Jabatan Amal Malaysia Kawasan Langkawi

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Langkawi JAMK Langkawi adalah sebuah badan beruniform Pemuda PAS yang menjalankan kerja amal dan kebajikan di Langkawi.

OPERASI POKOK TUMBANG DI LANGKAWI: JAMK TURUN PADANG BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN SUKARELAWANLangkawi, 12 Jun 2025 – Jaba...
11/06/2025

OPERASI POKOK TUMBANG DI LANGKAWI: JAMK TURUN PADANG BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN SUKARELAWAN

Langkawi, 12 Jun 2025 – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Langkawi (JAMK) telah menjalankan operasi bantuan dan pembersihan susulan kejadian pokok tumbang yang berlaku di beberapa lokasi sekitar Langkawi, sekitar jam 1.00 pagi.

Kejadian yang dipercayai berpunca daripada hujan lebat dan angin kencang telah mengakibatkan pokok tumbang di empat lokasi utama iaitu di Simpang Y Yooi, hadapan Masjid Yooi, Jalan Lubuk Semilang, dan Jalan Kisap.

Seramai tiga anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Langkawi, dibantu oleh 12 orang Sukarelawan Amal, telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan kawasan yang terjejas. Turut serta dalam operasi tersebut ialah tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan tiga petugas daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menjalankan kerja-kerja berkaitan keselamatan elektrik dan pemulihan bekalan jika perlu.

Menurut wakil JAMK Langkawi, operasi ini dijalankan secara bersepadu bersama agensi-agensi berkaitan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk setempat.

“Keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan kami. Kerjasama erat antara pihak sukarelawan dan agensi kerajaan amat penting dalam menangani situasi kecemasan seperti ini,” ujar beliau.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. Semua lokasi yang terlibat berjaya dibersihkan sepenuhnya dalam tempoh yang singkat hasil kerjasama semua pihak.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengelakkan daripada berada di kawasan berisiko tinggi ketika cuaca buruk.

✍️ Tugasan di Mesyuarat Agung PAS LANGKAWI. Demi Islam Amal Bersedia." BERAMAL KERANA ALLAH "
23/05/2025

✍️ Tugasan di Mesyuarat Agung PAS LANGKAWI. Demi Islam Amal Bersedia.

" BERAMAL KERANA ALLAH "

[𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟒]Adakah anda lepasan SPM atau STPM atau yang masih keliru dengan masa depan? Anda nak samb...
06/10/2024

[𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟒]

Adakah anda lepasan SPM atau STPM atau yang masih keliru dengan masa depan? Anda nak sambung belajar tapi tak pasti arah mana nak tuju?

Jangan risau, kami ada penyelesaian!

Inilah peluang untuk anda temui potensi diri dan membina masa depan yang cemerlang. Tingkatkan motivasi, kepimpinan, dan keyakinan diri dengan menyertai Program Anak Kedah Hebat 2024 di Langkawi!

👉 Modul eksklusif yang direka khas untuk bantu anda bina jati diri.
👉 Terhad kepada 70 peserta sahaja!
👉 Untuk yang berumur 17 hingga 23 tahun.
👉 Tiada bayaran diperlukan!
👉 Hadiah istimewa menanti peserta yang mendaftar awal!

Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Pembangunan Insan Negeri Kedah dan Pejabat Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Insan dengan kerjasama Ummu Aisyah Care.

Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang di pautan berikut👇
https://bit.ly/3A5BBnp

Join juga group Anak Kedah Hebat di sini:
https://chat.whatsapp.com/GbijKBEyBiB5kKCDczUaXs

Gilap potensi anda bersama kami!

Sabtu, 5.10.2024 - Kawalan Trafik Lalulintas & Kelancaran Perarakan Sambutan MAULIDURRASUL PASTI Kawasan Langkawi✍️ Alha...
05/10/2024

Sabtu, 5.10.2024 - Kawalan Trafik Lalulintas & Kelancaran Perarakan Sambutan MAULIDURRASUL PASTI Kawasan Langkawi

✍️ Alhamdulillah perarakan berselawat berjalan lancar dari awal hingga ke Masjid. Tahniah semua peserta dan petugas.

" BERAMAL KERANA ALLAH "

✍️ Jumaat, 4.10.2024. Alhamdulillah gotong-royong hari ini. Terima kasih semua penyumbang masa, tenaga, dan wang ringgit...
04/10/2024

✍️ Jumaat, 4.10.2024. Alhamdulillah gotong-royong hari ini. Terima kasih semua penyumbang masa, tenaga, dan wang ringgit. Moga ALLAH S.W.T membalas segala budi baik kalian 🤲🤲🤲

" BERAMAL KERANA ALLAH "

✍️ Bismillah. Insyaallah kita akan buat GOTONG-ROYONG AMAL 2.0 pada hari Jumaat ni 1.12.2023 jam 8.30 pagi. Jemput semua...
30/09/2024

✍️ Bismillah. Insyaallah kita akan buat GOTONG-ROYONG AMAL 2.0 pada hari Jumaat ni 1.12.2023 jam 8.30 pagi. Jemput semua pengguna Jambatan Lagoon, pemancing, dan semua yang boleh sedeqah masa dan tenaga untuk turun sama² membersihkan laluan dan jambatan yang kita sama-sama guna. Sila bawa bersama alatan anda jika ada. Pihak kami juga ada sediakan peralatan, minuman dan makanan Insyaallah.

