12/04/2026
Jamuan Sambutan Hari Raya Persatuan Penduduk Kulim Utama yang dianjurkan bersama AJK Surau Ar-Raudhah dan KRTKU telah berlangsung dengan jayanya. Pelbagai hidangan istimewa disediakan oleh Pakatan Memasak Ar-Raudhah di bawah pimpinan Chef Abang Rahim, memeriahkan lagi suasana sambutan.
Terima kasih kepada semua warga yang hadir serta komitmen ahli Pakatan Memasak yang bertungkus-lumus dalam menyediakan juadah.