PAUZ LAHAD DATU

Directions

PAUZ LAHAD DATU Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin Lahad Datu mula ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar di ROS pada 20 Julai 2020.

Nombor daftar persatuan adalah PPM-003-12-21072020. Wang sumbangan akan digerakkan sesegera mungkin kepada mereka yg memerlukan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPertubuhan Amal Ummah Zuyyin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi sebuah amanah untuk kita terus menjaga perpaduan, keamanan, keharmonian dan kebajikan sesama masyarakat.

Marilah kita bersama-sama mengisi kemerdekaan dengan amal yang bermanfaat, memperkukuhkan ukhwah, membantu mereka yang memerlukan dan terus menyemai nilai kasih sayang serta prihatin dalam masyarakat.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan diberkati Allah SWT.

25 Ogos 2026 | MAJLIS RINGKAS SELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW DAN HARI KEMERDEKAAN | Padang Bandaran Lahad D...
25/08/2026

25 Ogos 2026 | MAJLIS RINGKAS SELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW DAN HARI KEMERDEKAAN | Padang Bandaran Lahad Datu

Alhamdulillah, Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin telah mengadakan Majlis Selawat ringkas Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW dan Hari Kemerdekaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh Cik Nur Fatin Fadhilah Binti Zulkifly, diikuti bacaan doa dan maulid oleh Puan Rostina Binti Lallo. Majlis selawat kemudiannya dipimpin oleh Puan Salmah Dullah.Turut disampaikan tausiah ringkas oleh Puan Shahrina Mohammed yang mengajak para hadirat mengambil ibrah daripada kisah Rasulullah SAW ketika di Taif, khususnya tentang kesabaran, keteguhan hati, kasih sayang dan terus berbuat kebaikan walaupun berdepan ujian.

Majlis yang dihadiri lebih kurang 90 orang ahli dan Sahabat Zuyyin ini berlangsung dalam suasana penuh ukhwah, selawat dan kecintaan kepada Rasulullah SAW, di samping menyemai rasa syukur atas nikmat keamanan dan kemerdekaan yang dikecapi. Jamuan telah di sediakan secara potluck oleh semua ahli dan sahabat zuyyin yang hadir. Jutaan terima kasih di ucapkan di atas juadah tersebut.

Semoga sambutan ini menjadi medan untuk kita memperkukuhkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, menyuburkan ukhwah serta menanam rasa syukur dan tanggungjawab untuk terus menjaga keharmonian serta berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.

Dengan cinta kepada Rasulullah SAW, kita suburkan ukhwah. Dengan rasa syukur atas kemerdekaan, kita teruskan khidmat dan kebaikan.

-admin

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐’๐€๐– ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh warga AJK Pertub...
24/08/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐’๐€๐– ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh warga AJK Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin dan seluruh ahli Pertubuhan. mengucapkan Salam Maulidur Rasul SAW kepada seluruh umat Islam.

Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita menyuburkan rasa cinta kepada Baginda Rasulullah SAW, menghayati perjuangan Baginda serta meneladani akhlak dan sunnahnya dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus mekar dalam hati, menjadi pedoman untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh iman dan memperindah akhlak.

Marilah kita memperbanyakkan selawat dan terus menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap langkah kehidupan.

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H

Ikhlas dari
PERTUBUHAN AMAL UMMAH ZUYYIN LAHAD DATU

16 Ogos 2026 | PERBAIKI SOLATMU, ALLAH AKAN PERBAIKI HIDUPMU | Dewan Mini Masjid Ar Raudhah Lahad Datu Alhamdulillah, Pe...
16/08/2026

16 Ogos 2026 | PERBAIKI SOLATMU, ALLAH AKAN PERBAIKI HIDUPMU | Dewan Mini Masjid Ar Raudhah Lahad Datu

Alhamdulillah, Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin telah menerima jemputan daripada Syukbah Muslimah Masjid Ar-Raudah untuk menghadiri program ilmu bertajuk โ€œPerbaiki Solatmu, Allah Akan Perbaiki Hidupmu.โ€

Atas permintaan pihak penganjur hanya 5 orang peserta sahaja. Pertubuhan telah menghantar 5 orang ahli sebagai wakil pertubuhan bagi bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu tersebut. Walaupun dalam jumlah yang kecil, kehadiran ini membawa makna besar sebagai tanda sokongan, ukhwah dan komitmen pertubuhan dalam menyuburkan budaya menuntut ilmu dalam kalangan masyarakat.

