08/07/2026
Program Santai Dato' Zuraidi Rahim Bersama Anak Muda PAMP Langkawi
📅 Tarikh: 7 Julai 2026
📍 Lokasi: Restoran Sembang Teh Tarik
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Santai bersama Dato' Zuraidi Rahim yang memberi ruang kepada anak-anak muda PAMP Langkawi untuk mendengar perkongsian ilmu, pengalaman serta pandangan beliau berkaitan kepimpinan, masyarakat dan pembangunan ummah.
Dalam program ini juga, Dato' Zuraidi Rahim telah menyampaikan sumbangan bagi membantu pembinaan surau di kawasan Bendang Organik Ewa yang sedang diusahakan oleh anak-anak muda PAMP Langkawi.
Semoga segala sumbangan dan usaha yang dilakukan menjadi asbab berkembangnya manfaat kepada masyarakat serta mendapat ganjaran yang berpanjangan di sisi Allah SWT.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong perjuangan PAMP Langkawi.