Generasi Muda Patau-Patau 1

Generasi Muda Patau-Patau 1 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Generasi Muda Patau-Patau 1, Community Center, Kg Patau Patau 1 W. P., Labuan.

Generasi Muda Patau-Patau 1 (GMPP)

Sebuah organisasi anak muda di Kampung Patau-Patau 1 yang menumpukan kepada pembangunan generasi muda melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, pendidikan dan sukan.

02/11/2025

β€œKalau penat, kita rehat.
Kalau lapar, kita makan.
Tapi semangat? Tak pernah berhenti!

”

Sempena Labuan Motor Day 🏍️Alhamdulillah, satu lagi kenangan tercipta buat kami Generasi Muda Patau-Patau 1 (GMPP).Ride ...
02/11/2025

Sempena Labuan Motor Day 🏍️

Alhamdulillah, satu lagi kenangan tercipta buat kami Generasi Muda Patau-Patau 1 (GMPP).
Ride santai kali ini mungkin kecil bilangannya, tapi besar maknanya buat kami semua.

Perjalanan bermula dari Kampung Patau-Patau 1, dengan deruman enjin yang sederhana tapi penuh semangat persaudaraan.

Kami bergerak santai, menikmati angin petang dan suasana damai di sepanjang laluan.

Perhentian kami singgah makan petang, sambil berbual mesra dan menghayati keindahan matahari senja yang perlahan-lahan tenggelam di ufuk Labuan.
Itu saat paling tenang penuh rasa syukur dan kebersamaan.

Kami bukan kelab besar, bukan juga konvoi ratusan motor. Tapi kami ada semangat, ada persahabatan, ada tujuan.

Insya-Allah, ini baru permulaan.

Next ride: luar kawasan! Nantikan kami dengan semangat yang sama, tapi langkah yang lebih jauh.

Malam Galau – Fiesta Sukan Madani 2025Program ni bukan sekadar malam penghargaan,tapi malam kenangan.Fiesta Sukan Madani...
31/10/2025

Malam Galau – Fiesta Sukan Madani 2025

Program ni bukan sekadar malam penghargaan,
tapi malam kenangan.

Fiesta Sukan Madani 2025 sudah melabuhkan tirainya,
namun detik-detik bersama pasukan hebat ni masih terngiang dalam kepala, jerit panggil nama, lari ke sana-sini, tangan berpeluh, muka berdebu, tapi hati penuh semangat!

Terima kasih buat semua orang-orang kuat
yang tidak pernah kenal erti penat, yang sanggup berkorban masa dan tenaga, demi menjayakan satu misi & menyatukan kita semua dalam semangat madani.

Kini program sudah selesai, tapak sudah sunyi,
tapi rasa rindu tu masih belum pergi.

Terima kasih, keluarga kecil Fiesta Sukan Madani 2025.

Kita bukan sekadar AJK,
kita satu pasukan, satu jiwa, satu semangat.

Fiesta Sukan Madani 2025 Meriah! Semangat Komuniti Terus Menyala di Labuan!Labuan sekali lagi membuktikan semangat perpa...
27/10/2025

Fiesta Sukan Madani 2025 Meriah! Semangat Komuniti Terus Menyala di Labuan!

Labuan sekali lagi membuktikan semangat perpaduan dan kekuatan komuniti apabila Fiesta Sukan Madani 2025 berlangsung dengan penuh warna dan semangat di bawah anjuran MPP Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Generasi Muda Patau Patau 1 (GMPP).

Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh yang berusaha Tuan Simsudin Bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, yang menzahirkan rasa bangga atas usaha penganjur menjayakan program sebegini yang bukan sekadar menceriakan komuniti, tetapi juga menyemai nilai-nilai Madani berdaya saing, bersatu dan bersemangat tinggi!

β€œProgram seperti ini perlu diteruskan dan menjadi contoh kepada kampung-kampung lain. Semangat kebersamaan inilah yang menjadikan masyarakat kita kuat dan harmoni,” ujar Tuan Simsudin dalam ucapan beliau yang disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Lebih 500 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan dan aktiviti riang rakyat yang menandakan sambutan hangat dan komitmen warga setempat terhadap gaya hidup sihat serta semangat kesukanan sejati.

InsyaAllah, Fiesta Sukan Madani ini akan dijadikan acara tahunan, menjadikan Labuan sebagai model komuniti yang aktif, berdaya maju dan penuh semangat Madani.

Tahniah setinggi-tingginya diucapkan kepada seluruh tenaga kerja GMPP yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada MPP Labuan atas kepercayaan dan sokongan padu yang diberikan.

Setinggi penghargaan juga ditujukan kepada penaja utama, Sri Layangan Tuan Haji Nisam bin Haji Latip, serta JLAB selaku penaja T-shirt.

Fiesta ini bukan sekadar acara malam ia simbol kebersamaan, semangat dan kekuatan komuniti Madani!

