KRT Kampung Bakau Jaya Baru

KRT Kampung Bakau Jaya Baru Page Rasmi KRT Kg Bakau Jaya Baru merupakan salah satu Kawasan Rukun Tetangga yang berada di Daerah Lahad Datu.

Berperanan merangka ,merancang & melaksanakan pelbagai program aktiviti untuk komuniti demi kemaslahatan perpaduan warga masyarakat setempat.

Inilah dia wajah-wajah barisan Wasit Juri Sukan Pencak Silat SAGA XI 2025 ini. Wasit juri yang berdedikasi, sabar dan te...
19/10/2025

Inilah dia wajah-wajah barisan Wasit Juri Sukan Pencak Silat SAGA XI 2025 ini.

Wasit juri yang berdedikasi, sabar dan tenang mengadili perlawanan dalam gelanggang.

Sekalung penghargaan buat barisan wasit dan juri yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sepanjang kejohanan ini.

Komitmen dan ketelitian mereka menjadi tunjang kepada kelancaran serta keadilan setiap pertandingan yang berlangsung.

Syabas dan tahniah diucapkan ! 🀝πŸ’ͺ🏻
Sedikit soalan cepumas utk para wasit yg tgok posting ini.
Apa maksud aba-aba berikut?
1) πŸ€œπŸ»πŸ€›πŸ»
2) 🫳🏻✌🏻
3) πŸ–πŸ»
4) βœŠπŸ»πŸ™…πŸ»β€β™‚οΈ
5) ☝🏻

Kalau ada yg jawab, Admin bagi gambar-gambar dlm Google Drive πŸ™ˆ. Ada lagi yg tdk dpt upload sbb Page cuma boleh upload 80 gambar shja dlm sekali posting 😁✌🏻

KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah hari ini menikmati satu kemenangan bersejarah apabila Mahkamah Tinggi mengesahkan bahawa nege...
19/10/2025

KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah hari ini menikmati satu kemenangan bersejarah apabila Mahkamah Tinggi mengesahkan bahawa negeri itu berhak menerima 40 peratus hasil Persekutuan seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan sejak penubuhan Malaysia pada 1963.

Keputusan yang disifatkan sebagai 'kemenangan untuk semua rakyat Sabah' itu sekaligus mengakhiri penantian panjang selama lebih lima dekad terhadap keadilan yang dituntut sejak sekian lama.

Pautan berita penuh di ruangan komen....

[TERKINI] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 29 November (Sabtu) sebagai hari pengundian bagi Pilihan Ra...
16/10/2025

[TERKINI] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 29 November (Sabtu) sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN-17).

Sementara itu, hari penamaan calon ditetapkan pada 15 November (Sabtu), manakala hari pengundian awal pada 25 November (Selasa).

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Dato Sri Ramlan Dato’ Harun dalam sidang media yang diadakan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, sebentar tadi.

Sumber : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia - SPR

✨Jemputan ke Program Ziarah Dakwah Pantai Timur✨Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Dengan penuh rasa syukur dan ...
13/10/2025

✨Jemputan ke Program Ziarah Dakwah Pantai Timur✨

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh rasa syukur dan hormat, pihak Jawatankuasa Penganjur dengan rendah hati menjemput seluruh umat Islam untuk hadir bersama-sama dalam Program Ziarah Dakwah Pantai Timur bersama
Prof. Dr. Ustaz Haji Abdul Somad Batubara, LC, D.E.S.A, Ph.D

πŸ“ TUNGKU
πŸ—“οΈ Tarikh: 19 Oktober 2025 / 27 Rabi’ulakhir 1447H (Ahad)
πŸ• Masa: 1.00 petang
🏠 Tempat: Masjid Daerah Tungku

πŸ“ LAHAD DATU.
πŸ—“οΈ Tarikh: 19 Oktober 2025 / 27 Rabi’ulakhir 1447H (Ahad)
πŸ•— Masa: 8.00 malam
🏟️ Tempat: Kompleks Sukan Lahad Datu

Marilah kita sama-sama mengimarahkan majlis ilmu ini dan menimba manfaat daripada mutiara dakwah yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad.

