16/04/2026
Pada hari yang penuh barakah ini , 16 April 2026, satu lagi memori indah tercipta di Kampung Belukut apabila menerima kunjungan istimewa daripada pihak Syarikat SEA Hibiscus Sdn. Bhd bagi menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.
Dalam program ini, sumbangan barangan keperluan asas telah diagihkan kepada 10 orang penerima terpilih di sekitar kampung ini. Lebih bermakna lagi, wakil daripada SEA Hibiscus telah sudi berziarah dari rumah ke rumah untuk menyampaikan sendiri sumbangan tersebut.
Urusan ziarah dan agihan sumbangan ini telah dibantu oleh Pengerusi JPKK Kampung Belukut, En. Asmadi B. Hj Ahmad dan wakil daripada AJK Surau Al-Ikhlasiah Kampung Belukut. Komitmen mereka dalam membantu melancarkan program ini amatlah dihargai.
Mewakili seluruh warga Kampung Belukut, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Syarikat SEA Hibiscus Sdn. Bhd. atas sumbangan yang dihulurkan. Inisiatif murni ini amat besar ertinya dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban para penerima.
Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik dan melimpahkan rezeki yang lebih melimpah ruah kepada semua yang terlibat. Amin.