Lebih istimewa, majlis ini turut menampilkan Pengerusi Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin, Al-Fadhil Ustaz Haji Sudirman bin Haji Moh Saleng, sebagai penceramah jemputan.Semoga perkongsian ilmu tentang solat ini bukan sekadar menjadi pengisian di majlis, tetapi menjadi peringatan untuk kita sama-sama memperbaiki hubungan dengan Allah SWT. Kerana apabila solat diperbaiki, hati dipandu, kehidupan juga in shaa Allah akan dipimpin menuju kebaikan.

Alhamdulillah atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga ukhwah antara Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin dan Syukbah Muslimah Masjid Ar-Raudah terus terjalin dalam jalan ilmu, dakwah dan kebaikan.

-admin

15 Ogos 2026 | MAJLIS SELAWAT PERTUBUHAN AMAL UMMAH ZUYYIN | Gelanggang Teluk Darvel Lahad Datu Alhamdulillah, dalam men...
16/08/2026

15 Ogos 2026 | MAJLIS SELAWAT PERTUBUHAN AMAL UMMAH ZUYYIN | Gelanggang Teluk Darvel Lahad Datu

Alhamdulillah, dalam menyambut kehadiran bulan Rabiulawal, Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin telah mengadakan Majlis Selawat yang turut disertai dengan perjumpaan persiapan bagi perarakan Maulidur Rasul.

Seramai 60 orang sahabat Zuyyin hadir memeriahkan majlis. Perjumpaan dimulakan bacaan ayat suci Al Quran, selawat, doa kemudian perbincangan dan persiapan berkaitan perarakan serta taklimat perjalanan perarakan. Usai majlis, para sahabat Zuyyin bersama-sama menikmati jamuan potluck yang dibawa oleh sahabat-sahabat yang hadir. Alhamdulillah, suasana penuh dengan kemesraan, ukhwah dan semangat kebersamaan.

Bersempena bulan Rabiulawal yang penuh keberkatan ini, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga setiap selawat yang dilafazkan menjadi tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW dan menjadi asbab kita mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ

Semoga Allah menerima setiap usaha, selawat, doa dan sumbangan semua sahabat Zuyyin serta terus menyatukan hati kita dalam cinta kepada Rasulullah SAW.

-admin

15 Ogos 2026 | JEMPUTAN MAJLIS ILMU | Al Khairaat Centre [AKC] Lahad Datu Alhamdulillah, Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin La...
15/08/2026

15 Ogos 2026 | JEMPUTAN MAJLIS ILMU | Al Khairaat Centre [AKC] Lahad Datu

Alhamdulillah, Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin Lahad Datu telah menerima jemputan daripada Al Khairaat Centre (AKC) Lahad Datu untuk menghadiri Majlis Ilmu bersama Al-'Alim Al-'Allamah Sheikh Niyaz Al-'Adeni yang membawakan ceramah bertajuk โ€œWanita Solehahโ€.

Seramai 51 orang wakil Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin telah hadir. Kehadiran para wakil pertubuhan dalam majlis ilmu ini merupakan satu usaha untuk terus mendekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu, memperkukuhkan ukhwah serta menambah kefahaman dan penghayatan terhadap peranan wanita sebagai insan yang solehah dalam kehidupan.

