Selat Bagan Nyior

Selat Bagan Nyior Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting, Langkawi

15/9/2025 - 18/9/2025Trip 2.0 Pulau Dayang Bunting ke Penang ➡️ Johor ➡️ Melaka ➡️ KL ➡️ Padang Besar...Nak cerita... pa...
20/09/2025

15/9/2025 - 18/9/2025

Trip 2.0 Pulau Dayang Bunting ke Penang ➡️ Johor ➡️ Melaka ➡️ KL ➡️ Padang Besar...

Nak cerita... panjang pulak nanti. Segala macam perangai ada, segala macam jadi tera nak sampai...Segala macam lah dok ada.. Nasi kandaq pun jadi isu 🤣🤣🤣 Bab shopping laju ja memasing 😁 Takpa, biarlah gambaq berbicara. Yang penting kenangan pi healing tu yang mahai... Bukan senang nak boleh pi macam ni ramai². Dah boleh pi kita manfaatkan sebaiknya..

Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan program ni. In sha Allah, ada rezeki kita pi jalan² lagi.

Atoq bagi kena ja depa kata. Nextttttt ???? 😆



31/8/2025 (Ahad)SUKAN RAKYAT KANAK-KANAKSatu program untuk kanak-kanak sehingga umur 12 tahun telah dijalankan. Program ...
01/09/2025

31/8/2025 (Ahad)

SUKAN RAKYAT KANAK-KANAK

Satu program untuk kanak-kanak sehingga umur 12 tahun telah dijalankan. Program ini dijalankan secara santai. Antara game yang dipertandingkan adalah bermain puzzle secara perseorangan dan berkumpulan, bowling padang untuk tahap 1, pertandingan membuat getah zeropoint dan demontrasi cara bermain zeropoint.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan semua yang hadir bagi memeriahkan program tersebut.



30/8/2025 (Sabtu) KEJOHANAN BOLA SEPAK 6 SEBELAH KEPULAUAN SELAT/TUBA telah berlangsung dengan jayanya. Program ini tela...
01/09/2025

30/8/2025 (Sabtu)

KEJOHANAN BOLA SEPAK 6 SEBELAH KEPULAUAN SELAT/TUBA telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Iskandar bin Datuk Haji Mohd Kaus selaku CEO LADA. Beliau bersama-sama dengan team LADA berbesar hati untuk hadir dan turun ke padang untuk meninjau program tersebut yang dianjurkan oleh KELAB BELIA DAYANG BUNTING (KBDB), Selat Bagan Nyior.

Tahniah ! kepada semua pemenang pasukan bola sepak dan juga kepada semua pemenang cabutan bertuah. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan semua yang hadir untuk menjayakan serta memeriahkan lagi program tersebut.



Sekitar majlis sambutan hari raya aidilfitri komuniti selat bagan nyior. Terima kasih kepada semua yang hadir bagi memer...
26/04/2025

Sekitar majlis sambutan hari raya aidilfitri komuniti selat bagan nyior. Terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ✨



Assalamualaikum...kepada semua warga Selat Bagan Nyior, dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya a...
17/04/2025

Assalamualaikum...kepada semua warga Selat Bagan Nyior, dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya aidilfitri pada esok hari lepas solat jumaat. Segala keterangan boleh rujuk dalam gambar.

Jangan lupa naa pakai baju raya tau 😘✨


Marhaban Ya Ramadhan
01/03/2025

Marhaban Ya Ramadhan

31 Januari 2025 (Jumaat) - Kampung Angkat MADANI Pulau Tuba/Selat telah menerima lawatan kerja daripada POLITY iaitu bad...
27/02/2025

31 Januari 2025 (Jumaat) - Kampung Angkat MADANI Pulau Tuba/Selat telah menerima lawatan kerja daripada POLITY iaitu badan pemikir berkaitan agenda pembangunan dasar dan intervensi bersama komuniti bagi memperkasakan sosio ekonomi rakyat, khususnya wanita dan anak muda.

Lawatan yang diketui oleh Puan Nurul Izzah Anwar, Pengerusi Eksekutif POLITY bersama YBhg. Dato' Haslina Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah meninjau status terkini projek Kampung Angkat MADANI (KAM).

Delegasi POLITY juga telah di bawa meninjau Kiosk KAM Selat Bagan Nyior serta projek naik taraf bulatan tandas serta projek lampu solar sepanjang jalan Pulau Tuba dan Selat. Sesi lawatan juga telah dijayakan dengan kerjasama wakil masyarakat Langkawi serta Pulau Tuba/Selat, selain komuniti di kedua lokasi yang turut berpeluang untuk beramah mesra bersama POLITY dan LADA.

Secara keseluruhan, projek KAM Pulau Tuba merangkumi 16 projek/program. LADA sebagai agensi pelaksana projek KAM Pulau Tuba ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan projek ini serta sesi lawatan pada kali ini.


Jutaan terima kasih kepada semua ajk yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan program sukaneka 2....
21/02/2025

Jutaan terima kasih kepada semua ajk yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan program sukaneka 2.0 kalini. Semoga kita berjumpa lagi dan dapat bekerjasama di lain² program akan datang. ANDA TERBAIK 🔥


25 januari 2025 satu program sukaneka komuniti 2.0 di adakan untuk seluruh komuniti anak cucu cicit selat bagan nyior. P...
21/02/2025

25 januari 2025 satu program sukaneka komuniti 2.0 di adakan untuk seluruh komuniti anak cucu cicit selat bagan nyior. Pelbagai aktiviti sukaneka dijalankan untuk mengeratkan lagi silaturrahim demi mewujudkan suasana kegembiraan dan santai antara satu sama lain.


Address

Kampung Selat Bagan Nyior
Langkawi
07000KEDAH

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Selat Bagan Nyior posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share