HALUAN Sabah

Directions Website Contact the organization

HALUAN Sabah HALUAN Sabah - HALUAN MALAYSIA Cawangan Negeri Sabah

11/09/2026

πŸ’§ Setitis Keprihatinan, Sejuta Harapan

Air bersih mungkin kelihatan sebagai keperluan biasa bagi kita, namun amat bermakna buat mereka yang sedang melalui fasa pascabencana.

Inilah sebahagian daripada usaha HALUAN bersama pelajar MASHIRUNA menyediakan dan menyalurkan bekalan air bersih kepada mangsa kebakaran di Kampung Numbak, Kota Kinabalu.

Semoga sumbangan kecil ini dapat memberikan sedikit kelegaan serta menguatkan semangat keluarga yang terjejas untuk bangkit dan meneruskan kehidupan.

Bersama membantu, bersama membina harapan.

HALUAN Tinjau Mangsa Kebakaran di Kampung NumbakKOTA KINABALU, 10 September 2026 – HALUAN bersama pelajar MASHIRUNA hari...
11/09/2026

HALUAN Tinjau Mangsa Kebakaran di Kampung Numbak

KOTA KINABALU, 10 September 2026 – HALUAN bersama pelajar MASHIRUNA hari ini mengadakan lawatan dan menyantuni Kampung Numbak, Kota Kinabalu, bagi merasai sendiri keadaan mangsa yang terjejas akibat kebakaran.

Dalam kunjungan tersebut, HALUAN turut menyalurkan bantuan air bersih kepada keluarga warga emas sebagai memenuhi keperluan asas mangsa yang terkesan.

Selain itu, HALUAN turut bermesra dengan kanak-kanak dengan mengedarkan ais krim, sebagai usaha menceriakan mereka dalam suasana pascabencana.

Kunjungan ini juga didahului dengan perbincangan bersama pihak berkaitan bagi mengesahkan data mangsa kebakaran. Perbincangan perancangan bantuan pemulihan turut diadakan bersama rakan rakan NGO tempatan.

HALUAN berharap usaha permulaan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada mangsa serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam membantu mereka yang sedang melalui fasa pemulihan.

🌸 PENDAFTARAN PESONA 2026 KINI DIBUKA!🌸Anak remaja mudah rasa rendah diri, stres, overthinking atau sukar mengurus emosi...
16/08/2026

🌸 PENDAFTARAN PESONA 2026 KINI DIBUKA!🌸

Anak remaja mudah rasa rendah diri, stres, overthinking atau sukar mengurus emosi?

✨ PESONA 2026 hadir dengan pendekatan santai, interaktif dan berteraskan Islam untuk membantu remaja perempuan lebih mengenali diri, membina keyakinan dan mengurus emosi dengan baik.

Antara aktiviti menarik: πŸ’– Kenali Potensi Diri – Aku Istimewa
🚦 Traffic Light Emotion Game
πŸ’Œ Surat Cinta daripada Allah
🎭 Role Play – Bijak Hadapi Cabaran
🌷 Aktiviti Self-Love Menurut Islam
✨ Mini Grooming & Adab Muslimah

πŸ“… 26 September 2026
πŸ“ Dewan Masjid Raya Tawau
πŸ‘§ Pelajar perempuan Tingkatan 3 & 4
πŸ’° Yuran: RM30 sahaja

🌸 Gen Z Glow Up: Beyond the Mirror
Inner Beauty, Lasting Value

Tempat adalah terhad. Daftarkan anak anda sekarang πŸ‘‡

πŸ”— Pendaftaran:
https://forms.gle/LASXZmUFXzZjTevE9

πŸ“² Pertanyaan: Ustazah Fatini – 011 1299 2206

🌸 PENDAFTARAN PROGRAM PERSONALITI REMAJA (PERSONA) 2026 DIBUKA! 🌸Khas untuk pelajar perempuan Tingkatan 3 dan 4.πŸ“… 26 Sep...
09/08/2026

🌸 PENDAFTARAN PROGRAM PERSONALITI REMAJA (PERSONA) 2026 DIBUKA! 🌸

Khas untuk pelajar perempuan Tingkatan 3 dan 4.

πŸ“… 26 September 2026
πŸ“ Dewan Masjid Raya Tawau
πŸ’° Yuran: RM30 sahaja

Tema: Gen Z Glow Up: Beyond the Mirror β€” Inner Beauty, Lasting Value

Tempat adalah terhad. Daftar sekarang melalui pautan berikut:

πŸ”— https://forms.gle/LASXZmUFXzZjTevE9

Sebarang pertanyaan, hubungi Ustazah Fatini: 011-1299 2206.

HALUAN Sabah dan Yayasan Hasanah Salur Bantuan Pasca Banjir di Inanam LautKOTA KINABALU,  β€” HALUAN Malaysia Cawangan Sab...
09/11/2025

HALUAN Sabah dan Yayasan Hasanah Salur Bantuan Pasca Banjir di Inanam Laut

KOTA KINABALU, β€” HALUAN Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama Yayasan Hasanah telah menyalurkan bantuan pasca banjir kepada penduduk Kampung Inanam Laut, Kota Kinabalu, baru-baru ini. Program penyerahan bantuan itu diadakan di Masjid Tun Ahmad Shah, melibatkan pengagihan sebanyak 100 pek makanan asas kepada keluarga yang terkesan akibat banjir.

Majlis turut dihadiri oleh pimpinan masyarakat setempat dan wakil HALUAN Malaysia. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Tuan Haji Mat Saman bin Sapong, wakil Ketua Anak Negeri; Encik Razalee bin Satur, Ketua Kampung Inanam Laut; Puan Mahani binti Muhamad, Pengerusi JKKK Kg Inanam Laut; serta Tuan Haji Mohd Zin bin Hj Awang, Pengerusi Masjid Tun Ahmad Shah yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dalam ucapannya, Tuan Haji Mohd Zin menzahirkan penghargaan kepada pihak HALUAN dan Yayasan Hasanah atas keprihatinan terhadap kebajikan penduduk kampung. Beliau menekankan bahawa kehadiran NGO seperti HALUAN memberi suntikan semangat dan harapan kepada masyarakat setempat pasca bencana.

Wakil HALUAN Malaysia, Tuan Mohd Jamil bin Muda, yang juga Pengurus Pembangunan Program HALUAN Malaysia, dalam ucapannya menegaskan bahawa usaha ini bukan sekadar bantuan material, tetapi manifestasi tanggungjawab sosial dan ukhuwah Islamiah yang perlu terus disemai dalam masyarakat.

Turut hadir menyertai program ialah Naib Yang Dipertua II merangkap Pengarah Program, Dr Mohd Fauzy bin Mat Sani; serta Setiausaha HALUAN Sabah, Cikgu Rahman bin Beddu bersama lima orang sukarelawan HALUAN.

Program ini berlangsung dengan suasana penuh ukhuwah, mencerminkan nilai "Berakhlak, Mendidik, Berbakti" yang menjadi teras gerak kerja HALUAN. Ia juga memperkukuh hubungan antara NGO Islam dan kepimpinan komuniti setempat dalam membina masyarakat yang prihatin dan berdaya tahan menghadapi cabaran bencana.

Disediakan oleh: Unit Komunikasi & Media HALUAN Malaysia Cawangan Sabah

Address

Jalan Kunak Jaya
Kunak

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HALUAN Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to HALUAN Sabah:

Shortcuts

Share