05/01/2025
Assalamualaikum..
sedikit pedoman buat hadirin yang ke masjid..semoga bermanfaat untuk semua
Ada seorang budak yg rajin ke masjid, satu hari berkatalah dia kepada ayahnya, "Ayah, mula hari ini saya tak nak ke masjid lagi dah"
"Kenapa?", sahut ayahnya.
Jawap si anak; "kerana di masjid saya tengok orang2 yg nampak baik dan alim tapi sebenarnya tidak juga, ada yg sibuk dgn handphone, dan yang lain sibuk cerita keburukan orang".
Ayahnya pun berfikir sejenak dan berkata: "baiklah kalau begitu, tapi ada satu syarat yang kamu kena buat.. lepas itu ikut kamu lah.
"Buat apa tu ayah?" ,
"Ambil air satu gelas penuh, bawa berjalan keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yang tumpah!
Anak tadi pun membawa segelas air di atas tapak tangannya, berjalan keliling masjid dengan hati2, hingga tak ada setitis air pun yang tumpah.
Setibanya di rumah ayahnya bertanya, "Bagaimana, sudah kamu bawa air itu keliling masjid?
Jawap si anak; "Sudah ayah".
"Ada yg tumpah?"
Jawap si anak; "Takde".
"Ada di masjid tadi orang yang sibuk dengan handphone?".
"Saya tak perasan kerana pandangan saya hanya tertumpu pada gelas itu", jawab si anak.
"Ada di masjid tadi orang2 yang menceritakan keburukkan orang lain?" tanya ayahnya lagi, " Saya juga tak perasan kerana saya hanya tertumpu untuk menjaga air dalam gelas itu".
Ayahnya pun tersenyum lalu berkata;
"Begitulah kehidupan ini anakku, jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak akan ada masa untuk menilai keburukkan orang lain. Jangan sampai kesibukan menilai kualiti orang lain membuatmu lupa akan kualiti dirimu sendiri".
Mari kita berhenti bersangka buruk kepada insan lain. Fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja dan utk terus menerus menjadi positif.
Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.
ุฑุจูุง ุชูุจู ู
ูุง
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), AAMIIIN.