Semoga kehadiran kita diberkati dan menambah kecintaan kepada ilmu serta agama.

πŸŒ™ β€œIlmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada hati yang gelap.”

Sekian, terima kasih.

✨ Selamat Datang ke Tawau! ✨Tawau tampil bersemangat luar biasa menyambut Sabah Games ke-11 πŸŽ‰Majlis pembukaan penuh gila...
11/10/2025

✨ Selamat Datang ke Tawau! ✨

Tawau tampil bersemangat luar biasa menyambut Sabah Games ke-11 πŸŽ‰

Majlis pembukaan penuh gilang-gemilang, dihiasi dengan perbarisan megah kontinjen dan persembahan memukau yang mencerminkan semangat kesukanan sebenar!

Kepada semua atlet dari seluruh Sabah, selamat bertanding dengan penuh semangat juang, disiplin dan perpaduan.

Semoga Sabah Games kali ini menjadi medan mencungkil bakat baharu dan mempererat semangat kekitaan antara kita semua.

πŸ“ URUS SETIA TEKNIKAL SAGA XI MULA BERKAMPUNG!Bermula 5 Oktober, pasukan teknikal & pertandingan mula berkampung di bili...
11/10/2025

πŸ“ URUS SETIA TEKNIKAL SAGA XI MULA BERKAMPUNG!

Bermula 5 Oktober, pasukan teknikal & pertandingan mula berkampung di bilik operasi utama, Kompleks Sukan Tawau.
Diketuai oleh En. Heirwansyah Masari (MSNS), urus setia ini menggerakkan semua unit sokongan demi memastikan kelancaran SAGA XI.

Pasukan ini merangkumi semua unit utama yang kini sedang giat memastikan segalanya tersusun & lancar menjelang aksi sebenar nanti:
πŸ”Ή Unit PIC & Pemantauan
πŸ”Ή Unit Informasi & Sebaran
πŸ”Ή Unit Protokol & Tugas Khas
πŸ”Ή Unit Kewangan
πŸ”Ή Unit Jadual & Keputusan
πŸ”Ή Unit Peralatan
πŸ”Ή Unit Sains Sukan

πŸ“Έ Hari ini, semuanya mula mengatur langkah, menyusun strategi, dan menyemak semula segala keperluan dari bilik operasi utama.

πŸ’ͺ Inilah barisan belakang tabir yang menjadi tulang belakang SAGA XI TAWAU 2025.

𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗑 π— π—œπ—‘π—šπ—šπ—¨ π—£π—˜π—₯𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗑 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 2025 π—£π—˜π—₯π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§ π—ͺπ—œπ—Ÿπ—”π—¬π—”π—› π—£π—˜π—₯π—¦π—˜π—žπ—¨π—§π—¨π—”π—‘ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—Ÿπ—¨π— π—£π—¨π—₯πŸ—“οΈ Tarikh : 11 - 12 Oktober 2025 (Sabtu -...
11/10/2025

𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗑 π— π—œπ—‘π—šπ—šπ—¨ π—£π—˜π—₯𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗑 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 2025 π—£π—˜π—₯π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§ π—ͺπ—œπ—Ÿπ—”π—¬π—”π—› π—£π—˜π—₯π—¦π—˜π—žπ—¨π—§π—¨π—”π—‘ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—Ÿπ—¨π— π—£π—¨π—₯

πŸ—“οΈ Tarikh : 11 - 12 Oktober 2025 (Sabtu - Ahad)
⏰ Masa : Bermula Jam 9.00 Pagi
πŸ“ Tempat : Town Park, MyTown, Kuala Lumpur

Pelbagai Aktiviti Yang Menarik Menanti Anda Semua :

