JJ Family FC

JJ Family FC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JJ Family FC, Non-Governmental Organization (NGO), KAMPUNG PERDISA MADAI, PETI SURAT 75 , 91207 KUNAK, Kunak.

Page Rasmi JJ FAMILY FC, C-SBH-15648 bertarikh 20 Mac 2025, berkongsi pelbagai info & xtvt sukan yang dijalankan demi misi dan visi kelab kearah memperkasa gerak aktifkan Pembangunan Sukan BOLA SEPAK & FUTSAL akar umbi di Daerah Kunak, Sabah Persatuan Bola Sepak Daerah Kunak (2025) - KUNAK FA yang baharu telah DILULUSKAN pada 27 Ogos 2025, dengan nombor pendaftaran PJS : D-SBH-16473 merupakan se

buah badan yang mentadbir, membangun, mengendali, menggalak, mempromosi dan mengurus kegiatan sukan Bola Sepak di daerah Kunak

Jom Anak Muda Kunak (y) JJ Family FC Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia
06/06/2026

Jom Anak Muda Kunak (y)

JJ Family FC Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia

Anda Sudah Bersedia !!!

KEJOHANAN FUTSAL CMC FC EDISI KE-4 TAHUN 2026

>> Tarikh: 20 – 21 Jun 2026 ( Sabtu & Ahad )
>> Masa: 8.00 Pagi - 8.00 Malam
>> Tempat: Gelanggang Futsal Court 66, Jalan Dam, Lahad Datu

Yuran Penyertaan ;
RM300.00 bagi setiap pasukan

Hadiah Kejohanan ;

JOHAN ;
RM3,000.00 + Piala Iringan + Medal.

NAIB JOHAN ;
RM1,500.00 + Piala Iringan + Medal.

TEMPAT KETIGA ;
RM500.00 + Piala Iringan + Medal.

Terbuka kepada semua pemain berumur 15 tahun dan ke atas

Maklumat Lanjut
Fitri: 010-987 1200
Mohd Fitri Azari

Anjuran:
Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia (CMC FC)

Dengan Sokongan ;
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,
Persatuan Bola Sepak Daerah Lahad Datu.

Rakan Media :
Lahad Datu info.
Lahad Datu info,

Ayuh sertai dan meriahkan Kejohanan Futsal CMC FC Edisi Ke-4 Tahun 2026!

Tampilkan bakat, semangat kesukanan dan rebut peluang untuk bergelar juara serta membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan.

Kredit : Junaidi Abbas

Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia Persatuan Bola Sepak Lahad Datu -2024 Ismail Cmc Sharizan Azari Riduan Mohd Salleh Daengku Syahrizan Firdaus Daus Persatuan Bola Sepak Sabah - SAFA. Persatuan Bolasepak Daerah Lahad Datu Adek Syazwan BeBAS FC Kelab Bola Sepak AJ - AJFC PakNgah Amirsham Belalang Tempur Event organizer

04/06/2026

Bila tangan sakit, kita tidak memotong tangan.
Bila kaki cedera, kita tidak membuang kaki.
Bila jantung lemah, kita berusaha merawat dan memulihkannya.

Namun dalam sesebuah organisasi, keadaan sering berlaku sebaliknya. Apabila timbul masalah, perkara pertama yang dicari ialah siapa yang perlu dipersalahkan.

"Jualan tidak mencapai sasaran."
"Bahagian Sumber Manusia gagal mendapatkan tenaga kerja yang berkualiti."
"Bahagian Kewangan terlalu ketat dalam perbelanjaan."

Hakikatnya, tubuh manusia tidak pernah berperang sesama sendiri.

Jantung tidak menyalahkan paru-paru.
Otak tidak menuding jari kepada kaki.
Darah tidak mempersoalkan peranan tangan.

Setiap anggota memahami tanggungjawab masing-masing dan bekerjasama demi memastikan tubuh terus hidup, sihat dan berfungsi dengan sempurna.

Begitu jugalah sebuah organisasi ( Badan NGO Sukan )

Apabila satu jabatan menghadapi masalah, sebenarnya seluruh organisasi sedang merasai kesan dan kesakitan yang sama. Kegagalan satu bahagian bukanlah kegagalan individu atau jabatan tertentu semata-mata, tetapi merupakan cabaran bersama yang perlu ditangani secara kolektif.

Organisasi yang kukuh bukan dibina atas budaya saling menyalahkan, tetapi atas semangat saling menyokong, memahami dan membantu antara satu sama lain. Kerana kejayaan sebenar bukan terletak pada siapa yang paling hebat, tetapi pada sejauh mana semua bahagian mampu bergerak sebagai satu pasukan.

Jika satu bahagian terluka, seluruh organisasi perlu menjadi penawar. Jika satu bahagian berjaya, seluruh organisasi berhak berkongsi kejayaan tersebut. Itulah makna sebenar kerja berpasukan dan kekuatan sebuah organisasi yang mampan.

Kredit by : Junaidi Abbas
4/6/2026

fans Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia Persatuan Bola Sepak Lahad Datu -2024 Persatuan Bola Sepak Lahad Datu -2024 Ismail Cmc CMC.com BeBAS FC Adek Syazwan Kelab Bola Sepak AJ - AJFC

🎙 Apa kata ketua jurulatih skuad AMD B-14, Rusdi Suparman selepas pasukannya mencatat kemenangan 5-0 ke atas kelab dari ...
15/05/2026

🎙 Apa kata ketua jurulatih skuad AMD B-14, Rusdi Suparman selepas pasukannya mencatat kemenangan 5-0 ke atas kelab dari Korea, Gangwon State All Stars, pagi semalam untuk muncul juara Kumpulan B, disusuli kejayaan menewaskan kelab dari China, CFA Shenzhen Academy 3-0 pada aksi suku akhir Festival Bola Sepak Antarabangsa B-14 Gia Lai 2026 di Vietnam, petang semalam.

