Hidayah Centre Foundation Labuan

Hidayah Centre Foundation Labuan Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

โœจ๐‘บ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’”๐’๐’‚๐’Ž, ๐‘ท๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’–๐’‚๐’๐’‚๐’‡  โœจSetiap hidayah yang sampai kepada seseorang bermula dengan satu usaha kecil yang b...
31/08/2026

โœจ๐‘บ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’”๐’๐’‚๐’Ž, ๐‘ท๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’–๐’‚๐’๐’‚๐’‡ โœจ

Setiap hidayah yang sampai kepada seseorang bermula dengan satu usaha kecil yang berterusan.

Melalui program Ansar Initiative, anda berpeluang menjadi sebahagian daripada perjalanan dakwah dan pembangunan mualaf di seluruh Malaysia. Dengan hanya RM30 sebulan, sumbangan anda membantu:

โœ… Menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat
โœ… Membimbing dan mentarbiah saudara baharu
โœ… Menyalurkan bantuan kebajikan kepada mualaf yang memerlukan
โœ… Melatih para pendakwah untuk memperkukuhkan usaha dakwah

Setiap ringgit yang disumbangkan bukan sekadar bantuan, tetapi pelaburan akhirat yang memberi manfaat berpanjangan.

๐Ÿค Jom menjadi Ansar kepada mualaf.Bersama-sama kita menyampaikan Islam dan memperkasakan mereka yang memilih jalan hidayah.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต31 Ogos 2026 | Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiKemerdekaan bukan sekadar ten...
30/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต

31 Ogos 2026 | Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Kemerdekaan bukan sekadar tentang bebas daripada penjajahan, tetapi tentang bagaimana kita bersama-sama membina sebuah negara yang aman, harmoni dan saling menghormati.

Dalam kepelbagaian bangsa, budaya dan latar belakang, kita dipertemukan sebagai satu keluarga besar bernama Malaysia.

Sempena Hari Kebangsaan ke-69 ini, marilah kita terus menyemai nilai perpaduan, kasih sayang, toleransi dan saling menghormati demi kesejahteraan bersama.

Bagi Hidayah Centre Foundation, kemerdekaan juga adalah ruang untuk terus menyebarkan cahaya Islam dengan hikmah, membina jambatan kefahaman dan memperkasa saudara kita yang memilih Islam sebagai jalan kehidupan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Salam Hari Kebangsaan ke-69 daripada
Hidayah Centre Foundation

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—น ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŒ™Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung semalam telah be...
26/08/2026

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—น ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung semalam telah berjalan dengan lancar dan penuh meriah. ๐Ÿคโœจ

HCF Labuan tidak ketinggalan untuk turut serta dalam Pertandingan Maulidur Rasul, dengan penyertaan seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada mualaf dan Rakan Hidayah. ๐Ÿฅฐ

Yang paling bermakna bukan sekadar pertandingan, tetapi nilai kebersamaan, ukhuwah dan semangat saling menyokong dalam menghidupkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. ๐ŸŒน

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang hadir, bertungkus-lumus dan memberikan komitmen. Semoga kebersamaan ini terus menjadi kekuatan buat HCF Labuan. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’™

Bersama dalam dakwah, bersama dalam ukhuwah.
Allahumma solli โ€˜ala Sayyidina Muhammad SAW. ๐ŸŒน




๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ / ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› ๐ŸŒ™ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏBersempena Maulidur Rasul, marilah kita s...
24/08/2026

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ / ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› ๐ŸŒ™

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Bersempena Maulidur Rasul, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat dan menghayati perjuangan serta akhlak mulia Nabi Muhammad SAW. โค๏ธ

Sabda Rasulullah SAW:

โ€œSesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.โ€ (Hadis riwayat An Nasa'i & Ibnu Hibban)

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW bukan sekadar di bibir, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, sikap dan kehidupan seharian. ๐Ÿค

๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—น ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—›๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—–๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ฒ ๐—™๐—ผ๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป.

Semoga kita semua terus istiqamah dalam mencontohi sunnah dan akhlak Baginda SAW. ๐ŸŒฟ

19 ๐™Š๐™œ๐™ค๐™จ 2026 |๐™ƒ๐˜พ๐™ ๐™ก๐™–๐™—๐™ช๐™–๐™ฃ|๐Ÿ’œ๐Ÿ’™๐Ÿ’œ Alhamdulillah ๐Ÿคฒ๐ŸปโœจSelesai sudah Majlis Ramah Mesra bersama Pengurus Wilayah Sabah, Encik His...
21/08/2026

19 ๐™Š๐™œ๐™ค๐™จ 2026 |๐™ƒ๐˜พ๐™ ๐™ก๐™–๐™—๐™ช๐™–๐™ฃ|๐Ÿ’œ๐Ÿ’™๐Ÿ’œ

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

Selesai sudah Majlis Ramah Mesra bersama Pengurus Wilayah Sabah, Encik Hissham bin Suherman, atas kunjungan beliau ke HCF Labuan yang tidak dirancang. Alhamdulillah, walaupun secara spontan, majlis berjalan dengan lancar dan penuh dengan suasana ukhuwah.

