Pusat Tahfiz dan Dakwah Manarah

Pusat Tahfiz dan Dakwah Manarah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Tahfiz dan Dakwah Manarah, Nonprofit Organization, Kampung Gadong Lama, Labu.

PUSAT TAHFIZ & DAKWAH MANARAH telah dimasyhurkan pada 15 September 2019 (Ahad) 1.00 petang oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi, Yang DiPertua BUDI bersempena penyerahan pemegang amanah kepada PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI).

Jom hadir beramai-ramai
12/06/2026

Jom hadir beramai-ramai

JADUAL MAJLIS TA'LIM & TAWAJJUH (ZIKRULLAH)
Bulan Jun 2026M / Zulhijjah 1447H -Muharram 1448H

Disampaikan / Dipimpin oleh :
Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi
Penceramah Bertauliah Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Terengganu

LIVE FB : https://facebook.com/drjahidsidek

Mohon jasa baik agar SEBARKAN dan KONGSIKAN Info ini kepada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan Muslimin/Muslimat. Jemput Hadir secara Hybrid

Jom hadir
12/06/2026

Jom hadir

MOHON SEBARKAN

Jom Hadir ke

PERKAMPUNGAN KELUARGA ULUL ALBAB NAQSYABANDI 6.0
bersama : Tuan Guru Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi, Mursyid Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah

Tarikh : 13 & 14 Jun 2026M / 27 & 28 Zulhijjah 1447H
Hari : Sabtu & Ahad
Lokasi : Institut Latihan Ilmu Tarekat Tasawuf Manarah, Jalan Tanjong Ipoh-Ranjau Hantu, Kampung Parit Seberang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
Sumbangan Ikhlas : https://toyyibpay.com/binabudi (Catat selepas Nama Ulul Albab 5.0)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : +60 10 829 1149 (Haji Kamal)

Ruang Penginapan untuk peserta Lelaki & Perempuan disediakan berasingan (sila bawa kelengkapan mandi, tilam kecil, bantal dan selimut untuk keselesaan).

Tentatif Program

13 JUN 2026 (Sabtu) 9:00 am - 11:00 pm

09:00 am : Pendaftaran Peserta Daurah
10:00 am : Program Daurah Khas yang disampaikan oleh Dr. Ahmad A’toa’ bin Mokhtar, Pensyarah Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor (UIS)
12:30 pm : Makan Tengahari
01:30 pm : Solat Zohor Berjemaah & Rehat
04:00 pm : Persiapan
04:30 pm : Solat Asar Berjemaah
05:30 pm : Taklimat Majlis Baiah & Talqin Zikir Bersanad
06:30 pm : Makan Malam
07:30 pm : Solat Maghrib Berjemaah
08:00 pm : BICARA SUFI 1 (Kuliah Maghrib) bersama Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi & Sesi Soal Jawab
09:30 pm : Solat Isyak Berjemaah
10:00 pm : MAJLIS TAWAJJUH (Zikrullah) pimpinan Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi
11:00 pm : Minum Malam & Rehat

14 JUN 2026 (Ahad) 6:00 am - 2:00 pm

05:30 am : Persiapan
06:00 am : Solat Subuh Berjemaah
06:30 am : MAJLIS TAWAJJUH (Zikrullah)
07:30 am : Sarapan Pagi
08:30 am : BICARA SUFI 2 (Kuliah Dhuha) bersama Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi
10:00 am : Minum Pagi
10:30 am : BICARA SUFI 3 (Kuliah Khas) bersama Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi
12:00 pm : Makan tengahari
1:30 pm : Solat Zohor Berjemaah (Jamak Taqdim)
2:00 pm : Bersurai











Selamat Hari Guru 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para guru, murabbi dan pembim...
15/05/2026

Selamat Hari Guru 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para guru, murabbi dan pembimbing yang sentiasa mendidik, membimbing serta menyantuni insan-insan yang memerlukan dengan penuh kasih sayang, kesabaran dan keikhlasan.

Sesungguhnya setiap nasihat, didikan dan bimbingan yang dicurahkan menjadi kekuatan dan pedoman buat para penghuni Pusat Tahfiz dan Dakwah Manarah untuk kekal istiqamah dalam suasana kehidupan yang baik, tenang dan sentiasa dalam redha Allah SWT.

Semoga segala jasa dan pengorbanan para guru dikurniakan ganjaran pahala, keberkatan hidup serta rahmat yang berpanjangan di dunia dan akhirat.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Emas dan Penghuni
Pusat Tahfiz dan Dakwah Manarah

Bersempena HARI GURU 2026

Kami mengucapkan Selamat Hari Guru buat insan mulia, Tuan Guru dan Mursyid Tarekat yang kami kasihi dan hormati,

Tuan Guru Shaikh Dr Haji Jahid bin Haji Sidek al-Khalidi
Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi

Terima kasih kerana tidak pernah jemu mendidik hati, membimbing ruh, menyuluh jalan ma‘rifah serta memimpin kami menuju cinta Allah dan Rasulullah ﷺ.

Segala ilmu, nasihat, tarbiyyah, mujahadah dan doa yang dicurahkan menjadi cahaya kehidupan dunia dan akhirat buat kami di Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia, Institusi di bawah naungannya, seluruh anak murid dan ahli jemaah.