Pihak Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Khairaat Centre (AKC) Lahad Datu atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Di majlis tersebut pihak pertubuhan turut menginfaq sebanyak 120 tapau mee goreng ayam untuk peserta prgram. Saudari Nur Fatin Fadhilah Binti Zulkiflly turut di berikan peluang menjadi pengacara majlis tersebut.

Semoga segala usaha dalam mengimarahkan majlis ilmu ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT serta menjadi asbab lahirnya lebih ramai wanita yang berilmu, berakhlak dan istiqamah dalam kebaikan.

โ€œWanita solehah bukan sekadar indah pada akhlaknya, tetapi menjadi cahaya yang menerangi keluarga, masyarakat dan ummah.โ€

-admin

10 Ogos 2026 | ZIARAH KASIH | Jalan Dam Lahad Datu Alhamdulillah, telah diadakan program Ziarah Kasih ke rumah keluarga ...
10/08/2026

10 Ogos 2026 | ZIARAH KASIH | Jalan Dam Lahad Datu

Alhamdulillah, telah diadakan program Ziarah Kasih ke rumah keluarga En. Khai dan Puan Piya sebagai usaha menyantuni keluarga serta meringankan beban yang sedang dihadapi.

Ziarah ini turut dihadiri oleh Pengerusi PertubuhancAl Fadhil Ustaz Haji Sudirman bin Haji Moh Saleng bersama lima orang Sahabat Khidmat. Dalam kunjungan tersebut, pihak pertubuhan telah menyampaikan bantuan seperti berikut:

- Bantuan perbelanjaan: RM419.80
- Bantuan perubatan dan ubatan : RM580.00
- Jumlah keseluruhan: RM999.80

Dalam kunjungan tersebut, Pengerusi Pertubuhan turut menyampaikan sedikit tazkirah dan nasihat kepada keluarga agar terus tabah dalam menghadapi ujian yang berat. Pengerusi mengingatkan bahawa dalam menghadapi ujian dan kesusahan, jangan sesekali meninggalkan solat kerana solat merupakan tiang kekuatan seorang mukmin. Walau seberat mana ujian yang dihadapi, kita hendaklah terus bergantung kepada Allah SWT, memperbanyakkan doa dan bersabar kerana setiap ujian pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.

Turut bersama membantu ialah pasukan perubatan daripada Klinik Medicheal I-Peak, Lahad Datu, yang memberikan bantuan dan sokongan berkaitan keperluan perubatan keluarga.

Semoga kunjungan, nasihat dan sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga En. Khai dan Puan Piya serta memberi kekuatan kepada mereka untuk terus menghadapi ujian dengan sabar dan tabah.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Ziarah Kasih ini.

โ€œBerkhidmat dengan ikhlas, membantu dengan kasih.โ€

-admin

31/07/2026

Kenangan yang akan sentiasa terpahat.

Alhamdulillah, Program Dakwah Peringkat Daerah Lahad Datu bersama Al Fadhil Ustaz Dr. Haji Das'ad Latif telah melabuhkan tirainya, namun semangat dakwah yang ditinggalkan akan terus hidup di hati.

Terima kasih kepada semua yang hadir, para penyumbang, sukarelawan, NGO, agensi dan seluruh warga yang bersama-sama menjayakan program ini. Kita bukan mencari siapa paling hebat menganjurkan majlis, tetapi bagaimana kita sama-sama menghidupkan majlis ilmu. Apabila dakwah menjadi keutamaan, nama diketepikan, ukhwah diutamakan. Itulah kemenangan yang sebenar.

Semoga setiap langkah, setiap keringat dan setiap pengorbanan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT. Moga kita dipertemukan lagi dalam majlis-majlis ilmu yang akan datang.

"Bukan sekadar sebuah program, tetapi sebuah kenangan yang menguatkan ukhwah dan menyuburkan cinta kepada dakwah."

Address

Jalan TUNGKU/LAHAD DATU
Lahad Datu
91100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAUZ LAHAD DATU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share