πŸ“’ HEBAHAN KEPADA WARGA KAMPUNG πŸ“’Dimaklumkan bahawa Kawasan Dewan Komuniti Dan Letak kereta akan digunakan bagi pelaksana...
22/10/2025

πŸ“’ HEBAHAN KEPADA WARGA KAMPUNG πŸ“’

Dimaklumkan bahawa Kawasan Dewan Komuniti Dan Letak kereta akan digunakan bagi pelaksanaan Fiesta Sukan Madani 2025 yang dijadualkan berlangsung pada:

πŸ“… Tarikh: 25 & 26 Oktober 2025 (Sabtu & Ahad)
πŸ“ Tempat: Kawasan Dewan Komuniti & Letak Kereta Kg Patau Patau 1

Sehubungan itu, kerjasama daripada semua warga kampung amat diperlukan untuk mengosongkan kawasan tersebut mulai 24 Oktober 2025 (Jumaat) bagi tujuan persiapan dan kelancaran program.

Kerjasama anda amat dihargai bagi memastikan acara ini berjalan dengan lancar dan selamat untuk semua.

Sekian, terima kasih.

πŸ”₯πŸ’₯ HEBAHAN RASMI! FIESTA SUKAN MADANI 2025 DATANG LAGI! πŸ’₯πŸ”₯πŸŽ‰ Bersedia untuk FIesta Paling Gempak!!Tempat di mana tawa, pe...
21/10/2025

πŸ”₯πŸ’₯ HEBAHAN RASMI! FIESTA SUKAN MADANI 2025 DATANG LAGI! πŸ’₯πŸ”₯

πŸŽ‰ Bersedia untuk FIesta Paling Gempak!!

Tempat di mana tawa, peluh & semangat kampung bersatu jadi satu tenaga luar biasa! πŸ’ͺπŸ˜„

πŸ“… Tarikh: 25 – 26 Oktober 2025
πŸ“ Tempat: Kampung Patau-Patau 1, Labuan

πŸ† Dari sukaneka nostalgia sampai pertandingan juara nasi goreng,
dari bola tampar sampai bowling kelapa, semuanya ada! 🌴
Kamu datang bawa semangat β€” kami sedia bagi kenangan paling legend! πŸ”₯

🎢 Jualan, hadiah menarik & vibes kampung yang takkan jumpa di tempat lain!

πŸ“’ Ajak kawan, ajak keluarga β€” jangan tinggal sorang!

Fiesta Sukan Madani 2025 bukan sekadar sukan, tapi raikan perpaduan, gelak tawa dan semangat anak muda Patau-Patau! β€οΈπŸ’™πŸ€

🎊

Tiket Bertuah! Hadiah Berlimpah!Datang tah beramai-ramai ke Fiesta Sukan Madani 2025, bukan saja dapat beriadah, tapi mu...
17/10/2025

Tiket Bertuah! Hadiah Berlimpah!

Datang tah beramai-ramai ke Fiesta Sukan Madani 2025, bukan saja dapat beriadah, tapi mun durang cakap untung nasib, boleh jua balik bawa ESBOK BARU! πŸ˜†

Jangan tinggal kawan-kawan di rumah – bawakan semua!

Biar orang kampung ingat kamu buka rombongan. πŸ˜‚

Jumpa kita di sana – mun inda datang, inda merasa lucky draw tu ah! πŸ˜‰

πŸŽ‰ FIESTA SUKAN MADANI 2025 – LAIN MACAM KALI AH! πŸŽ‰Bah! Alum cukup dengan acara-acara lain, tahun ani kami tambah pertand...
17/10/2025

πŸŽ‰ FIESTA SUKAN MADANI 2025 – LAIN MACAM KALI AH! πŸŽ‰

Bah! Alum cukup dengan acara-acara lain, tahun ani kami tambah pertandingan MOTOR SLOW πŸ›΅πŸ’¨

πŸ’° 100 peserta terawal akan menerima RM5 – inda kisah kalah menang, asal daftar saja!

πŸ† Tapi ah... siapa paling slow, paling steady, paling chill atas motor – akan bawa balik RM100 CASH!

πŸ“ Jangan salah sangka – bukan siapa laju, tapi siapa PALING PELAHAN sampai finish line!

Jangan tidur sudah atas motor ah 🀣

Datang ramai-ramai! Jangan lapas peluang jadi juara motor paling slow di Patau Patau 1

PENGHARGAAN KHAS KEPADA PENAJAT-Shirt Fiesta Sukan Madani 2025Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan...
15/10/2025

PENGHARGAAN KHAS KEPADA PENAJA

T-Shirt Fiesta Sukan Madani 2025

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penaja yang telah menyumbang dalam penyediaan T-shirt rasmi Fiesta Sukan Madani 2025.

Sokongan anda amat kami hargai dalam menjayakan acara ini serta menyemarakkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

πŸ’ Terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama anda.

πŸ’ͺ Bersama kita menjayakan Sukan Madani 2025!

Address

Kg Patau Patau 1 W. P.
Labuan
87000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Generasi Muda Patau-Patau 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share