Masjid Nurhidayah Kg.Lormalong

Masjid Nurhidayah Kg.Lormalong Assalamualaikum wbt. Laman Facebook Rasmi
πŸ•Œ Masjid Nurhidayah, Kg. Lormalong, Kunak


21/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Nurhidayah Kg. Lormalong 🀍

Penuh saf, penuh senyuman, penuh kemaafan.
Hari ini bukan sekadar hari kemenangan, tapi hari kita kembali kepada fitrah.

Jika ada salah silap sepanjang kami mengurus dan memimpin, kami mohon maaf dari hati yang paling dalam.

Semoga ukhuwah kita terus kuat, dan masjid ini terus hidup dengan iman dan kasih sayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Alhamdulillah, rezeki Ramadhan tahun ini…Masjid Nurhidayah Kg. Lormalong hari ini menerima sumbangan karpet sebanyak 17 ...
18/03/2026

Alhamdulillah, rezeki Ramadhan tahun ini…

Masjid Nurhidayah Kg. Lormalong hari ini menerima sumbangan karpet sebanyak 17 gulung, sehingga memenuhi seluruh ruang solat.

Satu nikmat yang besar untuk keselesaan para jemaah beribadah.

Semoga Allah SWT memberkati para penyumbang dan menerima amal ini dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Ramadhan bakal menutup tirainya. Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.Kempen masih terus berjalan. Daripada sasaran 2...
15/03/2026

Ramadhan bakal menutup tirainya. Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Kempen masih terus berjalan. Daripada sasaran 250 karung simen, kini hanya berbaki 100 karung sahaja lagi diperlukan untuk memulakan proses menyimen dan memasang lantai kelas KAFA.

Mudah-mudahan di penghujung Ramadhan ini masih ada yang sudi menambah amal jariah. Setiap sumbangan tuan puan amat besar maknanya demi keselesaan anak-anak kita menuntut ilmu.

Terima kasih kepada tuan puan yang telah memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan menjadi sebahagian daripada penyokong us...
10/03/2026

Terima kasih kepada tuan puan yang telah memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan menjadi sebahagian daripada penyokong usaha pembinaan kelas KAFA ini.

Walaupun pada bulan Ramadhan ini tidak banyak kerja besar yang dapat dilaksanakan, beberapa kerja asas telah berjaya disiapkan. Antaranya termasuk kerja meratakan tanah , menggali lubang manhole tandas serta pembelian batu gravel bagi menimbus kawasan yang rendah dan pembelian batu bata.

InsyaAllah selepas Hari Raya nanti, kerja pembinaan akan diteruskan dengan beberapa fasa seterusnya seperti melantai, menaikkan bata dinding serta menambah awning di bahagian hadapan bangunan.

Semoga usaha kecil ini dipermudahkan dan terus mendapat sokongan daripada semua pihak demi menyediakan ruang pembelajaran yang lebih selesa untuk anak-anak.

doakan semoga dapat direalisasikan impian anak-anak ini.

amin

Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Kelas KAFA untuk anak-anak sedang diusahakan.Sama-sama kita doakan semoga segala ur...
01/02/2026

Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Kelas KAFA untuk anak-anak sedang diusahakan.

Sama-sama kita doakan semoga segala urusan pembinaan ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan berjalan dengan lancar.

Dimaklumkan kepada ibu bapa serta semua penyumbang, segala yang sedang dilaksanakan ini adalah hasil infak dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan.

Setakat ini, tiada sebarang tajaan daripada mana-mana pihak.
Keseluruhan dana diperoleh melalui kempen Facebook, WhatsApp serta usaha kecil-kecilan komuniti.

Alhamdulillah, hasil kempen setakat ini berjaya dikumpulkan sebanyak RM1,500 dan insya-Allah akan digunakan bagi pembayaran upah tukang.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berterusan serta memberi manfaat besar kepada anak-anak kita, di dunia dan di akhirat.

Bagi yang ingin terus menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke akaun KAFA berikut:

BSN
No Akaun: 1212441100040514
Nama: Kafa nurul Hidayah Kg.Lormalong

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua. 🀲

π—¦π—˜π—•π—¨π—§π—œπ—₯ π—žπ—¨π—₯𝗠𝗔, π—¦π—˜π—π—¨π—§π—” π—£π—”π—›π—”π—Ÿπ—”Masjid Nurhidayah mengajak anda merebut peluang keemasan sebagai persediaan menyambut Ramadh...
25/01/2026

π—¦π—˜π—•π—¨π—§π—œπ—₯ π—žπ—¨π—₯𝗠𝗔, π—¦π—˜π—π—¨π—§π—” π—£π—”π—›π—”π—Ÿπ—”

Masjid Nurhidayah mengajak anda merebut peluang keemasan sebagai persediaan menyambut Ramadhan yang akan datang melalui Infaq Kurma untuk kegunaan berbuka puasa para jemaah dan asnaf.

Sumbangan kecil anda adalah kunci kepada pahala yang berlipat ganda, kerana ia menjadi asbab kekuatan Iftar bagi mereka yang berpuasa.

𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍𝒖𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺𝑨𝑾 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒃𝒅𝒂:

β€œSesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu, tanpa sedikit pun mengurangkan pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Riwayat At-Tirmizi)

Bayangkan, pahala puasa mereka, anda turut peroleh!

Hulurkan Sumbangan Anda Sekarang

β€’ Nama Akaun: Masjid Nurhidayah
β€’ Nombor Akaun: 560111054367
β€’ Rujukan: Infaq Kurma
β€’ QR Code : Send dengan kami

Moga Allah membalas dengan ganjaran yang berlipat ganda. Jom Infaq!

