24/04/2026
Halo warga Labuan! Sedia untuk berbakti sambil menyihatkan badan? 🥾🧹
Sempena kempen kesedaran Autisme, Labuan Unity ingin menjemput anda semua untuk sertai program "Trail to Tide" — satu inisiatif gabungan aktiviti mendaki (hiking) dan pembersihan pantai. Kita bukan sahaja ingin menjaga alam sekitar, malah ingin memupuk penerimaan dan inklusiviti buat komuniti Autisme kita.
Jom catat tarikh ni:
🗓 Tarikh: Sabtu, 25 April 2026
📍 Lokasi: Chimney Labuan
⏰ Masa: 6:30 Pagi – 9:30 Pagi
Sama-sama kita tunjukkan sokongan, tingkatkan kesedaran, dan jadikan komuniti kita tempat yang lebih baik untuk semua. Jumpa anda di sana!