KALBU - Kelab Aktiviti Luar Buranun

KALBU - Kelab Aktiviti Luar Buranun Buranun is the ethnic who's living on the mountains.

Alhamdulillah.. setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah menghadiri dan menja...
11/02/2025

Alhamdulillah.. setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah menghadiri dan menjayakan Program Let's Go HIKING di Silam Coast Conservation Area (SCCA) pada 09 Februari 2025 (Ahad). Kehadiran dan sokongan anda semua telah menjayakan program ini dengan penuh semangat dan kegembiraan.
Kami amat berbesar hati dapat bersama-sama menikmati keindahan alam semula jadi sambil meningkatkan kesedaran tentang pentingnya "Cintai Alam Semulajadi". Semoga pengalaman yang diperoleh dalam program ini memberi manfaat dan menjadi kenangan yang bermakna buat semua.
Sekali lagi, terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua peserta. Kami memohon maaf atas sebarang kekurangan atau kesilapan sepanjang program berlangsung.. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam program yang akan datang.

Terima kasih!

24/12/2024
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK, ahli KALBU, ra...
23/12/2024

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK, ahli KALBU, rakan-rakan, serta saudara dan saudari yang telah menyertai serta memeriahkan Camping Adventure - Night Hike di SCCA pada 21 dan 22 Disember 2024, bertempat di Silam Coast Conservation Area (SCCA), Lahad Datu, Sabah. Program ini berjaya direalisasikan dengan penuh semangat dan kerjasama.

Tidak dilupakan kepada wakil-wakil dari Kunak, Jerocco, Team XPLO, Team PHLD, Team Pengakap Kelana A LD, Kolej Komuniti LD, dan bahkan Team Badminton, terima kasih atas sokongan padu yang anda berikan!

Ada peserta yang baru pertama kali merasai pengalaman camping dan hiking, manakala ada juga yang sudah lama tidak hiking hingga mencabar ketahanan mental dan fizikal. Alhamdulillah, semuanya terkawal dan berjaya menamatkan cabaran hiking di Tangga 1K SCCA. Lebih istimewa, peserta kali ini bertuah dapat melihat payau secara langsung di Pantai Pandanus SCCA, satu pengalaman yang pasti sukar dilupakan!

Kami memohon maaf atas sebarang kekurangan atau kesilapan sepanjang program berlangsung. Insya-Allah, segala penambahbaikan telah dikenal pasti untuk memastikan program yang akan datang lebih sempurna.

Terima kasih juga atas foto dan video yang dikongsikan. Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua peserta dan AJK yang menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi di program seterusnya.

"Cintai Alam Semula Jadi."
🍃🎉🙌🏻🦁

Back to nature.. Adventure Awaits.! Penutupan 2024.. Let's Go.! *CAMPING ADVENTURE**Night Hike Di SCCA* 🏕️🔥*Organize By ...
08/12/2024

Back to nature.. Adventure Awaits.!
Penutupan 2024.. Let's Go.!

*CAMPING ADVENTURE*
*Night Hike Di SCCA* 🏕️🔥
*Organize By KALBU*🦁
*Kelab Aktiviti Luar Buranun Ldu*
PPM-008-12-01032019
*Tarikh* : 21 - 22 Dis 2024
*Tempat* : (SCCA) Silam Coast Conservation Area
*Yuran Penyertaan* : RM40/pax
~Termasuk :
- Pass Masuk SCCA
- Sijil Penyertaan
- BBQ
- Sarapan ringan
- Pndok C
- Trail Hiking
- Guide
~Tidak Termasuk :
- Tapak Khemah RM12/tapak
- Transport
*Tarikh Tutup Penyertaan* : 15 Dis 2024
*Pembayaran Secara Online* :
🐯 May Bank - 5600 5439 5440
*Buranun Artwork*
*Utk pertanyaan lanjut* :
Tok Mar - 0142002767
Ammie - 0145644658
Kak Lisa - 0102341328

Address

Lahad Datu Town
91100

Telephone

+60142002767

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KALBU - Kelab Aktiviti Luar Buranun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KALBU - Kelab Aktiviti Luar Buranun:

Share