βœ… Reruai Perkhidmatan Bersemuka Agensi Kerajaan & Swasta
βœ… Pemeriksaan Kesihatan Percuma
βœ… Mini Karnival Ekonomi KRT Progresif
βœ… Jualan Agro MADANI
βœ… Food Truck
βœ… Dj Corner KLfm
βœ… Persembahan & Demonstrasi Muzik Gamelan
βœ… Pameran Rumah KAMI
βœ… Kaunter Pengurangan Saman Trafik 30%
βœ… Kaunter Pengurangan Saman Aes JPJ
βœ… Sukan Rakyat
βœ… Bicara Perpaduan
βœ… Senam Harmoni & Unity Fun Walk
βœ… Tayangan Wayang Pacak
βœ… Pameran Rukun Negara
βœ… Unity Fun Explorace Jejak Rukun Negara
βœ… Persembahan Artis Jemputan : Azian Mazwan & Nurirfan Luqman
βœ… Persembahan Teater Perpaduan
βœ… Pocket Talk "Kenali SUHAKAM Kenali Hak Asasi Anda" Oleh SUHAKAM
βœ… Sesi Bercerita Bersama Kanak-Kanak
βœ… Demonstrasi Masakan Bersama La Padella Western & Italian
βœ… Pertandingan Mewarna
βœ… Pertandingan Busana Tradisional (Cilik Perpaduan & Tunas Jiran)
βœ… Pertandingan Masakan Bersama ADABI
βœ… Pertandingan Unity Idol
βœ… Kempen Deposit Duit Syiling Anda Bersama Safeguard

Sila tekan pautan Link di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut πŸ‘‡πŸ‘‡

https://heyzine.com/flip-book/92f0877ab1.html

Masuk Adalah π—£π—˜π—₯𝗖𝗨𝗠𝗔 πŸ˜‰
Jumpa Anda Disana ‼️

Aaron Ago Dagang
Senator Saraswathy Kandasami
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Jabatan Perpaduan Negara Kuala Lumpur





Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Perpaduan Negara Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohama...
11/10/2025

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Perpaduan Negara Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara bertempat di Dewan Damar Sari, Blok F8, Kompleks F, Putrajaya

Kementerian Perpaduan Negara turut menyambut inisiatif Hari Sukan Negara (HSN) yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari sabtu minggu kedua bulan Oktober sejak tahun 2015 dengan hasrat membudayakan sukan dalam masyarakat ke arah menjadikan Malaysia sebuah β€œnegara bersukan” (sporting nation) seiring dengan Malaysia MADANI serta bertepatan dengan aspirasi Visi Sukan Negara 2030.

Sukan membuka ruang pertemuan, memperkukuh semangat kerjasama dan menyemai nilai-nilai murni seperti hormat, toleransi dan semangat berpasukan. Inilah resepi perpaduan yang sebenar apabila rakyat bersatu dalam matlamat yang sama, tanpa mengira perbezaan.

Kementerian Perpaduan Negara menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta dalam , demi memupuk semangat perpaduan dan memperkasakan keharmonian negara. Ayuh kita terus bergerak, bersatu dan membina Malaysia yang lebih kuat, sihat dan penuh kasih sayang. πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

Aaron Ago Dagang
Senator Saraswathy Kandasami
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud





πŸŽ’πŸ‡²πŸ‡Ύ Bantuan Awal Persekolahan untuk Semua!πŸ’° 5.2 juta murid sekolah kerajaan akan menerima RM150 setiap seorang, dengan p...
11/10/2025

πŸŽ’πŸ‡²πŸ‡Ύ Bantuan Awal Persekolahan untuk Semua!

πŸ’° 5.2 juta murid sekolah kerajaan akan menerima RM150 setiap seorang, dengan peruntukan RM800 juta.

✨ Mulai 2026, penyaluran melalui guru kepada ibu bapa untuk memperkukuh kerjasama demi pendidikan anak-anak! πŸ“šπŸ’›





Address

Kg Bakau Jaya Baru Lahad Datu
Lahad Datu Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Kampung Bakau Jaya Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share