Seramai 15 orang Rakan Hidayah yang terdiri daripada AJK Tertinggi HCF Labuan telah hadir. Dalam pertemuan ini, turut diadakan sesi perbincangan dan perkongsian berkaitan gerak kerja serta perkembangan HCF Labuan.

Terima kasih kepada Encik Hissham atas kesudian meluangkan masa, berkongsi pandangan serta memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada kami untuk terus istiqamah dalam perjuangan menyampaikan Islam dan memperkasakan mualaf. ๐Ÿ’›

Semoga ukhuwah ini terus diperkukuhkan dan segala usaha kecil kita menjadi amal yang besar nilainya di sisi Allah SWT.

Pasukan Yang Padu, Misi Yang Satu!
Komited โ€ข Semangat โ€ข Ukhuwah โ€ข Istiqamah
HCF Labuan ๐Ÿ’›

๐™ƒ๐™ž๐™™๐™–๐™ฎ๐™–๐™ ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ข๐™ค๐™ฃ๐™ฎ ๐™ฉ๐™ค ๐™Š๐™ช๐™ฉ๐™ง๐™š๐™–๐™˜๐™ (๐™ƒ2๐™Š) โ€“ ๐™Ž๐™š๐™ข๐™š๐™ฃ๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™ช๐™ฃ๐™œ ๐™‘๐™š๐™ฃ๐™™๐™ค๐™ง ๐™๐™ง๐™ž๐™ฅ ๐™ฉ๐™ค ๐™‡๐™–๐™—๐™ช๐™–๐™ฃ ๐ŸŒทโœจAlhamdulillah, pada 15 Ogos 2026 (Sabtu), jam 7:...
16/08/2026

๐™ƒ๐™ž๐™™๐™–๐™ฎ๐™–๐™ ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ข๐™ค๐™ฃ๐™ฎ ๐™ฉ๐™ค ๐™Š๐™ช๐™ฉ๐™ง๐™š๐™–๐™˜๐™ (๐™ƒ2๐™Š) โ€“ ๐™Ž๐™š๐™ข๐™š๐™ฃ๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™ช๐™ฃ๐™œ ๐™‘๐™š๐™ฃ๐™™๐™ค๐™ง ๐™๐™ง๐™ž๐™ฅ ๐™ฉ๐™ค ๐™‡๐™–๐™—๐™ช๐™–๐™ฃ ๐ŸŒทโœจ

Alhamdulillah, pada 15 Ogos 2026 (Sabtu), jam 7:00 malam hingga selesai, Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Labuan tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Program Semenanjung Vendor Trip to Labuan dengan melaksanakan Program Hidayah Harmony to Outreach (H2O) secara santai dan mesra. ๐Ÿค๐Ÿปโœจ

Program ini menjadi salah satu ruang untuk Rakan Hidayah turun padang, berinteraksi dan menyantuni masyarakat bukan Islam dalam suasana yang harmoni, terbuka dan penuh kemesraan.

Alhamdulillah, seramai 50 orang non-Muslim berjaya disantuni dan sebanyak 35 goodie bag telah berjaya diedarkan kepada pengunjung.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab terjalinnya hubungan yang lebih baik antara masyarakat, di samping membuka ruang untuk saling mengenali, memahami dan menghargai antara satu sama lain.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Rakan Hidayah HCF Labuan yang telah meluangkan masa, tenaga dan memberikan komitmen dalam menjayakan program ini. โค๏ธ

Semoga setiap langkah, senyuman, sapaan dan kebaikan yang diberikan menjadi amal yang bernilai di sisi Allah SWT. Terus melangkah, terus menyantuni dan terus menyebarkan nilai Islam dengan penuh hikmah dan kasih sayang. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ


๐Ÿ’œ ๐’๐„๐ƒ๐„๐Š๐€๐‡ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“๐Ÿ’œโ€œKadangkala, satu ilmu yang dipelajari menjadi bekal untuk terus istiqamah.โ€Melalui Majlis Taโ€™alim Hida...
13/08/2026

๐Ÿ’œ ๐’๐„๐ƒ๐„๐Š๐€๐‡ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“๐Ÿ’œ

โ€œKadangkala, satu ilmu yang dipelajari menjadi bekal untuk terus istiqamah.โ€

Melalui Majlis Taโ€™alim Hidayah Centre Foundation Labuan, mualaf dan masyarakat Islam terus dibimbing melalui pengajian, perkongsian ilmu dan pengukuhan kefahaman agama.

Usaha bimbingan seperti ini penting agar mereka bukan sahaja mengenali Islam, tetapi terus mendapat sokongan dalam membina kehidupan sebagai seorang Muslim.

Sumbangan anda membantu HCF meneruskan kelas bimbingan, pengajian dan pelbagai usaha memperkasa mualaf.

