Malaysia Indian Youth Council Rasah Branch

Directions

Malaysia Indian Youth Council Rasah Branch Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Malaysia Indian Youth Council Rasah Branch, Non-Governmental Organization (NGO), Labu.

Malaysia Indian Youth Council Rasah Branch MiycRasah

Pertubuhan Belia India (NGO)
Sertai kami Di:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdPFaPUAkQlUyOmQDD99CJlmaQm8I-ghsbjHg77pPWn-BX4uQ/viewform?usp=header

10/09/2026
10/09/2026
KURSUS ASAS GRAFIK CANVA | MIYC CAWANGAN RASAHPada 5 September 2026 (Sabtu), Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan...
10/09/2026

KURSUS ASAS GRAFIK CANVA | MIYC CAWANGAN RASAH

Pada 5 September 2026 (Sabtu), Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Rasah dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Parlimen Rasah telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Grafik Canva bertempat di Dofe Youth Centre, Seremban 2.

Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang ini telah menghimpunkan para belia tempatan bagi mengasah kreativiti dan meningkatkan kemahiran digital. Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan dengan pengenalan asas grafik dan Canva, latihan praktikal rekaan, serta sesi pembentangan hasil karya sebelum diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kelab Rakan Muda Parlimen Rasah, para penceramah, urusetia, serta semua peserta atas komitmen dan semangat luar biasa yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para belia demi memperkasakan potensi diri dan daya saing dalam era digital.

Bersama Memperkasa Belia, Bersama Membina Masa Depan. 💻✨




KENYATAAN MEDIA: KEMERDEKAAN DIHAYATI, PATRIOTISME DIBUKTIKAN 🇲🇾Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Majlis Belia Ind...
30/08/2026

KENYATAAN MEDIA: KEMERDEKAAN DIHAYATI, PATRIOTISME DIBUKTIKAN 🇲🇾

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Rasah menyeru seluruh golongan belia untuk menghargai nikmat kemerdekaan serta membuktikan semangat patriotisme melalui tindakan yang berdisiplin, bertanggungjawab, dan berhemah.

Belia merupakan pemangkin masa depan negara. Patriotisme bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi melibatkan keperibadian yang menjaga nama baik bangsa dan negara termasuk mengelakkan gejala negatif seperti budaya merempit, gangguan bunyi, serta aksi berbahaya di jalan raya.

Marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan Kemerdekaan esok di Padang MBS, Seremban dan menunjukkan bahawa belia Malaysia bersedia memimpin negara dengan penuh integriti.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾✨
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Dikeluarkan oleh:
ARINDRA RAAJ KARUPPIAH
Ketua Penerangan
MIYC Cawangan Rasah





SELAMAT HARI MERDEKA KE-69! 🇲🇾✨Barisan Kepimpinan Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Rasah mengucapkan Selamat ...
30/08/2026

SELAMAT HARI MERDEKA KE-69! 🇲🇾✨

Barisan Kepimpinan Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Rasah mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia!

Dengan tema "Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati", marilah kita bersama-sama memperkukuh perpaduan, mengekalkan keharmonian, dan melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang berdaulat serta sejahtera.

Semarakkan semangat patriotisme dan kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🎆





PERJUMPAAN FIZIKAL AHLI JAWATANKUASA | MIYC CAWANGAN RASAHPada 22 Ogos 2026 (Sabtu), Majlis Belia India Malaysia (MIYC) ...
24/08/2026

PERJUMPAAN FIZIKAL AHLI JAWATANKUASA | MIYC CAWANGAN RASAH

Pada 22 Ogos 2026 (Sabtu), Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Rasah telah mengadakan perjumpaan fizikal bersama barisan Ahli Jawatankuasa.

Perjumpaan ini menjadi platform untuk memperkenalkan barisan kepimpinan, mengeratkan hubungan sesama ahli serta memperkukuhkan kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan gerak kerja dan program belia di Cawangan Rasah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa atas kehadiran, komitmen dan kerjasama yang diberikan.

Semoga pertemuan ini menjadi langkah permulaan kepada gerak kerja yang lebih tersusun, progresif dan berimpak demi pembangunan belia di kawasan Rasah.

Bersama Memperkasa Belia, Bersama Membina Masa Depan. 🤝





Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-79 diucapkan kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. 🇲🇾✨Mendoaka...
10/08/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-79 diucapkan kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. 🇲🇾✨

Mendoakan semoga YAB Datuk Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kekuatan, rahmat, serta hidayah dalam menerajui negara ke arah kecemerlangan dan kemakmuran bersama demi seluruh rakyat Malaysia.

Ikhlas daripada:
Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Rasah





26 Jun 2026 | Ballroom, KOMBES Paroi, Negeri Sembilan Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara...
05/07/2026

26 Jun 2026 | Ballroom, KOMBES Paroi, Negeri Sembilan

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara Hemanath Siyamalaruban, Ketua Cawangan MIYC Cawangan Rasah, atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Sembilan (Kategori Lelaki).

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap komitmen, dedikasi serta kepimpinan cemerlang beliau dalam memperkasa pembangunan belia dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

Seluruh warga MIYC Cawangan Rasah menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh belia untuk terus berbakti, memimpin dengan integriti serta mencipta lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

"Kejayaan seorang pemimpin menjadi inspirasi kepada lahirnya lebih ramai pemimpin masa depan."

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga terus melakar kejayaan demi belia, masyarakat dan negara.

Daripada:
Warga MIYC Cawangan Rasah



🌟 Tahniah & Syabas 🌟Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Rasah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Exco MIY...
22/06/2026

🌟 Tahniah & Syabas 🌟

Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Rasah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Exco MIYC Cawangan Rasah, Saudari Amritashini Nair A/P Thivagaran Nair, atas pencapaian cemerlang memperoleh PNGK 3.67 dalam peperiksaan STPM 2025.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha, dedikasi dan komitmen yang tinggi dalam bidang akademik. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada golongan belia untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan kehidupan.

💐 Tahniah dan semoga terus maju jaya dalam setiap langkah yang bakal ditempuhi.

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU ✨🇲🇾

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena Hari Keputeraan Rasmi Tuanku.

Daulat Tuanku!

Sembah takzim daripada
Majlis Belia India Malaysia Cawangan Rasah

Address

Labu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Indian Youth Council Rasah Branch posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share