Bebas FC

Bebas FC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bebas FC, Non-Governmental Organization (NGO), Kampung Perdisa Madai, Peti Surat 75, Kunak.

Page Rasmi BeBAS FC, No.PJS :C-SBH-11663 (12 April 2022) berkongsi dan menyalurkan pelbagai informasi semasa & program sukan yang dijalankan demi mencapai fungsi, Misi dan Visi Kelab kearah Memperkasa & Maju Aktifkan Pembangunan Sukan BOLA SEPAK & FUTSAL

13/05/2026

TAFSIR INSPIRASI : MEREKA AKAN MENGETAHUI

Ada satu saat.. semua orang akan sampai.

Saat tanah yang selama ini kita pijak, akhirnya memeluk kita.

Saat mulut terkunci, tapi segala yang pernah kita simpan dalam dada...

niat, bisikan, rahsia...

semuanya berbicara tanpa suara.

كَلّا سَيَعلَمونَ

Maksudnya : Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu)

Jangan.. jangan rasa hidup ini bebas tanpa arah.

Jangan sangka yang tersembunyi akan terus tersembunyi.

Akan datang satu hari..

yang pura-pura, jadi nyata,
yang rahsia, jadi terbuka,
yang kita lupa… tiba-tiba kita ingat semuanya.

Waktu itu, tiada lagi masa untuk jelaskan..

tiada lagi masa untuk betulkan.

Kita akan lihat balik.. solat yang ditangguh, hati yang pernah dengki, tangan yang mengambil harta dari sumber haram, mata yang pernah liar melihat sesuatu yang ditegah, kata-kata yang pernah melukakan hati insan lain.

Dan yang paling pedih, benda kecil yang kita anggap remeh, rupa-rupanya besar di sisi Tuhan.

Sebenarnya kiamat itu dekat.

Ia sedang mendekat setiap detik.

Bila seseorang meninggal dunia, itulah “hari kiamat” dia.

Dan kita?

Kita cuma menunggu giliran.

Jadi hari ini.. tanya diri perlahan-lahan..

“Kalau ini hari terakhir aku.. aku nak jumpa Allah dengan cerita yang macam mana?”

Tak perlu jadi sempurna,
cukup jadi hamba yang berusaha untuk mentaati Allah .

Sebab nanti.. bila semua terbongkar,
yang menyelamatkan kita bukan hanya kebaikan yang orang nampak, tapi juga apa yang kita sembunyikan kerana Allah.

Dan mungkin..

Air mata taubat yang jatuh dalam keadaan seorang diri,nakan jadi cahaya paling terang di hari semua orang bergelap nanti.


Anda mungkin menyukai:

Tafsir Inspirasi Surah An-Naba', ayat 1 : https://www.facebook.com/share/p/18TvSHpQXi/

Tafsir Inspirasi Surah An-Naba', ayat 2 :
https://www.facebook.com/share/p/1bFnJJaRqf/

Tafsir Inspirasi Surah An-Naba', ayat 3 :
https://www.facebook.com/share/p/1T3i4DoD89/






Kredit : Abas Cak  Kat Rogers Bebas FC Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia  KELAB BOLA SEPAK MADAI Persatuan Bola Sepak Sabah ...
13/05/2026

Kredit : Abas Cak

Kat Rogers Bebas FC Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia KELAB BOLA SEPAK MADAI Persatuan Bola Sepak Sabah - SAFA. Persatuan Bolasepak Daerah Lahad Datu

13/05/2026

Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah & syabas kepada YBM DATUK Jamawi Jaafar atas pelantikan sebagai President SAFA TENOM yang baharu bagi tempoh tahun 2026 hingga 2028.

Semoga mertabat bola sepak Daerah Tenom akan terus bersinar ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelantikan ini telah dibuat semasa MESYUARAT AGUNG PERSATUAN BOLA SEPAK DAERAH TENOM BIL 1/2026 pada 21 feb 2026 (sabtu) jam 4.30ptg bertempat di Pejabat Daerah Tenom.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBHG. Tuan Alexander Liew (Pegawai Daerah Tenom) dan disertakan oleh ajk majlis tertingga SAFA TENOM.

13/05/2026

13/05/2026

SCFC CHALLENGE CUP | SAFA TENOM 2026

Tahniah kepada kesemua 8 pasukan yang terlibat dalam kejohanan ini

SARU CITY FC . HUMAYO FC . MDK FC .
SAFA JR . PAGUOKON FC . TENOM COPS .
JAWS . MANSA FT .

JUARA | HUMAYO FC
WANG TUNAI RM2,000.00

NAIB JUARA | MANSA FT
WANG TUNAI RM1,500.00

TEMPAT 3 BERSAMA
MDK FC & SARU CITY FC
WANG TUNAI RM750.00/TEAM

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN WANG TUNAI KEMENANGAN DISUMBANGKAN OLEH YBM DATUK Jamawi Jaafar PRESIDEN SAFA TENOM.

TENOM ONSOI 👍

29/04/2026
29/04/2026

Address

Kampung Perdisa Madai, Peti Surat 75
Kunak
91207

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bebas FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share