Pusat Khidmat YB ADUN Kuah - Amar Pared Mahamud

Call Directions Contact the organization

Pusat Khidmat YB ADUN Kuah - Amar Pared Mahamud PUSAT KHIDMAT KOMUNITI DUN KUAH

21/10/2026

Terima kasih kepada MPLBP atas kerja-kerja turapan dan penyelenggaraan jalan di Kg. Chandek Kura dan Kg. Rangkaian Lubuk Dalam, dalam kawasan DUN Kuah, Langkawi.

Penghargaan kepada Ahli Majlis Mukim Kedawang serta MKK Chandek Kura dan MKK Bukit Lembu atas keprihatinan dan kerjasama demi kesejahteraan penduduk.

Keprihatinan terbukti, manfaat dirasai. 🤝

Langkawi ❤️
21/10/2026

Langkawi ❤️

LANGKAWI DINOBATKAN PULAU TERBAIK MALAYSIA 2026, TELAGA TUJUH AIR TERJUN TERBAIK

DIIKTIRAF TEMPAT KEEMPAT PULAU TERBAIK ASIA

Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Langkawi terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia apabila dinobatkan sebagai Pulau Terbaik di Malaysia 2026, manakala Air Terjun Telaga Tujuh diiktiraf sebagai Air Terjun Terbaik di Malaysia 2026 oleh Malaysia’s Top Ten.

Lebih membanggakan, Langkawi turut menerima pengiktirafan antarabangsa apabila menduduki tempat keempat senarai Pulau Terbaik di Asia menerusi ‘Condé Nast Traveler US Readers’ Choice Awards 2026’, sekali gus mengukuhkan reputasinya dalam kalangan pengembara antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, Dato’ Mohd Salleh Saidin berkata, ketiga-tiga pengiktirafan itu merupakan perkembangan positif buat industri pelancongan Kedah, khususnya Langkawi.

Menurutnya, pencapaian tersebut membuktikan p**au legenda itu mempunyai keistimewaan tersendiri untuk bersaing dengan destinasi pelancongan terkemuka lain di Asia.

“Saya bersyukur dan bangga dengan pengiktirafan terbaharu yang diterima Langkawi.

“Keindahan alam semula jadi, hutan hujan tropika yang berusia jutaan tahun, keunikan ekosistem bakau, pantai yang mempesonakan, kekayaan warisan budaya, kepelbagaian makanan tempatan serta keramahan masyarakat merupakan antara aset utama yang menjadikan Langkawi begitu istimewa,” katanya.

Beliau berkata, pengiktirafan terhadap Air Terjun Telaga Tujuh p**a membuktikan tarikan pelancongan Langkawi bukan hanya tertumpu pada pantai dan p**au, malah merangkumi khazanah alam semula jadi yang mempunyai nilai ekopelancongan tinggi.

Bagaimanapun, katanya, pengiktirafan itu tidak seharusnya menyebabkan semua pihak berasa selesa, sebaliknya perlu menjadi pemangkin untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan, kemudahan infrastruktur, kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar khususnya dalam berdepan persaingan industri pelancongan global yang semakin sengit.

“Kerajaan Negeri akan terus memberikan perhatian terhadap usaha memperkukuh kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang berdaya saing dan mampan, selain memastikan manfaat ekonominya dapat dinikmati masyarakat setempat.

“Pengiktirafan ini perlu dimanfaatkan secara lebih agresif dalam aktiviti promosi dan pemasaran pelancongan, khususnya untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa serta meningkatkan tempoh penginapan dan perbelanjaan mereka di Langkawi,” katanya.

Menurut Mohd Salleh, ukuran sebenar kejayaan industri pelancongan bukan sekadar jumlah pengiktirafan atau kedudukan dalam senarai destinasi terbaik, tetapi sejauh mana pencapaian itu mampu mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan dan menjamin kesejahteraan rakyat.

“Langkawi bukan sekadar sebuah p**au yang indah untuk dikunjungi. Ia adalah khazanah alam, warisan dan budaya yang perlu kita pelihara, bangunkan secara bertanggungjawab dan wariskan kepada generasi akan datang.

