Saberkas Cawangan Ba'Kelalan

Saberkas Cawangan Ba'Kelalan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Saberkas Cawangan Ba'Kelalan, Youth Organization, Lawas.

03/04/2026

Ayuh sertai kemeriahan Program Sarawakku Sayang 2026 yang akan berlangsung pada 10 hingga 12 April 2026 bertempat di Kompleks Sukan, Limbang.

Program ini dianjurkan sebagai platform untuk mengeratkan perpaduan masyarakat serta memupuk gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang menarik untuk semua lapisan masyarakat.

Pelbagai aktiviti telah disediakan antaranya:
• Fun Run 5KM
• Senamrobik
• Sukan Tradisional (Tarik Tali & Slingshot)
• Sukaneka Rakyat
• Street Soccer
• Sukan Elektronik

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara penuh warna-warni ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Kehadiran anda bukan sahaja memeriahkan program, malah turut menyokong usaha memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Sarawak

Bersama Centexs Lawas menganjur pelbagai Aktiviti & Kursus sempena Open Day Centexs Lawas pada 28 Mac 2026..Kursus Memas...
28/03/2026

Bersama Centexs Lawas menganjur pelbagai Aktiviti & Kursus sempena Open Day Centexs Lawas pada 28 Mac 2026..

Kursus Memasak : Kursus Gunting Rambut : Game Mobile Lagend : Pertandingan Karaoke : Cabutan Bertuah dan lain-lain lagi...

Terima kasih kepada Centexs Lawas kerana menjemput Saberkas Cawangan Bakelalan join venture menganjurkan program bersama & terima kasih juga kepada Belia, Pemuda, Wanita & bapa-bapa yang hadir menjayakan program..semuanya sporting..Terbaik

Wasup Guys...Jom kita ramai-ramai datang memeriahkan suasana di Centexs Lawas sempena "Centexs Lawas Open Day 2026" pada...
18/03/2026

Wasup Guys...

Jom kita ramai-ramai datang memeriahkan suasana di Centexs Lawas sempena "Centexs Lawas Open Day 2026" pada 28 & 30 Mac 2026...

Terbuka utk semua...ada pelbagai aktiviti dijalankan:-

1. Game Mobile Lagend
2. Senam Tari @ Zumba
3. Pertandingan Gubahan Bunga
Dan pelbagai kursus dijalankan...

bagi pelajar lepasan SPM boleh datang bertanya berkenaan course yang ada ditawarkan di Centexs Lawas untuk persediaan melanjutkan pengajian ketahap lebih tinggi lagi..jom ramai-ramai datang melawat Centexs Lawas

Jerayawara Bubur Lambuk anjuran Saberkas Cawangan Ba'kelalan 2026Kpg Pangi : Ahad : 15 Mac 2026
15/03/2026

Jerayawara Bubur Lambuk anjuran Saberkas Cawangan Ba'kelalan 2026

Kpg Pangi : Ahad : 15 Mac 2026

Program Prihatin Saberkas Cawangan Ba'kelalan 2026
26/02/2026

Program Prihatin Saberkas Cawangan Ba'kelalan 2026

24/02/2026
23/02/2026

Kuching – Sebanyak 82 cawangan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS), dijangka menyertai Kejohanan Futsal Piala Presiden SABERKAS yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Mei depan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, kejohanan yang julung kali diadakan itu terbuka kepada semua ahli SABERKAS, dengan setiap pasukan diwakili 10 pemain.

Menurut beliau, kejohanan tersebut hanya melibatkan kategori lelaki.

Katanya, pendaftaran pasukan akan dibuka dalam masa terdekat menerusi platform media sosial rasmi SABERKAS, manakala tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 30 Mac.

Bagi peringkat kumpulan, perlawanan akan diadakan di Arena Sukan Kuching, manakala peringkat kalah mati dijadual berlangsung di Kompleks Sukan Asajaya.

Pasukan yang berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati berpeluang membawa pulang piala dan wang tunai, selain beberapa anugerah khas lain.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang juga Presiden SABERKAS Sarawak.

Kejohanan tersebut dijangka menghimpunkan penyertaan besar dalam kalangan ahli, sekali gus mengeratkan hubungan sesama belia dari pelbagai kawasan di negeri ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai kejohanan futsal berkenaan di Kuching, hari ini.

16/02/2026
15/02/2026
15/02/2026

USAHA GALAK PENYERTAAN BELIA DALAM SEKTOR PERTANIAN

SARATOK, 14 Feb - Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan tingkat kesedaran belia ceburi sektor pertanian.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, antaranya Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan serta wakil rakyat kawasan.

Di peringkat kementerian beliau memfokus bagi perkasa sektor pertanian diberi penekanan tahun ini, disamping sektor berasaskan industri.

Sektor pertanian bukan sahaja berpotensi menjana pendapatan tinggi tetapi juga mempunyai peluang pekerjaan.

"Sektor pertanian peluangnya banyak cuma mereka perlu tahu, kita perlu didik dan beri kesedaran", katanya.

Mengambil contoh tanaman kontan seperti Pisang Tanduk, ia mudah diusahakan serta mempunyai permintaan pasaran.

Datuk Dr. Ripin bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pemprosesan dan Jualan Krepek Pisang Warisan di Taman Muhibbah, Saratok.

Jamalia

12/02/2026

Address

Lawas

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saberkas Cawangan Ba'Kelalan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share