14/06/2026
ZIARAH KASIH GAPENA 2026
Ziarah Kasih GAPENA yang berlangsung pada 4 Mei 2026 lalu telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada seluruh warga sastera, khususnya kepada PERWILA sebagai badan kerabat di bawah naungan GAPENA.
Program ziarah ini telah menyantuni tiga orang tokoh penting PERWILA sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan mereka dalam dunia persuratan Melayu, iaitu Allahyarham Prof. Dr. Harun bin Haji Pudin (Ketua Satu PERWILA), Allahyarhamah Puan Hajah Hasnah binti Sambas (Mantan Ketua Dua PERWILA), dan Tuan Haji Othman bin Mahali (Mantan Ketua Satu PERWILA).
Namun begitu, di sebalik kenangan indah sepanjang program tersebut, turut terselit rasa hiba apabila mengenangkan dua insan besar dalam keluarga PERWILA yang telah kembali ke rahmatullah, iaitu Ketua Satu PERWILA yang telah meninggal dunia pada 5 Jun 2026, serta Mantan Ketua Dua PERWILA yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 Julai 2025.
Sesungguhnya, pemergian mereka merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada keluarga besar sastera, khususnya PERWILA, yang pernah sama-sama berkongsi perjuangan, kepimpinan, idea dan kecintaan terhadap dunia penulisan serta persuratan Melayu.
Jasa, sumbangan serta pengorbanan mereka akan terus dikenang dan terpahat dalam lipatan sejarah perjuangan sastera tanah air. Walaupun sebahagian mereka telah pergi meninggalkan kita, legasi yang ditinggalkan tetap menjadi sumber inspirasi kepada generasi yang meneruskan perjuangan ini.
Bagi pihak PERWILA, kami merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada seluruh keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.
Semoga Ziarah Kasih ini bukan sekadar menjadi kenangan tetapi juga peringatan bahawa setiap insan akan kembali kepada-Nya dan yang kekal hanyalah amal jariah serta sumbangan yang ditinggalkan.