11/08/2023
Surat Terbuka Kepada Penduduk Langkawi,
Apa Khabar Warga N01 Ayer Hangat, Langkawi?
Saya doakan anda semua diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam segala urusan.Seperti mana yang kita semua tahu tempoh berkempen sudah hampir berakhir. Jauh dari sudut hati, saya ingin kongsikan pengalaman s**a dan gembira yang tak terhingga sepanjang saya bertemu dengan anda semua.Pengalaman selama dua minggu berkempen ini menjadi pengalaman terindah dalam hidup saya.
Tanpa mengira bangsa dan usia, saya di sambut dengan penuh ceria. Dihiasi senyum dan tawa cukup membuatkan pas**an saya terus bersemangat bertemu empat mata dengan anda semua. 12 Ogos ini merupakan hari penentu. Hari yang menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang difikirkan sesuai untuk membawa suara rakyat dan membantu rakyat.
Dengan penuh rendah diri saya mohon kepada anda untuk mengundi calon Bebas petak nombor 2 sebagai pilihan untuk membina masa depan rakyat Langkawi yang lebih sejahtera. Insyallah, Saya berazam untuk meneruskan khidmat ini dengan memberikan khidmat terbaik kepada anda semua.
Saya akhiri dengan serangkap pantun yang direka khas untuk warga N01 Ayer Hangat yang saya kasihi.
Sungguh ramah warga Langkawi,
Bandar pelancongan menjadi kebanggaan,
Saya memohon sepenuh hati,
Pilihlah Bebas petak nombor 2 untuk Masa depan.
Salam ukhwah dari saya.
Safwan Hanif bin Shafie