17/11/2025
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
LIMBANG, 16 November 2025 - Pertandingan Seni Silat sempena Festival Kesenian Islam (FKI) Peringkat Daerah Limbang Tahun 1447H/2025M telah berlangsung dengan penuh semangat dan diseleraskan oleh Rumpun Silat Sarawak Wilayah Limbang.
Pertandingan ini menyaksikan penyertaan daripada dua perguruan terkenal iaitu Perguruan Silat Pasak Pupohan dan Perguruan Seni Silat Tiga Serangkai.Tiga kategori dipertandingkan iaitu Tunggal, Ganda dan Berkumpulan, di mana setiap pasukan mempamerkan keindahan dan keaslian gerak silat masing-masing.
Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN N.79 Bukit Kota bersama isteri beliau, Datin Dayang Maimunah Awang Muhammad Daud, selaku Pengerusi Kehormat PERKIM Limbang. Majlis berlangsung di pekarangan Masjid Baitul Iman Daerah Limbang.
Lebih 800 orang hadir memeriahkan majlis pagi itu yang turut diisi dengan penyampaian hadiah pelbagai pertandingan seperti Silat, Zikir Marhaban, Nasyid dan cabutan bertuah.
Festival ini bertemakan โSeni Menyatukan Ummahโ, anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Daerah Limbang (JTPIL), berjaya menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan dalam suasana penuh harmoni, memperlihatkan semangat perpaduan dan kekuatan seni budaya Islam.
Turut hadir, Pegawai Daerah Limbang, Encik Sulaiman Engal, Pegawai Agama Islam Limbang, Abdul Rahim Awang Rosely, Pemanca Sahat Bagol, serta Hj Razduan Bin Ibrahim, Pengerusi Rumpun Silat Sarawak Wilayah Limbang.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta!
Teruskan memperjuangkan warisan seni bangsa. Silat bukan sekadar warisan ia adalah jati diri.
๐ฝ๐๐ง๐จ๐๐ฃ๐,๐ฝ๐๐ง๐๐ช๐๐,๐ฝ๐๐ง๐๐๐ ๐ฉ๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ฝ๐ผ๐๐