Pekida Daerah Kulim - Rasmi

Directions

Pekida Daerah Kulim - Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pekida Daerah Kulim - Rasmi, Non-Governmental Organization (NGO), 469, Lorong Jati 2, Taman Jati, Kulim.

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Daerah Kulim adalah sebuah pertubuhan berdaftar yang memfokuskan kepada perpaduan ummah, kebajikan ahli dan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

SENARAI PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA 1983 - 2026:1. ALMARHUM TOK AYAH USTAZ YUSOF BIN SALEH (1983 - 1997)2. ALMARHUM DATOโ€™ S...
19/10/2026

SENARAI PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA 1983 - 2026:

1. ALMARHUM TOK AYAH USTAZ YUSOF BIN SALEH (1983 - 1997)

2. ALMARHUM DATOโ€™ SERI DERMA WANGSA, DATOโ€™ PADUKA HAJI ABDULLAH BIN HAJI ISMAIL (1998)

3. ALMARHUM SENATOR DATUK HAJI FUAD BIN HAJI AHMAD (2003 - 2006)

4. YBHG. AYAHANDA HAJI JAMALUDDIN BIN YUSOF (2008 - 2019)

5. ALMARHUM DATOโ€™ HAJI RAMLI BIN HAJI NORANI (2019 - 2020)

6. YBHG. TOK AYAH DATOโ€™ HAJI MOHD F**D BIN
HAJI MAT ISA (2022 - SEKARANG)

Dukacita dimaklumkan bahawa YBHG TOK AYAH LIE GURU, Pengasas Pertubuhan Muafakat Amal Gemilang (MAG MALAYSIA) telah kemb...
20/08/2026

Dukacita dimaklumkan bahawa YBHG TOK AYAH LIE GURU, Pengasas Pertubuhan Muafakat Amal Gemilang (MAG MALAYSIA) telah kembali kerahmatullah sebentar tadi pada jam 5.00 pagi ini di Hospital Pulau Pinang...

Untuk makluman jemaah sekalian,

Almarhum Tok Ayah Lie Guru menerima baiah kenaikan sebagai Ayahanda perjuangan 30 daripada YM Almarhum Tok Ayah Cikgu Zul Tikam Batu manakala Almarhum menerima baiah kenaikan sebagai Tok Ayah 30 daripada YM Almarhum Tok Ayah Tok Mat Botol Kota Aur. Almarhum juga merupakan salah seorang Barisan Bertindak 30 Se-Malaysia dibawah Almarhum Bapak Awaludin Borhan.

Almarhum ini baik orangnya dan banyak membantu insan yang memerlukan bantuan disepanjang hidup Almarhum.

Sama sama kita doakan semoga roh Almarhum Tok Ayah Lie Guru ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh... AL-FATIHAH

Bismillahirrahmanirrahim.1. Adapun pada lembaran ini dipaparkan wajah-wajah para tokoh yang telah menjadi tiang seri, pa...
10/07/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

1. Adapun pada lembaran ini dipaparkan wajah-wajah para tokoh yang telah menjadi tiang seri, pasak kekuatan dan payung amanah kepada perjalanan Jemaah 30 di Malaysia ini, yakni insan-insan pilihan yang telah memikul beban perjuangan dengan penuh sabar, setia dan kebijaksanaan pada zaman masing-masing.

2. Maka tiadalah mereka itu sekadar nama yang tercatat pada helaian sejarah semata-mata, bahkan merekalah antara para pewaris yang telah menyambung sanad baiโ€˜ah Jemaah 30 daripada satu tangan kepada satu tangan, daripada satu zaman kepada satu zaman, agar jangan terputus tali amanah, jangan terlerai ikatan warisan, dan jangan malap cahaya perjuangan yang telah diperturunkan oleh para pendahulu.

3. Maka tersebutlah nama-nama yang mulia lagi dimuliakan dalam kalangan pewaris perjuangan ini, iaitu Almarhum B**g Isa, Almarhum Ustaz Hamzah, Almarhum Tok Mat Botoi dan Almarhum Awaluddin Borhan. Pada bahu merekalah tersandar amanah untuk memelihara perjalanan jemaah ini; pada lidah merekalah terungkap nasihat dan pedoman; pada fikiran merekalah tersusun haluan; dan pada jiwa merekalah terpahat setia yang tiada berbelah bahagi.

4. Dengan izin Allah Taโ€˜ala, mereka telah menjaga warisan ini dengan penuh tertib, adab dan kefahaman, lalu menyerahkannya kepada generasi sesudah mereka dalam keadaan terpelihara maruahnya, teguh sendinya dan luhur maksud perjuangannya.

5. Maka seyogianya bagi anak cucu jemaah yang datang kemudian, jangan sekali-kali memandang ringan akan susur galur ini, kerana sejarah perjuangan yang besar itu tidak terbina dalam sehari, dan warisan yang luhur itu tidak tegak tanpa pengorbanan para pendahulu. Barang siapa mengenal asal usul perjuangannya, nescaya teguhlah pendiriannya; dan barang siapa memelihara sanad warisannya, nescaya terpeliharalah maruah jemaahnya.

6. Oleh yang demikian, hendaklah generasi hari ini menoleh ke belakang dengan penuh adab, menelusuri sejarah ini dengan mata hati yang faham, lalu menyambung amanah yang diwariskan itu dengan setulus niat dan seteguh pendirian, supaya obor perjuangan Jemaah 30 terus menyala, tidak padam ditelan zaman, tidak luput ditelan perubahan masa.

7. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka sekalian, melapangkan kubur mereka, mengampuni segala khilaf dan kekurangan, menerima segala amal bakti serta pengorbanan yang telah mereka persembahkan pada jalan perjuangan ini, lalu menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh, lagi beroleh keampunan dan keredaan.

8. Mudah-mudahan warisan ini terus dipelihara, sanad baiโ€˜ahnya terus bersambung, semangatnya terus berdenyut dalam dada para pewaris, dan nama-nama para pendahulu ini kekal hidup dalam ingatan anak bangsa, selagi mana bumi ini masih menyaksikan adanya insan yang tahu mengenang jasa, memegang amanah dan menjunjung warisan perjuangan dengan sebenar-benar penghormatan.

- WARISAN BAGAN -

10/07/2026

PEKIDA Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan Selamat Hari Lahir yang ke-101 kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semoga Allah SWT mengurniakan Tun kesihatan yang baik, usia yang diberkati, kesejahteraan yang berpanjangan serta kekuatan untuk terus menyumbang buah fikiran dan pandangan demi agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya jasa, kepimpinan dan sumbangan Tun kepada tanah air amat besar nilainya serta akan terus dikenang dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Daripada : Presiden, Barisan Ahli Majlis Tertinggi, Barisan Ayahanda dan seluruh Ahli PEKIDA MALAYSIA.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜-๐Ÿด๐ŸฐKebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ...
05/07/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜-๐Ÿด๐Ÿฐ

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Sultan Negeri Kedah Darul Aman

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT, terus bersemayam di atas takhta pemerintahan dengan penuh daulat, memimpin Negeri Kedah Darul Aman ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berterusan.

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Sembah Takzim Daripada:
Pengerusi, Barisan Ahli Jawatankuasa, Barisan Ayahanda dan Seluruh Ahli Pekida Daerah Kulim

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูSumbangan Kebajikan PEKIDA Daera...
04/06/2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู
ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Sumbangan Kebajikan PEKIDA Daerah Kulim

Wakil daripada PEKIDA Daerah Kulim, Saudara Mohd Huzaini, telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada balu Allahyarham Muhammad Idham bin Hj Sanusi dari kelompok KTC.

Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu serta meringankan beban keluarga Allahyarham. Warga PEKIDA Daerah Kulim turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.



ูˆุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูSumbangan Kebajikan PEKIDA Daera...
13/04/2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู
ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Sumbangan Kebajikan PEKIDA Daerah Kulim

Wakil daripada PEKIDA Daerah Kulim telah menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga Allahyarham Sham Pak Uda dari kelompok Taman Kenari, Kulim.

Allahyarham dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.



ูˆุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูPenyerahan Program (e-SEDEKAH) P...
06/04/2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู
ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Penyerahan Program (e-SEDEKAH) PEKIDA Malaysia

Alhamdulillah, telah berlangsung penyerahan sumbangan Program e-SEDEKAH PEKIDA Malaysia kali ke-23 pada:

Tarikh: 6 April 2026

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi PEKIDA Daerah Kulim, Saudara Amir Ikhmal kepada:

Nama: Mohamad Aiman Haziq bin Noor
No. Ahli: 02-06-102340
Ahli Daerah: Kulim, Kedah
Jumlah e-SEDEKAH: RM 2,251.00
(Dua Ribu Dua Ratus Lima Puluh Satu Ringgit Sahaja)

Untuk makluman, saudara Mohamad Aiman Haziq bin Noor merupakan ahli di bawah kawasan Padang Serai, Daerah Kulim.

Turut hadir bersama dalam penyerahan ini ialah Saudara Ramzi, wakil dari Padang Serai.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung serta memberi semangat kepada penerima.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terus menyokong dan mendokong Program e-SEDEKAH PEKIDA Malaysia. Semoga segala usaha kebajikan ini diberkati oleh Allah SWT.

๐ท๐‘’๐‘š๐‘– ๐ด๐‘”๐‘Ž๐‘š๐‘Ž, ๐ต๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘ ๐‘Ž ๐ท๐‘Ž๐‘› ๐‘‡๐‘Ž๐‘›๐‘Žโ„Ž ๐ด๐‘–๐‘Ÿ



ูˆุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Pengerusi PEKIDA Daerah Kulim, Saudara Amir Ikhmal, telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada ketua-ketua kawasan u...
15/03/2026

Pengerusi PEKIDA Daerah Kulim, Saudara Amir Ikhmal, telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada ketua-ketua kawasan untuk diagihkan kepada balu-balu ahli PEKIDA Daerah Kulim.

Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan dan ingatan daripada keluarga besar PEKIDA Daerah Kulim dalam menyambut kedatangan Aidilfitri, agar mereka turut merasai kegembiraan dan keberkatan di bulan yang mulia ini.

Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban serta membawa kegembiraan kepada para penerima.

Ayahanda Paksu Joe Mahang telah menyempurnakan penyerahan sumbangan daripada PEKIDA Daerah Kulim kepada saudara Mohd Noo...
22/01/2026

Ayahanda Paksu Joe Mahang telah menyempurnakan penyerahan sumbangan daripada PEKIDA Daerah Kulim kepada saudara Mohd Noor bin Awang Besar dari kelompok Mahang yang terlibat dalam Kemalangan Jalan Raya.

Akibat kemalangan tersebut, beliau mengalami kecederaan agak kritikal di bahagian kepala dan telah menerima sebanyak 24 jahitan. Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung serta memberikan sokongan moral kepada beliau dan keluarga.

Warga PEKIDA Daerah Kulim mendoakan agar saudara Mohd Noor diberikan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan.

Address

469, Lorong Jati 2, Taman Jati
Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekida Daerah Kulim - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share