10/02/2026
Gotong royong Langkawi Development Authority LADA bersama FLAG dan beberapa agensi lain di tapak geopelancongan Geopark Ocean Trail memberi peluang kepada mereka yang tidak pernah ke Pulau Tuba merasakan denyut nadi pulau yang kedua terbesar selepas Pulau besar Langkawi Langkawi UNESCO Global Geopark yang merangkupi kesemua 99 buah pulau di Langkawi.
Gotong Royong bersama memupuk semangat cintakan persekitaran. Apatah lagi bila Geopark itu sendiri mempelopori pemuliharaan, pendidikan dan pembangunan masyarakat. Kita bangkitkan semangat hak sepunya.
Pulau Tuba semakin popular dalam kalangan pelawat ke Langkawi. Lihat deretan motorsikal untuk disewa.
Ia tetap tenang dan damai. Destinasi pelancongan yang popular dan mudah dilawati di sini ialah the Geopark Ocean Trail. Ia laluan pinggir laut berjarak 3.5km melalui Kampong Tanjong Peluru.
Nikmati suasana Pulau Tuba. Your gateway to kampung experience.
When you visit Langkawi UNESCO Global Geopark, do not miss out Pulau Tuba, just a 25 minute boat ride from the main Langkawi Island