Pusat Khidmat N79 Bukit Kota

Pusat Khidmat N79 Bukit Kota Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat N79 Bukit Kota, Community Center, Jalan Wong Tsap En, Limbang.

Page ini digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada umum dan coretan aktiviti ADUN N79 Bukit Kota yang juga merupakan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh umat Islam di mana jua berada, khususnya kepada warga N.79 Bukit Ko...
16/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh umat Islam di mana jua berada, khususnya kepada warga N.79 Bukit Kota.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan Awal Muharram 1448 Hijrah, permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam dengan penuh keberkatan dan makna.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW mengajar kita tentang nilai pengorbanan, kesabaran, perpaduan dan keazaman dalam menghadapi cabaran demi mencapai kehidupan yang lebih baik.

Semangat hijrah ini wajar dijadikan inspirasi untuk kita terus memperkukuh ukhwah, memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama serta bersama-sama membangunkan negeri dan negara.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa sinar harapan, keberkatan rezeki, kesejahteraan dalam hidup dan kejayaan yang lebih gemilang buat kita semua.

12 Jun 2026KuchingMesyuarat Bersama Blackstone Consultancy (BC) Pemasaran Produk Melalui Media Sosial dipengerusikan YB ...
12/06/2026

12 Jun 2026
Kuching

Mesyuarat Bersama Blackstone Consultancy (BC) Pemasaran Produk Melalui Media Sosial dipengerusikan YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya.

BC ialah sebuah syarikat teknologi digital berpangkalan di Sarawak yang menawarkan perkhidmatan penggunaan berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu organisasi meningkatkan kecekapan operasi, memperkukuh penjenamaan digital serta mempertingkat keberkesanan komunikasi dan pemasaran melalui pelbagai platform digital termasuk media sosial.

Teknologi AI dilihat berpotensi menjadi pemangkin pertumbuhan dengan memudahkan akses kepada penyelesaian digital yang berkesan serta mempercepatkan pertumbuhan perniagaan secara mampan bagi organisasi seperti Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan Pertubuhan Peladang Kawasan di bawah Jabatan Pertanian (DOA) Sarawak.

Hadir sama Melanie Mellissa John, Ketua Seksyen Pengkomersialan dan Pelaburan M-FICORD, Heidylia Joshua, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Bahagian Institut Peladang DOA Sarawak, Clare Hennevessa Hendrik, Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Industri Asas Tani DOA Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Ahli Lembaga Pengarah BC, Magerate Nanyang Senin, Timbalan Pengurus Besar PPNS, Anton Dandut, Pengasas BC, Gloria Nanang, Ketua Pegawai Operasi Peladang Pemegangan (Sarawak) Sdn Bhd dan Lauren Evita Ganti, Pembantu Akaun Eksekutif Peladang Consultancy Sdn Bhd.

12 Jun 2026KuchingYB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah m...
12/06/2026

12 Jun 2026
Kuching

YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Maragang GreenValley Dairy SB (MGVD) mempengerusikan MGVD Bersama
Cahaya Muqarrobin Resources Sdn Bhd (CMR) Konsultan Artificial Insermination (AI) di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya.

CMR merupakan syarikat yang mula beroperasi pada tahun 2010 dengan penglibatan awal dalam pengurusan ladang getah sebelum berkembang menjadi syarikat agro pelbagai bidang termasuk penternakan dan kini diiktiraf sebagai satu-satunya syarikat di Sarawak yang mempunyai kepakaran dalam kaedah Artificial Insemination (AI) bagi pembiakan lembu hibrid.

Hadil perbincangan, MGVD pada dasarnya bersetuju untuk menjalin kolaborasi strategik bersama CMR bagi memperkukuh dan meningkatkan aktiviti pembiakan lembu di Stesen Pembiakan Kerbau Maragang, Lawas.

Hadir sama Datu Dr Adrian Susin Ambut, ALP MGVD, Dr William Rovina Nating, Timbalan Pengarah Pembangunan Industri Ternakan Jabatan Perkhidamatan Veterinar Sarawak (JPVS), Norizawati Muhamad Nur, Pegawai Penyelidik Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JPVS, Dr Raja Imran Shah, ALP MGVD merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MGVD, Gom Raway, wakil Korporat Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS), Magerate Nanyang Senin, Setiausaha ALP MGVD, Wan Mahendra Wan Mohtar, Pengarah CMR dan Wan Nur Qamarina Wan Jesfrydi, Pengurus Pembangunan Perniagaan CMR.

