02/09/2026
Subhanallah... Syukur ke hadrat ilahi atas keizinanNya, kini Pondok Unais Maghfirah telah mencapai usia 1 tahun dalam pengoperasiannya. Salah satu projek yang telah membawa kehadiran pencinta ilmu di kalangan warga emas.
Kepada ayah bonda, terima kasih kerana telah mewarnai dan menceriakan Perkampungan Maghfirah dengan menghidupkan suasana ilmu di sini.
Semoga lebih ramai lagi yang sudi merealisasikan impian kami untu menjadikan Perkampungan Maghfirah sebagai satu "Taman Ilmu Untuk Semua".
Tahniah Pondok Unais Maghfirah.
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Setahun yang lalu, bonda melangkah masuk ke Pondok Unais Maghfirah dengan satu harapan. Iaitu mengisi usia dengan ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah.
Hari ini, sama-sama kita menoleh ke belakang dengan penuh rasa syukur. Ada harinya mudah, ada hari yang menguji. Ada tawa, ada air mata. Namun setiap hari, tetap ada ilmu yang dipelajari.
Selamat Ulang Tahun Pertama, buat seluruh warga Pondok Unais Maghfirah.