“Pengiktirafan ini adalah satu kebanggaan, pada masa sama ia merupakan satu amanah untuk kita menjadikan Langkawi lebih baik pada masa hadapan,” ujar beliau.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penggiat industri pelancongan, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, pengusaha hotel dan resort, pengendali produk pelancongan, pemandu pelancong serta masyarakat Langkawi yang menyumbang kepada kejayaan berkenaan.

“Kejayaan Langkawi bukanlah hasil usaha satu pihak semata-mata, sebaliknya merupakan pencapaian bersama semua pihak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembangunan industri pelancongan.

“Anda semua memainkan peranan penting dalam membina imej positif p**au ini,” katanya.

Malaysia’s Top Ten merupakan sebuah platform penarafan bebas tempatan yang menerbitkan senarai destinasi dan produk pelancongan berdasarkan kriteria penilaian yang ditetapkan, merangkumi pelbagai kategori, termasuk makanan dan sajian, pelancongan dan penginapan, gaya hidup serta perniagaan dan industri.

Condé Nast Traveler US Readers’ Choice Awards merupakan anugerah tahunan berprestij dalam industri pelancongan antarabangsa yang mengiktiraf destinasi pilihan pembaca berdasarkan pengalaman dan penilaian mereka terhadap pelbagai destinasi di seluruh dunia, dianjurkan majalah pelancongan Condé Nast Traveler dari Amerika Syarikat.



𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐢𝐁𝐀𝐊𝐈𝐏𝐓 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐔𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋. 𝟎𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔Alhamdulillah, Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah meneru...
21/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐢𝐁𝐀𝐊𝐈𝐏𝐓 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐔𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋. 𝟎𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

Alhamdulillah, Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah meneruskan komitmen dalam membantu anak-anak Kedah yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui Bantuan Awal Kemasukan ke IPT (iBAKIPT).

Bagi Bil. 05/2026, seramai 34 orang pelajar telah menerima kelulusan bantuan iBAKIPT dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM10,200, iaitu RM300 bagi setiap penerima.

Inisiatif Kerajaan Negeri Kedah ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga dalam menyediakan keperluan awal pengajian serta memberi dorongan kepada para pelajar untuk terus mengejar cita-cita.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima! Semoga bantuan ini dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi pemangkin untuk terus mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta membina masa depan yang lebih gemilang.

[Admin]




18/10/2026

🌙✨ 𝗕𝗔𝗭𝗔𝗥 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟳 (𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛) 𝗠𝗣𝗟𝗕𝗣 ✨🌙

Peluang untuk anda mendapatkan tapak perniagaan sempena Bazar Syawal 2027!

📌 Kategori Tapak:
✅ Tapak Biasa
✅ Tapak Makanan & Minuman
✅ Tapak Hotspot
✅ Tapak Bunga Api/Mercun

📅 Tempoh Permohonan: 11 – 29 Oktober 2026

💻 Berminat? Mohon sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster!

Jangan lepaskan peluang ini. Rebut tapak anda dan meriahkan Bazar Syawal 2027 bersama MPLBP! 💚💛

18/10/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆18 Oktober 2026 | AhadPetang ini, YB Encik Amar Pared bin Mahamud,...
18/10/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆

18 Oktober 2026 | Ahad

Petang ini, YB Encik Amar Pared bin Mahamud, ADUN Kuah meneruskan tinjauan serta ziarah prihatin ke kediaman penduduk yang terjejas di Kampung Padang Lalang susulan kejadian banjir yang melanda kawasan itu semalam.

Kunjungan ini memberi ruang kepada beliau untuk melihat sendiri keadaan kediaman yang terkesan, di samping bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan tanda keprihatinan terhadap keluarga mangsa yang terlibat.

Turut hadir Encik Mohamad bin Abdullah, Majlis Ketua Kampung (MKK) Bendang Baru serta Ahli Majlis Mukim Kuah Puan Hashimah Hashim dan Encik Chew Chin Joo.

Semoga segala urusan mangsa banjir dipermudahkan, diberikan kekuatan serta ketabahan dan keadaan kembali pulih seperti sediakala.

[ADMIN]



17/10/2026

𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐔𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐑𝐔

Address

No. 8 Aras Bawah Taman Seri Langkawi Mukim Kuah Langkawi
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60123446399

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat YB ADUN Kuah - Amar Pared Mahamud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat YB ADUN Kuah - Amar Pared Mahamud:

Shortcuts

Share