PNK Labuan Utara

PNK Labuan Utara Persatuan Nelayan Kawasan Labuan Utara

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 2026 / 1448 HIJRAHSelamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua warga PNK Labuan Utara ...
25/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 2026 / 1448 HIJRAH

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua warga PNK Labuan Utara dan seluruh warga nelayan Labuan.

Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini menjadi kesempatan untuk kita menghayati perjuangan, pengorbanan serta akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga Allah SWT mengurniakan rezeki yang melimpah, hasil tangkapan yang baik, keselamatan ketika turun ke laut, kesihatan serta keberkatan kepada seluruh warga nelayan dan keluarga.

“Jadikanlah akhlak Rasulullah SAW sebagai teladan, selawat sebagai amalan dan kasih sayang sebagai pengikat persaudaraan.”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ

Salam Maulidur Rasul,
Salawat Pengikat Kasih. 🕌🤲🌊

07/08/2026
27/06/2026
JOM WARGA LABUAN!📍 Masjid Jameh An-Nur, LabuanProgram Bazar Himpunan Usahawan Ikan dan Penternak Akuakultur (BAHTERA) 20...
27/06/2026

JOM WARGA LABUAN!

📍 Masjid Jameh An-Nur, Labuan

Program Bazar Himpunan Usahawan Ikan dan Penternak Akuakultur (BAHTERA) 2026 kini sedang berlangsung!

🍲 Agihan Bubur Asyurah PERCUMA kepada seluruh warga Labuan sedang diadakan. Rebut peluang untuk menikmati juadah tradisi sambil memeriahkan program komuniti ini.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang:

* 🐟 Melihat pelbagai hasil perikanan dan akuakultur tempatan.
* 🛍️ Menyokong usahawan serta penternak tempatan.
* 🤝 Merapatkan silaturahim bersama masyarakat.

Jangan lepaskan peluang!
Ayuh bawa bersama keluarga dan rakan-rakan ke Masjid Jameh An-Nur dan sama-sama memeriahkan BAHTERA 2026.

Jumpa di sana! 🇲🇾🐟🍲

Gotong royong penyediaan agihan bubur Asyurah LKIM bersama Komuniti PNK Utara di Masjid Jamek An Nur.
26/06/2026

Gotong royong penyediaan agihan bubur Asyurah LKIM bersama Komuniti PNK Utara di Masjid Jamek An Nur.

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pulau Pinang (Barat Daya, Timur Lau...
22/06/2026

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pulau Pinang (Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) • Selangor (Sabak Bernam) • Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Semporna) dan Kudat • *WP Labuan sehingga 11:00 pagi; Isnin, 22 Jun 2026.*

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 8:55 pagi, 22 Jun 2026




Menyedari semakin berkurangnya populasi ketam suri di perairan Labuan, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Labuan Utara meny...
21/06/2026

Menyedari semakin berkurangnya populasi ketam suri di perairan Labuan, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Labuan Utara menyeru seluruh warga Labuan agar bersama-sama memainkan peranan dalam melindungi dan memulihara habitat spesies berharga ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menangkap atau mengambil anak-anak ketam suri yang masih kecil bagi memberi peluang kepada spesies tersebut membesar dan membiak secara semula jadi. Tindakan ini amat penting bagi memastikan kelestarian sumber perikanan serta keseimbangan ekosistem marin di perairan Labuan dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.

Marilah kita bersama-sama memelihara khazanah laut Labuan dengan mengamalkan tanggungjawab dan kesedaran dalam aktiviti penangkapan hasil laut.

“Lindungi Ketam Suri Hari Ini, Demi Kelestarian Laut Esok.”

Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Labuan Utara
Bersama Kita Mampu, Menjamin Kesejahteraan Nelayan

12/04/2026

Address

Lot 8, Tingkat 1, Blok B, Lazenda Hillford Shopoffice, Jln. Pohon Batu, Kg. Durian Tunjung
Labuan
87000

Telephone

+60146640164

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PNK Labuan Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PNK Labuan Utara:

Shortcuts

Share