 2025 MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT PERWAKILAN PBB ZON UTARA | PULLMAN HOTEL MIRI “Dengan keberanian untuk beruba...
22/01/2025

18 JANUARI 2025
MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT PERWAKILAN PBB ZON UTARA | PULLMAN HOTEL MIRI

“Dengan keberanian untuk berubah dan inovasi berterusan, belia mampu menjadi contoh kepada dunia”

Seramai lima orang belia telah menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Zon Utara di Hotel Pullman Miri, Sarawak. Majlis telah dirasmikan oleb Premier Sarawak iaitu YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari selaku Yang Dipertua Parti PBB Sarawak.

Pengisian program adalah seperti berikut
1. Penerangan Mengenai Perlembagaan Parti PBB Sarawak.
2. Penerangan PCDS 2030
3.Perihal Tanah
4. Inisiatif Kerajaan Sarawak
5.Majlis Perasmian.

Semoga dengan menghadiri Majlis Perasmian ini, semangat perjuangan serta kecintaan terhadap parti PBB Sarawak akan terus terpasak dalam atma setiap belia-belia di Sarawak.

Berkorban Bersatu

Address

Limbang
98700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia 1828 N79 Bukit Kota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Belia 1828 N79 Bukit Kota:

Share