Seterusnya pasukan AMD B-14 akan bertemu kelab dari Vietnam, Ha Noi FC bagi aksi separuh akhir pada Khamis, 14 Mei 2026, jam 3:30 petang (Waktu Malaysia).

15/05/2026

HEIMLICH MANEUVER: ILMU KECIL YANG BOLEH SELAMATKAN NYAWA

Kadang-kadang tragedi berlaku bukan sebab orang sekeliling tidak peduli.

Tetapi sebab mereka panik.

Nampak seseorang tercekik, muka mula cemas, tangan pegang leher, suara tak keluar, batuk pun tak mampu. Dalam beberapa saat, suasana boleh berubah jadi kelam-kabut.

Sebab itu kita kena tahu asas pertolongan cemas untuk kes tercekik.

Kalau mangsa masih boleh batuk, bercakap atau bernafas, galakkan dia batuk sekuat mungkin. Jangan terus tepuk belakang secara membabi buta.

Tetapi kalau mangsa sudah tidak boleh bercakap, tidak boleh batuk dengan kuat, susah bernafas atau muka mula berubah pucat/kebiruan, ini tanda saluran pernafasan mungkin tersumbat.

Untuk orang dewasa dan kanak-kanak lebih 1 tahun, lakukan langkah ini:

Bongkokkan mangsa sedikit ke hadapan.

Beri 5 tepukan kuat di bahagian belakang, antara dua tulang belikat.

Jika masih tersumbat, berdiri di belakang mangsa.

Letakkan genggaman tangan sedikit atas pusat, pegang dengan tangan sebelah lagi, kemudian tolak ke dalam dan ke atas dengan kuat.

Ulang kitaran 5 tepukan belakang dan 5 tujahan abdomen sehingga objek keluar atau bantuan tiba.

Kalau mangsa tidak sedarkan diri, hubungi 999 dan mulakan CPR jika anda tahu caranya.

Penting juga untuk tahu, Heimlich maneuver tidak sesuai untuk bayi bawah 1 tahun. Untuk bayi, tekniknya berbeza dan perlu lebih berhati-hati.

Jangan angkat anak terbalik.
Jangan korek mulut secara membuta tuli.
Jangan suruh minum air ketika sedang tercekik.
Jangan tunggu “kejap lagi okeylah” kalau mangsa sudah tidak boleh bernafas.

Ini ilmu yang nampak kecil.

Tapi dalam situasi sebenar, orang yang tahu apa perlu dibuat boleh jadi beza antara panik dan peluang kedua untuk hidup.

Belajar. Ingat. Kongsi.

Sebab kita tak pernah tahu, satu hari nanti tangan kita mungkin yang paling dekat untuk menyelamatkan seseorang.




15/05/2026

Until the end, together.

1 day to go until our last HOME game Liga Super 2025/26 game against Terengganu FC at Stadium Likas.

We need your support! See you tomorrow ❤️‍🔥

🎟️ Get your tickets here tickethotline.com.my

15/05/2026

7 cara baca darah tinggi yang betul, tapi ramai tak sangka selama ini kita buat salah

Ramai orang ingat bila mesin tekanan darah keluar nombor, terus itulah bacaan sebenar.

Padahal, bacaan itu boleh jadi lebih tinggi hanya sebab kita baru berjalan, kaki bersilang, tangan tergantung, cuff atas baju, atau kita bercakap masa mesin sedang membaca.

Ini cara baca yang lebih betul.

1. Duduk rehat dulu 5 minit sebelum check.

2. Pastikan kaki rata di lantai, jangan bersilang.

3. Tangan perlu disokong dan berada lebih kurang paras jantung.

4. Cuff mesti kena pada kulit, bukan atas baju.

5. Jangan bercakap masa bacaan sedang diambil.

6. Ambil sekurang-kurangnya 2 bacaan, jarakkan 1-2 minit.

7. Jangan check sejurus selepas kopi, rokok, v**e, senaman atau ketika sedang tahan kencing.

Untuk bacaan tekanan darah dewasa ketika rehat:

Optimal atau sangat baik
Sistolik kurang 120 DAN diastolik kurang 80

Normal
Sistolik 120-129 DAN/ATAU diastolik 80-84

Berisiko
Sistolik 130-139 DAN/ATAU diastolik 85-89

Kategori berisiko ini dahulunya sering disebut sebagai pre-hypertension. Maksudnya belum tentu hipertensi, tetapi badan sudah beri isyarat awal supaya kita lebih berjaga-jaga.

Yang penting, jangan nilai kesihatan hanya dengan satu bacaan. Tengok corak bacaan, rekod dengan konsisten, dan bawa bacaan itu semasa jumpa anggota kesihatan.

Kadang-kadang bukan tekanan darah yang tiba-tiba tinggi.

Kadang-kadang cara kita check yang membuatkan nombor itu nampak lebih menakutkan.

15/05/2026
15/05/2026

Address

KAMPUNG PERDISA MADAI, PETI SURAT 75 , 91207 KUNAK
Kunak
91207KUNAK,SABAH

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JJ Family FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JJ Family FC:

Shortcuts

Share