✍️ Sabtu ni. 28.9.2024. 9.00 pagi 2.00 petang.Jom orang Langkawi, pakat mai derma darah. Setiap titik darah yang kita de...
26/09/2024

✍️ Sabtu ni. 28.9.2024. 9.00 pagi 2.00 petang.
Jom orang Langkawi, pakat mai derma darah. Setiap titik darah yang kita dermakan bermanfaat untuk mereka yang memerlukan. Mungkin saudara kita, mungkin kita sendiri.

Ada juga jualan ayam RM10 seekor, ada medical check up, ada aktiviti memanah, ada jual² mini pasar tani. JEMPUT mai semua ☺️

🩸🩸 3 HARI LAGI !!! AMAL MEGA BLOOD DONATION LANGKAWI AMBDL 🩸🩸Bismillah. Jabatan Amal Malaysia Kawasan  Langkawi (JAMKL) ...
25/09/2024

🩸🩸 3 HARI LAGI !!! AMAL MEGA BLOOD DONATION LANGKAWI AMBDL 🩸🩸

Bismillah. Jabatan Amal Malaysia Kawasan Langkawi (JAMKL) bersama unit Tabung Darah Hospital Sultanah Maliha akan menganjurkan Program Derma Darah seperti ketetapan berikut :

🗓️ Tarikh : 28.9.2024 Sabtu
⏱️ Masa : 9.00 am - 2.00 pm
📍 Tempat : Sek. Men. Agama Ranggut (SMART)

📋 Kami juga akan mengadakan :
1️⃣ Jualan Ayam RM10 seekor
2️⃣ Medical Check Up
3️⃣ Kaunter Bayaran Cukai MPLBP
4️⃣ Aktiviti memanah
5️⃣ Kaunter daftar Haji & Umrah

Tuan/Puan/En/Cik yang berminat menderma darah boleh membuat pendaftaran di Googleform berikut :

https://forms.gle/HpN11M7ez1NHTaeB8

🤩 Menarik Lagi !!

50 Penderma terawal yang mendaftar dan berjaya menderma akan mendapat Cenderahati T-Shirt AMBD. Sekian makluman.

JOM DERMA DARAH. KALAU BUKAN KITA, MUNGKIN SAUDARA MARA KITA YANG TERDESAK PERLUKAN DARAH NANTI ☺️

" BERAMAL KERANA ALLAH "

HALIM YAN
Komandan JAMKL

🩸AMAL MEGA BLOOD DONATION LANGKAWI AMBDLBismillah. Jabatan Amal Malaysia Kawasan  Langkawi (JAMKL) akan menganjurkan Pro...
19/09/2024

🩸AMAL MEGA BLOOD DONATION LANGKAWI AMBDL

Bismillah. Jabatan Amal Malaysia Kawasan Langkawi (JAMKL) akan menganjurkan Program Derma Darah seperti ketetapan berikut :

🗓️ Tarikh : 28.9.2024 Sabtu
⏱️ Masa : 9.00 am - 2.00 pm
📍 Tempat : Sek. Men. Agama Ranggut (SMART)

📋 Kami juga akan mengadakan :
1️⃣ Jualan Ayam RM10 seekor
2️⃣ Medical Check Up
3️⃣ Kaunter Bayaran Cukai MPLBP
4️⃣ Kaunter Tabung Haji

Tuan/Puan/En/Cik yang berminat menderma darah boleh membuat pendaftaran di Googleform berikut :

https://forms.gle/HpN11M7ez1NHTaeB8

🤩 Menarik Lagi !!

50 Penderma terawal yang mendaftar dan berjaya menderma akan mendapat Cenderahati T-Shirt AMBD. Sekian makluman.

" BERAMAL KERANA ALLAH "

HALIM YAN
Komandan JAMKL

POKOK TUMBANG DI KAMPUNG PERANA, LANGKAWIRabu, 18 Sept. 2024✍️ Jabatan Amal Malaysia Kawasan Langkawi mendapat aduan pok...
18/09/2024

POKOK TUMBANG DI KAMPUNG PERANA, LANGKAWI
Rabu, 18 Sept. 2024

✍️ Jabatan Amal Malaysia Kawasan Langkawi mendapat aduan pokok tumbang menghalang laluan di Kg. Perana, Langkawi pada jam 10.30 pm. Lokasi kejadian di belakang HBL.

Sekitar jam 10.40 pm, seramai 4 anggota JAMKL tiba di lokasi dan memulakan operasi memotong dan membersihkan pokok yang tumbang bagi memudahkan laluan penduduk keluar masuk. Alhamdulillah pada jam 11.30 pm operasi tamat.

JAMKL mendoakan agar semua penduduk dan pelancong Langkawi selamat dan sejahtera sepanjang berada di jalanraya. Hati-hati memandu di musim angin dan ribut kuat ini.

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Pokok Tumbang di Jalan Chandek Kura dan Ranggut. Rabu, 18 Sept. 2024.✍️ Jabatan Amal Langkawi bersama penduduk tempatan ...
18/09/2024

Pokok Tumbang di Jalan Chandek Kura dan Ranggut.

Rabu, 18 Sept. 2024.

✍️ Jabatan Amal Langkawi bersama penduduk tempatan bergegas ke lokasi bergotong-royong memotong dan mengalihkan pokok yang menghalang laluan setelah mendapat info tersebut.

Semoga penduduk Langkawi selamat dan jauh dari sebarang musibah 🤲 Hati-hati memandu ketika di luar di musim Barat ini yang membawa angin dan ribut kuat.

Syukur Alhamdulillah operasi berjalan lancar dan tiada sebarang kemalangan jiwa. Jom sertai Jabatan Amal Langkawi dalam gerakerja Amal dan kebajikan.

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Address

Perana
Langkawi
07000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Malaysia Kawasan Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share