19/08/2025
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak ( KGBS ) Cawangan Limbang akan mengadakan Majlis Apresiasi Jasamu Dikenang dan Mesyuarat Agong pada 23 Ogos 2025 (Sabtu) di Dewan Persatuan Melayu, Limbang.
Majlis ini diadakan bagi memberikan penghormatan kepada para guru KGBS yang baharu saja bersara atas jasa serta pengorbanan mereka. Di samping itu juga, kami turut ingin meraikan kejayaan cemerlang anak-anak ahli KGBS dalam SPM & STPM bagi tahun 2023 & 2024.
Kepada ahli-ahli KGBS yang anak-anaknya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun 2023 & 2024 (5A ke atas) dan STPM tahun 2023 & 2024 (3.0 ke atas) serta anak-anak ahli yang menyambung pelajaran ke menara gading (Kolej / Politeknik / Matrikulasi / Universiti awam atau swasta) sila isi link di bawah bagi tujuan untuk mengumpul maklumat bagi menyampaikan saguhati daripada KGBS Cawangan Limbang semasa Majlis Apresiasi, Jasamu Dikenang dan Mesyuarat Agong nanti.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScgFCUxoyJmb8vXaj_b7g6PNbKCo3FcgJbdSjjq2Ih2FksA7Q/viewform?usp=header
Bah, jadi jangan lupa temujanji kita ah. Mari tah kita beramai-beramai datang dan memeriahkan lagi majlis kita ini. Semoga dengan ini ikatan ukhwah kita akan lebih terjalin erat bagi menjamin kebajikan ahli-ahli KGBS kita.
Dan kita ada cabutan bertuah bagi ahli-ahli KGBS yang hadir pada majlis tersebut 🎉🎉🎉😁
Jumpa di sana! 😁
p/s: Mohon bantu sebarkan kepada rakan-rakan ahli KGBS. Terima kasih.