MBFM Felda Lenga Official

Directions Contact the organization

MBFM Felda Lenga Official Persatuan (MBFM) Felda Lenga ditubuhkan pada 02 April 2009.

5 Julai 2026 ( Ahad ) โœ… 12 Julai 2026 ( Ahad ) โœ… 24 Julai 2026 ( Jumaat ) โœ… Setiap pertemuan pasti ada penghujungnya, na...
25/07/2026

5 Julai 2026 ( Ahad ) โœ…
12 Julai 2026 ( Ahad ) โœ…
24 Julai 2026 ( Jumaat ) โœ…

Setiap pertemuan pasti ada penghujungnya, namun kenangan dan ukhuwah akan terus kekal.

Alhamdulillah, selesai sudah siri Program Sukan Mingguan MBFM Julai 2026 yang merangkumi Sepak Takraw , Bola Tampar dan Badminton Beregu Wanita ๐Ÿ ๐Ÿธ๐Ÿฅ‡

Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program kami ini . Di kesempatan ini juga , kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan , kelemahan atau kekhilafan daripada pihak penganjur sepanjang program ini dijalankan. Segala teguran dan pandangan akan kami jadikan sebagai penambahbaikan untuk penganjuran akan datang.

Doakan agar kami diberikan kekuatan dan rezeki untuk terus menganjurkan program-program yang lebih meriah pada masa hadapan. Semoga kita semua dapat bertemu lagi dalam program akan datang.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda semua ๐Ÿซถ๐Ÿป Semoga kita berjumpa lagi. ๐Ÿค

24 Julai 2026 โœ…Alhamdulillah , Program Badminton Beregu Wanita telah berlangsung dengan jayanya.Terima kasih kepada semu...
25/07/2026

24 Julai 2026 โœ…

Alhamdulillah , Program Badminton Beregu Wanita telah berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih kepada semua peserta yang sudi menyertai dan memeriahkan program ini. Tahniah kepada para pemenang dan syabas kepada semua yang terlibat dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Jumpa lagi di program MBFM Lenga yang akan datang! ๐Ÿธโœจ

12 Julai 2026 โœ… Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai Sukan Mingguan MBFM โ€“ Bola Tampar. ๐ŸKehadiran dan...
12/07/2026

12 Julai 2026 โœ…

Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai Sukan Mingguan MBFM โ€“ Bola Tampar. ๐Ÿ

Kehadiran dan semangat yang ditunjukkan menjadikan program ini lebih meriah dan bermakna . Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding . Tahniah juga kepada para pemenang! ๐Ÿ‘ Kepada yang belum berjaya , jangan berhenti untuk mencuba ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Teruskan menyokong setiap program MBFM ๐Ÿงก๐Ÿ’› Insya-Allah kita jumpa lagi dengan lebih ramai penyertaan, lebih meriah dan lebih padu! ๐Ÿ’ช๐Ÿ

Next ? Badminton beregu wanita luncurrrrrrrr ๐Ÿ„๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

5 Julai 2026 โœ… Selesai sudah Sepak Takraw Sukan Mingguan MBFM!Terima kasih kepada semua yang hadir, menyertai pertanding...
05/07/2026

5 Julai 2026 โœ…

Selesai sudah Sepak Takraw Sukan Mingguan MBFM!
Terima kasih kepada semua yang hadir, menyertai pertandingan dan memberikan sokongan sepanjang program berlangsung . Memang padu semangat yang ditunjukkan di gelanggang ๐Ÿ”ฅ

Tahniah kepada semua pemenang dan syabas juga kepada setiap peserta yang telah memberikan saingan terbaik . Menang atau kalah , yang paling penting ialah semangat kesukanan dan ukhuwah yang terjalin.

Jumpa lagi di program Sukan Mingguan MBFM yang seterusnya! ๐Ÿงก๐Ÿ’›

28 Jun 2026 (Ahad) NADI E-Sukan MADANI LegendAlhamdulillah, selesai sudah Program NADI E-Sukan MADANI Legend bersama NAD...
30/06/2026

28 Jun 2026 (Ahad)
NADI E-Sukan MADANI Legend

Alhamdulillah, selesai sudah Program NADI E-Sukan MADANI Legend bersama NADI FT MBFM

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta , urus setia serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Tahniah juga kepada semua pemenang atas pencapaian yang membanggakan . Kepada yang belum berjaya, jangan berputus asa . Teruskan berusaha dan semoga bertemu lagi pada program yang akan datang .

Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim, mencungkil bakat baharu dalam arena e-sukan serta memberi manfaat kepada komuniti setempat .

Terima kasih atas sokongan anda semua . Semoga kita berjumpa lagi dalam program-program akan datang ! ๐Ÿ’™๐ŸŽฎ

Alhamdulillah, tahniah kepada STF Felda Lenga kerana berjaya meraih tempat pertama dan kedua dalam โ€œKejohanan Sepak Takr...
21/06/2026

Alhamdulillah, tahniah kepada STF Felda Lenga kerana berjaya meraih tempat pertama dan kedua dalam โ€œKejohanan Sepak Takraw Fazli Sallehโ€ yang telah berlangsung di Dewan Tok Raja, Kampung Temiang Tanjung.

Tahniah diucapkan sekali lagi atas kejayaan dan kemenangan yang diraih. Semoga sukan ini dapat terus dikekalkan dan berkembang di kampung kita, serta menjadi pemangkin kepada minat anak-anak muda untuk lebih aktif melibatkan diri dalam pelbagai sukan yang ada di kampung.

๐Ÿ†๐Ÿฅ‡๐Ÿฅˆ๐Ÿ‘

17/04/2026
Salam Aidilfitri daripada kami , MBFM FELDA Lenga ๐Ÿค๐ŸŒ™โœจ
21/03/2026

Salam Aidilfitri daripada kami , MBFM FELDA Lenga ๐Ÿค๐ŸŒ™โœจ

17 Februari 2026 | Ziarah Ramadhan 2026 Alhamdulillah , selesai sesi petang Ziarah Ramadan anjuran MBFM Felda Lenga.Semo...
17/02/2026

17 Februari 2026 | Ziarah Ramadhan 2026

Alhamdulillah , selesai sesi petang Ziarah Ramadan anjuran MBFM Felda Lenga.

Semoga dengan sedikit sumbangan yang dihulurkan ini dapat membantu dan meringankan beban penerima dalam membuat persiapan menyambut kedatangan Ramadan pada tahun ini โ˜บ๏ธ

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini . Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan dikurniakan ganjaran serta keberkatan ๐Ÿคฒ๐Ÿป



17 Februari 2026 | Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Komuniti Felda Lenga Alhamdulillah, selesai sudah program goto...
17/02/2026

17 Februari 2026 | Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Komuniti Felda Lenga

Alhamdulillah, selesai sudah program gotong-royong pada pagi tadi yang dianjurkan oleh KKKFL dengan kerjasama JKKR, JPKK, KRT, GPW dan MBFM Lenga.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan, dan sempena Ramadan yang bakal tiba ini, semoga kita semua diberi kesihatan, kekuatan serta keberkatan dalam setiap amal ibadah yang dilakukan . Amin ya rabbal alamin ๐Ÿคฒ๐Ÿป



Address

Lenga
84040

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MBFM Felda Lenga Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MBFM Felda Lenga Official:

Shortcuts

Share