Persatuan Belia KG L.B.J

Persatuan Belia KG L.B.J Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Belia KG L.B.J, Non-Governmental Organization (NGO), NO 1, Jalan Masjid, Kampung L. B. Johnson, Labu.

08/01/2025
Selamat Tahun Baru .Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya ✨Untuk Makluman..Pengerusi Persatuan Belia Kampung...
31/12/2024

Selamat Tahun Baru .

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya ✨

Untuk Makluman..Pengerusi Persatuan Belia Kampung L.B.J, Fakhrur Aimran telah menarik diri dari jawatan tersebut atas kekangan waktu dan ingin memberi peluang kepada generasi muda yang lain untuk mengemudi persatuan ini ke arah yang lebih baik .

Sehubungan dengan itu..kami amat menghargai segala jasa beliau dan berharap persatuan ini akan lebih aktif di masa akan datang demi menyatupadukan belia tanpa mengira umur dan bangsa .

Seremban | 20 Oktober 2024Reach Out MBD Community telah berjaya dilaksanakan oleh MBD Seremban bersama Persatuan Belia K...
24/10/2024

Seremban | 20 Oktober 2024

Reach Out MBD Community telah berjaya dilaksanakan oleh MBD Seremban bersama Persatuan Belia KG LBJ .

Program ini mendapat sambutan meriah di kalangan belia-belia setempat malahan penduduk sekitar yang mana pelbagai pengisian ditawarkan seperti pertandingan sepak takraw, pertandingan mewarna, persembahan buskers sesi perkongsian kesihatan wanita dan mental dan perkongsian ikon melalui segmen Jumpa dan Cerita.

Segmen ini telah menampilkan Tokoh Belia Lelaki dan Perempuan peringkat Negeri iaitu Sdr. Abdul Akif Rahim dan Sdri. Norhazirah Mohd Ab Rashid. Pelbagai tips dan pengalaman yang dikongsikan mereka untuk bagaimana untuk menjadi seorang tokoh belia di peringkat masing-masing. di samping itu juga mereka turut kongsikan kelebihan yang boleh didapati apabila menyertai pertubuhan belia.

Bagi segmen Cucur dan Kopi iaitu sesi ramah mesra antara Presiden MBM dan belia setempat yang dikendalikan oleh Sdr. Mustaza Mustaza Kamal, Pengerusi Majlis Belia Daerah Seremban. Sdr. Presiden telah memainkan peranannya seperti hala tuju MBM, penerangan mengenai Akta 668 yang akan dikuatkuasakan menjelang Januari 2026, mengajak anak muda sertai persatuan belia dan peluang-peluang yang ada yang boleh diperolehi apabila menyertai persatuan belia dan peluang pembelajaran kemahiran di bawah Belia Mahir.

Hadir sama dalam program ini Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan merangkap Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Fairos Rusli, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Bendahari Kehormat, Sdr. Mohd Izham Ahmad, Sdri. Jessy Ngdan Sdr. Mohd Fauzi Fadzil Exco MBM dan barisan kepimpinan Majlis Belia Negeri Sembilan.






“SEMUA DIJEMPUT HADIR”
16/10/2024

“SEMUA DIJEMPUT HADIR”

Menyambut kepulangan Mohd Syazwan Bin Kamaruddin yang membawa pulang pingat perak acara single lelaki B6 (Lawn Bowls Par...
29/09/2024

Menyambut kepulangan Mohd Syazwan Bin Kamaruddin yang membawa pulang pingat perak acara single lelaki B6 (Lawn Bowls Para) di SUKMA Sarawak 2024 . Kami dari Persatuan Belia KG LBJ mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan ini . Semoga ini menjadi titik permulaan buat semua belia di LBJ .

24/09/2024

Pertandingan Memancing sempena sambutan Maulidur Rasul & Hari Malaysia .

Pada 16/9/20024 kami telah mengadakan pertandingan memancing sempena menyambut Maulidur Rasul dan Hari Malaysia . Aktivi...
23/09/2024

Pada 16/9/20024 kami telah mengadakan pertandingan memancing sempena menyambut Maulidur Rasul dan Hari Malaysia .

Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan selawat .

Terima Kasih pada semua peserta dan ibu bapa . Tidak lupa juga pada penyumbang yang bersama-sama menjayakan program .

Tahniah pada semua pemenang . InsyaAllah ada rezeki kami buat lagi .

Menyertai Pertandingan Terbuka Bowling Piala MAYC N9 (Perlimen Rasah) Tarikh: 25/8/2024Masa: 09:30AM-03:00PMTAHNIAH PADA...
25/08/2024

Menyertai Pertandingan Terbuka Bowling Piala MAYC N9 (Perlimen Rasah)

Tarikh: 25/8/2024
Masa: 09:30AM-03:00PM

TAHNIAH PADA SEMUA PEMENANG 🎉

Turut hadir menyampaikan hadiah Tuan Mohd Fairos Bin Rusli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan dan Tuan Mohamad Qayyum, Pengerusi MAYC Negeri Sembilan .

Address

NO 1, Jalan Masjid, Kampung L. B. Johnson
Labu
71760

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Belia KG L.B.J posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share