19/11/2024
π Majlis Perasmian Kursus Asas Pengadil Bola Sepak Lahad Datu 2024 π
π
17 November 2024
π Golden Velvet Ballroom
Pada hari Ahad yang lalu, Pertubuhan Kasih Iqhmalya Lahad Datu dengan rasa bangga menyaksikan kejayaan Kursus Asas Pengadil Bola Sepak Lahad Datu 2024, anjuran Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia.
Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. En. Mohd Syafiq Iqhmal bin Saharudin, Pengerusi Pertubuhan Kasih Iqhmalya Lahad Datu yang turut dihadiri oleh En. Saharudin bin Rosevelt, Penolong Setiausaha; Puan Rafidah binti Aziz, Bendahari; En. Jumadi bin Jimmy dan En. Firdaus Abdul Kadir, AJK Pertubuhan.
Majlis perasmian ini dihadiri oleh pelbagai tokoh sukan dan pengadil berpengalaman, termasuk:
βοΈ En. Ismail bin Idris - Pengerusi Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia
βοΈ Cikgu Juin Joseph - Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Sabah
βοΈ Reff Sittharanjanan A/L Subramaniam - Bekas Pengadil FIFA
βοΈ Coach Mohd Faisal Yee - Naib Presiden SAFA Lahad Datu
βοΈ Insp. Mohd Rahmat Saedin - Wakil IPD Lahad Datu
Kami percaya usaha seperti ini adalah langkah penting untuk mencungkil bakat baru di daerah Lahad Datu, sekaligus melahirkan pengadil bola sepak yang berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pertubuhan Kasih Iqhmalya Lahad Datu sentiasa komited menyokong inisiatif pembangunan belia dan komuniti melalui pelbagai platform. Tahniah kepada Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia atas penganjuran yang cemerlang! π