๐Ÿ“Œ Infaq di sini:
๐Ÿฆ Bank Islam
Hidayah Centre Foundation
1211 3010 7743 04
๐Ÿ“ฑ DuitNow QR
Imbas kod QR pada poster
๐Ÿ“ž 016-8136 100
๐ŸŒ www.hidayahcentre.org.my

HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

๐ŸŒฟ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐€โ€™๐€๐‹๐ˆ๐Œ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐€๐˜๐€๐‡ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„ ๐…๐Ž๐”๐๐ƒ๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐‹๐€๐๐”๐€๐   09 ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ 2026 | 2.00 ๐๐ž๐ญ๐š๐ง๐  โ€“ 3.30 ๐๐ž๐ญ๐š๐ง๐  ๐Ÿ“ ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐‡๐ข๐๐š๐ฒ๐š๐ก ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž ๐…๐จ๐ฎ...
09/08/2026

๐ŸŒฟ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐€โ€™๐€๐‹๐ˆ๐Œ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐€๐˜๐€๐‡ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„ ๐…๐Ž๐”๐๐ƒ๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐‹๐€๐๐”๐€๐

09 ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ 2026 | 2.00 ๐๐ž๐ญ๐š๐ง๐  โ€“ 3.30 ๐๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 
๐Ÿ“ ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐‡๐ข๐๐š๐ฒ๐š๐ก ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž ๐…๐จ๐ฎ๐ง๐๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐‹๐š๐›๐ฎ๐š๐ง

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Taโ€™alim di Pejabat Hidayah Centre Foundation Labuan pada 9 Ogos 2026. Majlis ini dicadangkan untuk diadakan secara konsisten pada setiap bulan sebagai salah satu usaha untuk menghidupkan suasana ilmu, memperkukuhkan kefahaman agama serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan Rakan Hidayah.

Alhamdulillah, majlis taโ€™alim kali ini merupakan sesi yang kedua diadakan di Hidayah Centre Foundation Labuan dan telah berjalan dengan lancar. Seramai 20 orang Rakan Hidayah telah hadir dan bersama-sama mengikuti pengisian yang disampaikan.

Pada sesi kali ini, Ustaz Azzif bin Anuwar telah menyampaikan pengisian dengan membawa tajuk โ€œKepentingan Dua Kalimah Syahadahโ€, sebagai sambungan daripada pengisian yang telah disampaikan pada Majlis Taโ€™alim yang lalu pada 20 Jun 2026.

Pengisian ini memberi ruang kepada para peserta untuk memahami dengan lebih mendalam makna, kepentingan serta tuntutan Dua Kalimah Syahadah dalam kehidupan seorang Muslim. Semoga ilmu yang diperoleh bukan sekadar difahami, tetapi dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ ๐€๐ณ๐ณ๐ข๐Ÿ ๐›๐ข๐ง ๐€๐ง๐ฎ๐ฐ๐š๐ซ atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat, serta kepada semua Rakan Hidayah yang hadir dan meluangkan masa untuk bersama-sama dalam majlis ilmu ini.

Semoga Majlis Taโ€™alim ini terus istiqamah diadakan dan menjadi medan untuk kita menambah ilmu, memperkukuhkan iman dan mengeratkan ukhuwah. Insya-Allah. ๐ŸŒธ



04/08/2026
โœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจ"Jika kita tidak mendekati mereka dengan hikmah, bagaimana mereka akan mengenali keindahan Islam?"Melalui progra...
30/07/2026

โœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจ

"Jika kita tidak mendekati mereka dengan hikmah, bagaimana mereka akan mengenali keindahan Islam?"

Melalui program seperti Mosque Tour Guide, Hidayah Harmony Outreach (H2O) dan Aktiviti Sampaikan Risalah Islam (ASRI), Hidayah Centre Foundation terus mendekati masyarakat bukan Islam dengan pendekatan yang mesra, penuh hikmah dan saling menghormati.

Setiap pertemuan membuka ruang kepada masyarakat untuk bertanya, memahami dan mengenali Islam dengan lebih dekat. Di sebalik setiap program, terdapat sukarelawan, bahan dakwah dan kos operasi yang memastikan usaha ini dapat diteruskan.

Sumbangan Sedekah Jumaat anda membantu Hidayah Centre Foundation memperluaskan usaha dakwah kepada masyarakat bukan Islam agar lebih ramai berpeluang mengenali keindahan Islam.

๐Ÿ“Œ Infaq di sini:
๐Ÿฆ Bank Islam:1211 3010 7743 04
๐Ÿ“ฑ DuitNow QR:(Rujuk Poster)
๐ŸŒ Pautan sumbangan:https://bit.ly/4vcsk4B

HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Address

Labuan Times Square, Bandar
Labuan
87000

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:00
Tuesday 09:00 - 05:00
Wednesday 09:00 - 05:00
Thursday 09:00 - 05:00
Friday 09:00 - 05:00

Telephone

+60162443323

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hidayah Centre Foundation Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hidayah Centre Foundation Labuan:

Shortcuts

Share