12 Jun 2026KuchingMesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Maragang GreenValley Dairy SB (MGVD) dipengerusikan YB Datuk Dr ...
12/06/2026

12 Jun 2026
Kuching

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Maragang GreenValley Dairy SB (MGVD) dipengerusikan YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah merangkap Pengerusi ALP MGVD di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya.

Agenda utama perbincangan tertumpu kepada pembentangan perkembangan semasa projek, perkara-perkara berkaitan pengurusan, laporan kewangan serta perancangan strategik syarikat bagi Projek Pengoperasian Stesen Pembiakan Kerbau Maragang, Lawas, dengan fokus utama pada tahun semasa untuk memperkukuh aktiviti pembiakan kerbau dan fokus bagi penghasilan keju berasaskan susu kerbau pada tahun hadapan.

Hadir sama Datu Dr Adrian Susin Ambut, ALP MGVD, Dr Raja Imran Shah, ALP MGVD merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MGVD, Gom Raway, wakil Korporat Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS), Magerate Nanyang Senin, Setiausaha ALP MGVD dan Globing Daco, Eksekutif Akaun PPNS.

11 Jun 2026KuchingYB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah S...
11/06/2026

11 Jun 2026
Kuching

YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Maragang GreenValley Dairy SB (MGVD) mengadakan Lawatan Kerja Bersama ALP MGD ke Ladang Lembu Cahaya Muqarrobin Resources Sdn Bhd (CMR) di Munggu Ali, Rambungan.

Ladang Lembu CMR mengaplikasikan kaedah Inseminasi Buatan (AI) bagi memperkukuh program pembiakan ternakan melalui peningkatan kualiti genetik, pengembangan baka unggul dan pengurangan risiko penyebaran penyakit serta memanfaatkan teknologi Internet Kebendaan (IoT) untuk pemantauan kesihatan dan pergerakan ternakan di samping mengoptimumkan pengurusan makanan, bekalan air dan pengesanan awal penyakit melalui penggunaan sensor pintar.

Pada tahun ini CMR telah berjaya membuntingkan 52 ekor lembu betina melalui kaedah AI dengan kadar kejayaan 100 peratus dan sehingga kini CMR memelihara 94 ekor lembu daripada pelbagai baka di kawasan ladang berkeluasan 122 ekar.

Hadir sama Datu Dr Adrian Susin Ambut, ALP MGVD, Dr Raja Imran Shah, ALP MGVD merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MGVD dan Wan Mahendra Wan Mohtar, Pengarah CMR dan Mohd Sapawi Seli, Pembantu Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Kuching.

11 Jun 2026KuchingMesyuarat Bersama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak Berkenaan Cad...
11/06/2026

11 Jun 2026
Kuching

Mesyuarat Bersama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak Berkenaan Cadangan Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) Kampung Raeh, Samarahan dipengerusikan YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya.

Perkara utama yang dibincangkan ialah status semasa penyaluran peruntukan sebanyak RM800 ribu bagi cadangan Projek JPD Kampung Raeh yang telah diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta permohonan penduduk kampung agar pembinaan jalan utama diberi keutamaan dengan menggunakan peruntukan sedia ada sebelum pelaksanaan projek tersebut oleh RISDA Sarawak yang dijangka bermula pada tahun ini.

Hadir sama Ahmad Azmirul Azhar Ahmad Zaini, Timbalan Pengarah RISDA Sarawak, Muhammad bin Mustapha, Pegawai RISDA Bahagian Samarahan, Guang Latip, Ketua Kaum Kampung Raeh dan Alang Dawi, Setiausaha JKKK Kampung Raeh.

11 Jun 2026KuchingYB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah S...
11/06/2026

11 Jun 2026
Kuching

YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Rambungan Aqua Life Sdn Bhd (RAL) mempengerusikan Mesyuarat ALP RAL Kali Ke-19 di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya.

Mesyuarat membincangkan perkara-perkara berkaitan tadbir urus dan pengurusan syarikat, status kewangan semasa, isu serta cabaran yang dihadapi dalam pengoperasian projek, serta kemajuan terkini pelaksanaan Projek Ternakan Udang RAL di Kawasan Perindustrian Akuakultur Zon Rambungan, Loba Stoh dan Sampadi.

