Kelab Wanita Sejahtera WPL

Kelab Wanita Sejahtera WPL Kelab Wanita Sejahtera WPL

Bangga dan penuh rasa syukur! Alhamdulillah Setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Hajah Niswati atas penganugerahan yang ...
14/04/2026

Bangga dan penuh rasa syukur!

Alhamdulillah Setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Hajah Niswati atas penganugerahan yang begitu bermakna ini.

Kepimpinan Dato’ menjadi simbol kekuatan wanita di Labuan, terus unggul dan menginspirasi!❤️

Alhamdulillah❤️👏
09/09/2025

Alhamdulillah❤️👏

Selamat Menyambut Hari Wanita Kebangsaan 2025 🌹Bertemakan “Wanita Beraspirasi Membina Legasi”, martabat wanita di angkat...
25/08/2025

Selamat Menyambut Hari Wanita Kebangsaan 2025 🌹

Bertemakan “Wanita Beraspirasi Membina Legasi”, martabat wanita di angkat sebagai pencetus inspirasi, penjana kekuatan serta pembina masa depan bangsa dan negara.

Khas buat semua yang bergelar wanita, yang sentiasa teguh, berdedikasi dan penuh kasih sayang, semoga terus melakar kejayaan, mencipta legasi bermakna dan menjadi suluh harapan generasi akan datang.

16 Ogos 2025 | SabtuMesapol, SipitangSusulan penganjuran perhimpunan aman solidariti   pada 10 Julai lalu, Penaung dan P...
17/08/2025

16 Ogos 2025 | Sabtu
Mesapol, Sipitang

Susulan penganjuran perhimpunan aman solidariti pada 10 Julai lalu, Penaung dan Pengerusi Kelab Wanita Sejahtera Wilayah Persekutuan Labuan telah berkesempatan bertemu dengan ibu kepada arwah Zara Qairina serta menziarahi pusara beliau.

Semoga roh adik Zara Qairina dicucuri rahmat Allah SWT, ditempatkan dalam kalangan bidadari syurga, dan keluarganya terus diberi kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian ini.

Terima Kasih Warga Labuan.
10/08/2025

Terima Kasih Warga Labuan.

Suara Labuan, suara keadilan untuk arwah Zara QairinaPagi ini, Labuan menjadi medan pertemuan ribuan jiwa yang berkongsi...
10/08/2025

Suara Labuan, suara keadilan untuk arwah Zara Qairina

Pagi ini, Labuan menjadi medan pertemuan ribuan jiwa yang berkongsi rasa, rasa sedih, marah, dan tekad. Lebih 3,000 warga berkumpul dalam satu himpunan aman yang sarat dengan mesej Justice For Zara, menandakan bahawa pemergian arwah bukan sekadar kisah keluarga, tetapi kisah seluruh negara.

Acara ini dianjurkan oleh Kelab Wanita Sejahtera Wilayah Persekutuan Labuan, yang dipengerusikan oleh Puan Hajah Niswati Tarji, dengan sokongan penuh YBhg. Datuk Mohd Rafi Datuk Alli Hassan selaku Penaung kelab tersebut. Dengan kerjasama LMD dan Masa Rehat, himpunan ini menyatukan warga tanpa mengira agama, bangsa, atau fahaman politik.

Yang hadir bukan sekadar melihat, tetapi berdiri bersama - pemimpin tempatan, NGO, belia, wanita, dan golongan veteran semua seiring langkah, membawa suara yang sama iaitu kebenaran mesti keluar dari tirai, keadilan mesti ditegakkan, dan kes ini tidak boleh dibiar tenggelam.

Hari ini, Labuan menghantar isyarat yang lantang apabila hak dan kebenaran dipertaruhkan, kami tidak akan berdiam diri.

Keadilan tak akan datang kalau kita hanya diam.Mari kita berdiri teguh untuk keadilan buat Zara Qairina.📅 10 Ogos 2025 |...
08/08/2025

Keadilan tak akan datang kalau kita hanya diam.

Mari kita berdiri teguh untuk keadilan buat Zara Qairina.

📅 10 Ogos 2025 | Ahad
⏰ 10 pagi
📍 Tapak Parking Medan Selera
Tema: Hitam

Address

Labuan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Wanita Sejahtera WPL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share