Kelab Memanah Tradisional Padu

Kelab Memanah Tradisional Padu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Memanah Tradisional Padu, Non-Governmental Organization (NGO), Kampung Sapagaya, Peti Surat 60956, Lahad Datu.

Page Rasmi KELAB MEMANAH TRADISIONAL PADU bertujuan berkongsi pelbagai informasi semasa & programยฒ sukan memanah yang dijalankan dalam usaha merealisasikan misi dan visi kelab kearah membangun aktifkan sukan memanah tradisional di Daerah Lahad Datu Sabah

MAJLIS RAMAH MESRA & PENYAMPAIAN INSENTIF KEPADA SHAHIRUN TUYUN WAKIL MALAYSIA KE KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL ANTARABA...
17/10/2025

MAJLIS RAMAH MESRA & PENYAMPAIAN INSENTIF KEPADA SHAHIRUN TUYUN WAKIL MALAYSIA KE KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL ANTARABANGSA 2025 (ULSAN, KOREA)

LAHAD DATU, 16 Oktober 2025 | Khamis - Alhamdulillah satu majlis ringkas namun penuh bermakna telah diadakan bagi meraikan Encik Shahirun Bin Tuyun, atlet memanah tradisional yang akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan Peringkat Antarabangsa 2025 (Ulsan World Archery Championships) yang akan berlangsung di Ulsan, Republik Korea pada 31 Oktober hingga 4 November 2025.

Kejohanan berprestij ini bakal menghimpunkan seramai 577 peserta dari 32 buah negara seluruh dunia, menjadikannya antara kejohanan terbesar dalam arena memanah tradisional antarabangsa.

Majlis penyampaian insentif disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mizma Appehdullah Ketua Bahagian PGRS Bahagian N.62 Silam, sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas semangat juang Encik Shahirun yang akan membawa nama Malaysia ke pentas dunia.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Presiden Kelab Memanah Tradisional Padu YBrs. Encik Mohd Maju Jaya Bin Musair, bersama Encik Ronijam Bin Hajem dan Encik Mohammad Reduan Bin Zainal Abidin serta pimpinan kelab yang lain.

Presiden serta Pimpinan AJKT Kelab dan komuniti setempat turut menzahirkan rasa bangga serta mendoakan agar Encik Shahirun terus cemerlang dan berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿน

Info Lahad Datu Lahad Datu info. Belalang Tempur Event organizer Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia Media Mizma Appehdullah Junaidi Abbas

16/10/2025

2025 Korea Ulsan Traditional Archery World Cup

16/10/2025

From Ulsan, the heart of archery, shoot for the world.
2025 Korea Ulsan Traditional Archery World Cup.

16/10/2025

PENYERTAAN NEGARA-NEGARA DALAM KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL DUNIA DI KOREA SELATAN, ULSAN 2025

Tajuk Temasya:

2025 Korea Ulsan Traditional Archery World Competition
(์šธ์‚ฐ ์ „ํ†ต ํ™œ์˜๊ธฐ ๋Œ€ํšŒ 2025)

Lokasi:

Ulsan, Republik Korea Selatan

Pengenalan:

Kejohanan Memanah Dunia Tradisional Korea Ulsan 2025 merupakan acara antarabangsa yang menghimpunkan pemanah tradisional dari pelbagai benua. Acara ini menampilkan penyertaan luas daripada negara-negara Asia, Eropah serta Afrika, menunjukkan perkembangan dan minat global terhadap seni serta sukan memanah tradisional.

Senarai Negara Penyertaan (Participating Countries / ์ฐธ๊ฐ€๊ตญ๊ฐ€):

Negara negara yang menyertai :

1 Hong Kong ๐Ÿ‡ญ๐Ÿ‡ฐ
2 Hungary ๐Ÿ‡ญ๐Ÿ‡บ
3 India ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ
4 Kazakhstan ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฟ
5 Kyrgyzstan ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฌ
6 Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
7 Mongolia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡ณ
8 Northern Cyprus ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡พ
9 Uzbekistan ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ฟ
10 Vietnam ๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ
11 China ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ
12 Indonesia ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ
13 Iran ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ท
14 England ๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ‡ฐ
15 Italy ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡น
16 Norway ๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ด
17 Pakistan ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ฐ
18 Romania ๐Ÿ‡ท๐Ÿ‡ด
19 Russia ๐Ÿ‡ท๐Ÿ‡บ
20 Singapore ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ
21 South Africa ๐Ÿ‡ฟ๐Ÿ‡ฆ
22 Thailand ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ
23 Turkiye ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ท
24 Australia ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡บ
25 Belarus ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡พ
26 Bulgaria ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ฌ
27 Canada ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ฆ
28 Spain ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ธ
29 Finland ๐Ÿ‡ซ๐Ÿ‡ฎ
30 Greece ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ท
31 Slovakia ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฐ
32 Korea (South) ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท

Rumusan:

Kejohanan ini menyaksikan penyertaan daripada 32 buah negara yang mewakili pelbagai wilayah dunia termasuk Asia Timur, Asia Tengah, Asia Tenggara, Eropah dan Afrika.
Malaysia turut tersenarai sebagai salah satu negara peserta rasmi, sekali gus memperkukuh kedudukan negara dalam arena memanah tradisional antarabangsa.

Kehadiran negara-negara seperti Hungary, Mongolia, dan Turkey yang terkenal dengan warisan panahan tradisional, bersama negara-negara baharu seperti Vietnam dan South Africa, menunjukkan perkembangan positif dalam memperluas jaringan budaya dan sukan tradisional ini ke peringkat global.

Kesimpulan:

Penganjuran 2025 Korea Ulsan Traditional Archery World Competition merupakan platform penting bagi:

Pertukaran budaya antarabangsa

Peningkatan kemahiran memanah tradisional

Pengukuhan hubungan diplomatik antara negara melalui warisan sukan panahan tradisional dunia.

Address

Kampung Sapagaya, Peti Surat 60956
Lahad Datu
91118

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Memanah Tradisional Padu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Memanah Tradisional Padu:

Share