Hadir sama Temenggong Boniface Bada Enjah, ALP RAL, Kushiri Salleh, ALP RAL, Osaman Keri, ALP RAL, Sim Jin Tong, ALP RAL, Lee Choon Kheng, ALP RAL, Sim Ing Jye, ALP RAL merangkap Ketua Pegawai Eksekutif RAL, Gom Raway, Ketua Pegawai Kewangan RAL, Magerate Nanyang Senin, Setiausaha ALP RAL dan Globing Daco, Eksekutif Kewangan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak.

10 Jun 2026KuchingYB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah S...
10/06/2026

10 Jun 2026
Kuching

YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak mempengerusikan Mesyuarat Berkenaan Permohonan Tanah oleh Agro Harvest Sdn Bhd (AHSB) untuk Tanaman Durian di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya.

Perbincangan tertumpu kepada perkembangan terkini permohonan tanah kerajaan oleh AHSB bagi pembangunan pertanian komersial tanaman durian termasuk cadangan pembinaan kilang durian di Serian yang dijangka merancakkan ekonomi setempat serta mewujudkan peluang pekerjaan, sebelum permohonan kelulusan akhir dikemukakan kepada Premier Sarawak yang dijangka diselesaikan dalam bulan ini.

Hadir sama Hazijah Yusup, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Sektoral Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Emmy Zurina Omar, Pegawai Tadbir Kanan Cawangan Tanah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak, Abdul Khalil Amit, Penguasa Bahagian JTS Serian, Attin Rimpa, Pegawai Tanah JTS Serian, Dato Roslan Ahmad Darus, Pengarah AHSB dan Lim Kim Tai, Pengarah Urusan AHSB.

9 Jun 2026KuchingMesyuarat Perkembangan Terkini Projek Jalan Akses ke Taman Tasik Bukit Mas, Bangunan Persatuan Kedayan ...
09/06/2026

9 Jun 2026
Kuching

Mesyuarat Perkembangan Terkini Projek Jalan Akses ke Taman Tasik Bukit Mas, Bangunan Persatuan Kedayan Limbang, Pusat Tahfiz Al-Barakah, Tanjakan Perahu Tebingan Limbang dipengerusikan YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN N79 Bukit Kota di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya.

Projek Jalan Akses Taman Tasik Bukit Mas dijangka akan ditender pada Ogos 2026 dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada Oktober 2026, sementara itu bagi Projek Bangunan Persatuan Kedayan Limbang, kerja pembinaan dijangka dapat dimulakan pada Julai tahun ini.

Bagi Projek Tanjakan Perahu Tebingan Limbang, kerja pembinaan dijangka bermula pada September 2026, manakala bagi Projek Pusat Tahfiz Al-Barakah, kerja pembinaan dijadualkan bermula pada Oktober tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028.

Hadir sama Kr Sufian Mohat, Pengerusi Majlis Daerah Limbang, Bakeri Samsudin, Penguasa Bahagian Tanah dan Survei Limbang, Ir Ts Lo Seng Sian, Jurutera Awam Kanan JKR Sarawak, Mohd Faiz Shahzada Abdul Razak, Pegawai Keselamatan Jabatan Muzium Sarawak, Abdul Hafiz Bujang, Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Limbang dan konsultan.

8 Jun 2026KuchingYB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sa...
08/06/2026

8 Jun 2026
Kuching

YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) mempengerusikan Mesyuarat Berkenaan Perkembangan Terkini Dana Khas YAB Premier Sarawak Berjumlah RM60 Juta kepada PPNS di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya.

Hasil perbincangan, sebanyak RM15 juta daripada keseluruhan peruntukan RM60 juta yang diluluskan kepada PPNS bagi tujuan pembangunan dan operasi yang akan turut memberi manfaat kepada Pertubuhan Peladang Kawasan di seluruh Sarawak, dijangka dapat disalurkan pada suku ketiga tahun ini.

Penyaluran dana berkenaan akan dilaksanakan setelah semua urusan dokumentasi memenuhi keperluan serta prosedur yang ditetapkan, yang dijangka akan dapat diselesaikan pada bulan ini.

Hadir sama Mildred Voon Hian Ya, Ketua Bahagian Perancangan Sektor Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak, Hazijah Yusup, Penolong Pengarah Perancangan Sektor EPU Sarawak, Knot Atok, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan M-FICORD, Rodzita Ra'ali, Pegawai Ehwal Ekonomi Seksyen Dasar dan Perancangan M-FICORD, Gom Raway, Pengurus Besar PPNS dan Magerate Nanyang Senin, Timbalan Pengurus Besar PPNS.

Address

Jalan Wong Tsap En
Limbang
98700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6085211530

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat N79 Bukit Kota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share