Masjid Mutiara Kasih Lahad Datu

Masjid Mutiara Kasih Lahad Datu Masjid Mutiara Kasih Lahad Datu

17/06/2026

Macam mahu rancang pertandingan futsal antara masjid lahad datu.

Hanya AJK masjid saja d benarkan main.
Ada yang support?

🌙 Majlis Sambutan Maal Hijrah Bersama Penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih Lahad Datu 🌙Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maal ...
16/06/2026

🌙 Majlis Sambutan Maal Hijrah Bersama Penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih Lahad Datu 🌙
Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maal Hijrah telah berlangsung dengan penuh meriah dan suasana yang harmoni bersama penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih, Lahad Datu.

Sambutan ini bukan sahaja bertujuan memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW, malah menjadi platform untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk tanpa mengira usia dan latar belakang.

Pelbagai aktiviti keagamaan serta pengisian bermanfaat telah diadakan bagi menyemarakkan semangat Maal Hijrah, di samping mengingatkan kita semua tentang pentingnya perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik, berakhlak mulia dan sentiasa bersatu padu dalam masyarakat.

Kehadiran penduduk yang begitu menggalakkan menunjukkan semangat kerjasama dan perpaduan yang tinggi dalam komuniti Pangsapuri Mutiara Kasih.

Semoga sambutan Maal Hijrah pada tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan menjadi titik permulaan untuk kita terus memperbaiki diri, memperkukuhkan ukhuwah serta membina komuniti yang lebih prihatin, aman dan sejahtera.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT P.M.K.Semoga kita dapat beroleh pengajaran dan iktibar pada ceramah yang akan disampaikan...
14/06/2026

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT P.M.K.

Semoga kita dapat beroleh pengajaran dan iktibar pada ceramah yang akan disampaikan.

Perjuangan Rasulullah S.A.W tidak boleh berhenti disini. kitalah sebagai Ummat Nabi Muhammad yang menjadi Penerus kepada Perjuangan Rasulullah dalam Dakwah Islam.

Mesyuarat BIL.02/26Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan lancar. segala hal2 berbangkit dapat d selesaikan.
14/06/2026

Mesyuarat BIL.02/26

Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan lancar.
segala hal2 berbangkit dapat d selesaikan.

Alhamdulillah. Hasil usahasama Penghuni Blok B dan Jiran2 terdekat, pada 31/05/2026 Berlangsung Tahlil untuk Arwah Ustaz...
31/05/2026

Alhamdulillah. Hasil usahasama Penghuni Blok B dan Jiran2 terdekat, pada 31/05/2026 Berlangsung Tahlil untuk Arwah Ustazah Rafizah binti Junaidi..

Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

AJK Masjid Mutiara Kasih telah menjalankan aktiviti kebersihan kawasan masjid sebagai satu usaha berterusan dalam memast...
26/05/2026

AJK Masjid Mutiara Kasih telah menjalankan aktiviti kebersihan kawasan masjid sebagai satu usaha berterusan dalam memastikan persekitaran rumah Allah sentiasa bersih, selesa dan terjaga.

Aktiviti ini melibatkan kerja-kerja membersihkan kawasan dalam dan luar masjid, termasuk menyapu, mengutip sampah, membersihkan longkang serta memastikan persekitaran berada dalam keadaan teratur dan kondusif untuk kegunaan para jemaah.

Usaha murni ini bukan sahaja mencerminkan semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan AJK, malah turut menjadi contoh teladan kepada masyarakat setempat tentang pentingnya menjaga kebersihan sebagai sebahagian daripada iman.

Diharapkan dengan adanya inisiatif seperti ini, Masjid Mutiara Kasih akan terus menjadi tempat yang nyaman untuk beribadah serta pusat penyatuan ummah di kawasan tersebut.

Untuk makluman semua, jenazah Allahyarhamah Ustazah Rafidah telah dibawa turun ke Masjid Mutiara Kasih bagi urusan pengu...
26/05/2026

Untuk makluman semua, jenazah Allahyarhamah Ustazah Rafidah telah dibawa turun ke Masjid Mutiara Kasih bagi urusan pengurusan jenazah.

Kehadiran para pelajar mengaji serta penghuni Pangsapuri Mutiara Kasih amatlah dihargai sebagai tanda penghormatan terakhir, di samping memberikan sokongan dan doa buat keluarga Allahyarhamah.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Mutiara Kasih sebelum dibawa ke tanah perkuburan Kampung Ipil untuk dikebumikan. Turut hadir Tuan Fendy ke Masjid Mutiara Kasih bagi bersama-sama memberi penghormatan terakhir serta mengikuti urusan Pengkebumian.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah.

Pengerusi Masjid Mutiara Kasih bersama barisan AJK masjid, dengan penuh rasa keprihatinan dan tanggungjawab sosial, tela...
26/05/2026

Pengerusi Masjid Mutiara Kasih bersama barisan AJK masjid, dengan penuh rasa keprihatinan dan tanggungjawab sosial, telah mengadakan satu lawatan kebajikan ke rumah Adik Sharul.

Lawatan ini turut disertai oleh Tuan Jilhan serta ahli jawatankuasa yang lain sebagai tanda sokongan moral kepada keluarga beliau. Adik Sharul kini sedang diuji dengan penyakit Ewing Sarcoma, iaitu sejenis kanser tulang yang jarang berlaku dan memerlukan rawatan rapi serta sokongan berterusan.

Kehadiran rombongan masjid bukan sahaja bertujuan untuk menziarahi, malah untuk menyampaikan sedikit sumbangan dan doa agar Adik Sharul diberikan kekuatan, kesembuhan, serta dipermudahkan segala urusan rawatan.

Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga beliau dan menjadi bukti bahawa masyarakat setempat sentiasa bersatu hati dalam membantu mereka yang memerlukan.

Diharapkan juga agar lebih ramai pihak tampil menghulurkan bantuan serta doa buat Adik Sharul agar terus tabah menghadapi ujian ini.

Pada hari ini, pihak Masjid Mutiara Kasih melalui bahagian Unit Kebajikan akan menghulurkan sedikit sumbangan berupa bak...
24/05/2026

Pada hari ini, pihak Masjid Mutiara Kasih melalui bahagian Unit Kebajikan akan menghulurkan sedikit sumbangan berupa bakul makanan kepada Puan Rahimah, iaitu isteri kepada arwah Salleh.

Difahamkan, Puan Rahimah kini sedang diuji dengan penyakit kanser yang memerlukan kekuatan fizikal dan emosi yang tinggi.

Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung serta memberi sokongan moral kepada beliau dalam menghadapi ujian ini.

Sama-samalah kita mendoakan agar Puan Rahimah diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menjalani hari-hari mendatang.

Address

Jalan Tengah Nipah Lahad Datu
Lahad Datu Town
91100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Mutiara Kasih Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share