Semoga Allah SWT sentiasa memelihara Tuan Guru, mengurniakan kesihatan, keberkatan umur, ketinggian darjat serta menghimpunkan kita semua bersama para nabi, solihin dan kekasih-Nya.

“Guru mendidik akal,
Murabbi membentuk jiwa,
Mursyid memimpin menuju Allah.”

Ingatan Ikhlas Daripada
PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA,
- Pusat Rawatan Islam MANARAH
- Pusat Perlindungan Astana Budi
- Institut Latihan Ilmu Tarekat Tasawuf Manarah
- Pusat Tahfiz dan Dakwah Manarah
- Manarah Studio
- dan seluruh anak murid dan ahli jemaah
dengan penuh kasih, adab dan penghargaan.

Jom infak @ menyumbang ke Tabung Pembangunan & Aktiviti Dakwah BUDI. Hanya serendah RM30 sahaja. Semoga diberkati dan di...
14/05/2026

Jom infak @ menyumbang ke Tabung Pembangunan & Aktiviti Dakwah BUDI. Hanya serendah RM30 sahaja. Semoga diberkati dan dikurniakan kebaikan dunia akhirat. Amin

https://toyyibpay.com/binabudi

Jom berinfak & menyumbang secara ikhlas serendah RM30 ke Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) untuk pembangunan & aktiviti dakwah.

Semoga Allah memberkati dan mengurniakan penyumbang dengan pelbagai kebaikan di dunia dan akhirat. Amin

Sumbangan disalurkan ke akaun BUDI

https://toyyibpay.com/binabudi

Program Khas RAWATAN SPIRITUAL ISLAM (RSI) MANARAH: KEFAHAMAN & SOAL JAWAB bersama Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al...
04/04/2026

Program Khas RAWATAN SPIRITUAL ISLAM (RSI) MANARAH: KEFAHAMAN & SOAL JAWAB bersama Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi, Pengasas dan Pakar Manarah RSI

Tarikh/Hari : 04 April 2026 (Sabtu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Musolla Pusat Rawatan Islam Manarah RSI, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia, Lot 2891, Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, 48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan
GPS : https://bit.ly/manarahsel

Program Khas Tadabbur Ayat 45 & 46 Surah al-Baqarah : “Kekuatan seorang mukmin terletak pada sabar dan solat, dan rahsia khusyuk ialah keyakinan bertemu Allah”

Disampaikan oleh : Tuan Guru Dr Haji Jahid bin Haji Sidek al-Khalidi, Penceramah Bertauliah Negeri Selangor & Anggota Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan

Tarikh/Hari : 04 April 2026 (Sabtu)
Masa : 7:30 malam
Tempat : Musolla, Pusat Rawatan Islam Manarah RSI, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia, Lot 2891, Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, 48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan
GPS : https://bit.ly/manarahsel

Live FB : https://www.facebook.com/drjahidsidek/LIVE

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir Beramai-ramai
Jamuan Makan Disediakan.

Cadangan Tentatif Program :

7:00 pm : Persediaan
7:30 pm : Solat Maghrib Berjemaah
8:00 pm : Tadabbur Ayat 45 & 46 Surah al-Baqarah : “Kekuatan seorang mukmin terletak pada sabar dan solat, dan rahsia khusyuk ialah keyakinan bertemu Allah”
9:30 pm : Solat Isyak Berjemaah
9:45 pm : Majlis Tawajjuh (Zikrullah)
10:45 pm : Jamuan & Bersurai











KULIAH MAGHRIB BULANAN(Bidang Tasawuf - Tarekat - Rawatan Islam)Disampaikan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-K...
04/02/2026

KULIAH MAGHRIB BULANAN
(Bidang Tasawuf - Tarekat - Rawatan Islam)

Disampaikan oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi, Penceramah Bertauliah Negeri Selangor

Tarikh/Hari : 4 Februari 2026 (Selasa)
Masa : 7:30 - 8:45 malam
Lokasi : Masjid Nurul Amin Kg Merbau Sempak Sg Buloh Selangor

Live FB dibawakan oleh Manarah Studio
https://facebook.com/drjahidsidek

Jangan ketinggalan mengikuti KULIAH SUBUH ONLINE setiap Rabu & Jumaat bersama Tuan Guru Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi
13/01/2026

Jangan ketinggalan mengikuti KULIAH SUBUH ONLINE setiap Rabu & Jumaat bersama Tuan Guru Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi

KULIAH SUBUH (Setiap Hari Rabu & Jumaat)
Subjek : Tasawuf-Tarekat-Rawatan Spiritual Islam

Penceramah : Tuan Guru Dr Haji Jahid bin Haji Sidek al-Khalidi, Penceramah Bertauliah Negeri Selangor

Tarikh/Hari : 14, 21 & 28 Januari 2026 (Rabu)
16, 23 & 30 Januari 2026 (Jumaat)
Masa : 6:30 - 7:30 pagi
Tempat : Masjid Nurul Yaqin, Kg Melayu Sri Kundang, 48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan

Live FB oleh Team Manarah Studio : https://facebook.com/drjahidsidek

Address

Kampung Gadong Lama
Labu
71900

Opening Hours

Saturday 09:00 - 14:00
Sunday 09:00 - 14:00

Telephone

+60194518873

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Tahfiz dan Dakwah Manarah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Tahfiz dan Dakwah Manarah:

Shortcuts

Share