Kuliah subuh bersama Tuan Guru Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri πŸ“… 24 Oktober 2025 (Jumaat)πŸ•“ Selepas Solat Subuh...
23/10/2025

Kuliah subuh bersama Tuan Guru Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri

πŸ“… 24 Oktober 2025 (Jumaat)
πŸ•“ Selepas Solat Subuh
πŸ“ Masjid Nurhidayah, Kampung Lormalong

Kuliah Subuh disampaikan oleh Tuan Guru Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri dengan penekanan khusus kepada bahaya sifat takabbur dan sombong dalam kehidupan seorang Muslim.

Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada kita semua serta mendidik hati menjadi hamba yang sentiasa merendah diri di hadapan Allah SWT. 🀲✨

15/10/2025

πŸŒ™ INFΔ€K & BANTU NAIK TARAF MASJID NURHIDAYAH, KG LORMALONG – KUNAK, SABAH πŸŒ™

Masjid ini telah lama menjadi nadi utama masyarakat. Ia tempat solat, mengaji, dan tempat anak-anak menimba ilmu. Namun kini, ruang solat semakin sempit, dapur untuk program komuniti masih belum lengkap, dan kelas KAFA memerlukan ruang belajar yang selesa.

Ayuh sama-sama kita bantu:
βœ… Bina awning tambahan untuk ruang solat
βœ… Bina dapur memasak untuk kegunaan program komuniti
βœ… Bina sekolah KAFA untuk anak-anak belajar Al-Quran

Setiap sumbangan anda β€” besar atau kecil β€” adalah wakaf pahala berterusan selama masjid ini digunakan.

β€œSiapa yang membina rumah Allah di dunia, Allah akan bina untuknya rumah di syurga.” (HR. Bukhari & Muslim)

πŸ’  Masjid Nurhidayah, Kg Lormalong, Kunak, Sabah
🀲🏼 Bersama makmurkan masjid, suburkan ilmu dan ukhuwah.

https://dana.masjidnurhidayahkglormalong.com/order/form/dana-penambahbaikan-fasiliti-dan-ruang-masjid-nurhidayah-kunak-sabah

πŸŒ™ PROGRAM KORBAN PEDALAMAN SABAH 2025/1446H | KAMPUNG LORMALONGπŸ—“οΈ 10 Jun 2025 | SelasaπŸ“Œ Masjid Nurhidayah, Kampung Lorma...
11/06/2025

πŸŒ™ PROGRAM KORBAN PEDALAMAN SABAH 2025/1446H | KAMPUNG LORMALONG

πŸ—“οΈ 10 Jun 2025 | Selasa
πŸ“Œ Masjid Nurhidayah, Kampung Lormalong

Alhamdulillah, Program Korban Pedalaman Sabah anjuran YADIM Negeri Sabah bersama Bank Islam telah dilaksanakan dengan sempurna kelmarin melibatkan kerjasama daripada Jawatankuasa Kampung Lormalong dan Masjid Nurhidayah Kg.Lormalong bersama lebih 50 orang masyarakat kampung.

Program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk melaksanakan ibadah korban, malah mengeratkan ukhuwah antara YADIM dan komuniti setempat. Suasana penuh harmoni dan semangat gotong-royong jelas terpancar sepanjang program berlangsung.

Semoga segala pengorbanan, tenaga dan sumbangan semua pihak mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.







---

FOLLOW TIKTOK RASMI MASJID :
πŸ”— tiktok.com/.kglormalong
FOLLOW FACEBOOK RASMI MASJID :
πŸ”— facebook.com/mnurhidayah.kglormalong
INFAQ PEMBANGUNAN & PROGRAM MASJID :
πŸ”— linktr.ee/mnurhidayah.kglormalong

Terima kasih YB Datuk Hjh Norazlinah Arif Adun N.63 Kunak.Hasrat dan suara kita akhirnya terlaksana.Pemasangan pagar di ...
14/05/2025

Terima kasih YB Datuk Hjh Norazlinah Arif Adun N.63 Kunak.
Hasrat dan suara kita akhirnya terlaksana.

Pemasangan pagar di kawasan kuburan Lormalong kini baru bermula, hasil daripada keprihatinan dan sokongan padu YB Datuk Hjh Norazlinah. Suara dan cadangan komuniti ini telah dibawa secara konsisten melalui tiga siri gotong-royong, yang mana beliau sendiri turut hadir dan mendengar terus aspirasi penduduk.

untuk makuman kita bersama Ajk kebajikan kuburan telah mengenal pasti Perancangan Pembangunan Kuburan akan datang antaranya:

1. Fasa Pertama: Pemasangan pagar
– dalam proses.
– Fasa kedua akan menyusul, InshaAllah, memandangkan ia melibatkan kawasan tanah milik individu.

2. Pemasangan Tanda Arah Kiblat

3. Pembinaan Kemudahan:
– Musolla
– Tandas
– Pondok rehat
– Dan kemudahan lain yang berkaitan

4.Gate kedua bakal dibuat insyAllah dan masih dlam perancangan. in Sha Allah.

Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan!Berikut adalah jadual penghantaran juadah sungkai, bersama takwim imsak serta pemakluman pe...
01/03/2025

Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan!

Berikut adalah jadual penghantaran juadah sungkai, bersama takwim imsak serta pemakluman petugas yang akan memimpin solat tarawih. Mereka telah dijemput khas daripada Maahad Tahfiz Darul Furqan DSP Salim Bacho.

Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati dan membuka peluang untuk kita meningkatkan ketakwaan.

Selamat berpuasa!

Address

Kg. Lormalong
Kunak
91207

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Nurhidayah Kg.Lormalong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share