Jabatan Penerangan WP Labuan

Jabatan Penerangan WP Labuan Jabatan Penerangan WP Labuan Pada tahun 1950 nama itu ditukar kepada Jabatan Penerangan dengan tugas-tugas yang tersusun dan diperluaskan lagi.

Sejarah penubuhan Jabatan Penerangan dikatakan bermula dari tarikh penubuhan Jabatan Publisiti dan Percetakan (Department of Publicity and Printing) pada bulan September 1945. Walau bagaimanapun sebelum itu terdapat agensi kerajaan yang menjalankan tugas-tugas perhubungan awam iaitu Malay States Information Agency yang ditubuhkan pada tahun 1926. Jabatan ini disusun semula untuk disesuaikan dengan

pentadbiran sivil mulai 1 April 1946 dan diberi nama baru iaitu Jabatan Perhubungan Raya (Department of Public Relations). Jabatan ini diletakkan di bawah Kementerian Penerangan yang ditubuhkan pada tahun 1961. Laporan Jabatan terawal yang terdapat di Arkib Negara ialah laporan bulanan bagi bulan September 1945 yang menyebut bahawa jabatan telah ditubuhkan semenjak 24 September 1945. Minit mesyuarat D.C.C.A.O. Conference bertarikh 22 September 1945 mencatatkan bahawa Jabatan Publisiti dan Percetakan telah diwakili oleh Colonel Dumeresque (Director, Department of Publicity and Printing, British Military Administration, Singapore) dan Major Walker (mewakili Department of Publicity and Printing, Kuala Lumpur). Jabatan ini ditubuhkan dengan tujuan mengembalikan imej Kerajaan British yang telah terjejas akibat pendudukan Jepun. Pentadbiran Tentera British berlangsung dari 5 September 1945 dan tamat pada 31 Mac 1946. British Military Administration menghadapi keadaan kucar kacir selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sebahagian rakyat telah hilang kepercayaan terhadap mereka. Pada masa itu beberapa pertubuhan kebangsaan telah tumbuh dengan matlamat membebaskan Tanah Melayu dari sebarang penjajahan kuasa asing.

57 Individu Disyaki 'Scammer' Ditahan di Labuan.Sumber : BES RTM Labuan
02/06/2026

57 Individu Disyaki 'Scammer' Ditahan di Labuan.

Sumber : BES RTM Labuan






02/06/2026

PELAKSANAAN PINDAAN KEWARGANEGARAAN

'Yang sahih di RTM'

02/06/2026
02/06/2026

Tempat dah tahu. πŸ“
Tarikh pun dah tahu. πŸ“…

Tapi...

πŸ‘€ Apa sebenarnya yang menanti anda dalam 6 zon Road to MAHA 2026 Labuan?

Nantikan pendedahan setiap zon tidak lama lagi! 🌾✨


02/06/2026
02/06/2026

TENTANG LABUAN : Hari Bersejarah Labuan πŸ“œ

Pada 24 Disember 1846, Labuan diserahkan kepada British dalam satu upacara rasmi di Ramsay Point yang menjadi titik penting dalam sejarah pulau ini. πŸŒŠβš“

02/06/2026

Golongan kanak-kanak kini semakin terdedah kepada risiko trauma siber berpanjangan berikutan peningkatan kes eksploitasi seksual dalam talian yang melibatkan ugutan, manipulasi emosi serta penyebaran berulang bahan penderaan.

Keadaan itu, sekiranya berlaku tentu sahaja memberikan kesan mendalam terhadap kesejahteraan mental serta psikologi golongan berkenaan yang menjadi mangsa.

Sehubungan dengan itu, penguatkuasaan syarat pengesahan umur bagi pendaftaran akaun media sosial menerusi pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang bermula semalam, dilihat amat bertepatan bagi melindungi mereka yang berumur di bawah 16 tahun.

Berita penuh di https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2563778

02/06/2026

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ancaman media sosial terhadap kanak-kanak tidak lagi boleh dilihat sebagai isu teknologi semata-mata, sebaliknya turut memberi kesan kepada perkembangan emosi dan sosial generasi…

02/06/2026

Address

KOMPLEKS KEMENTERIAN KOMUNIKASI , WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, Jalan TANJUNG TARAS, PETI SURAT 81363, W. P
Labuan
87000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Penerangan WP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Penerangan WP Labuan:

Share