Surau Al Muhtadeen

Surau Al Muhtadeen Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Al Muhtadeen, Community Service, lorong kempas 26, taman kempas, Kulim.

Program Ad Din Nasihah yang disampaikan oleh Al fadhil ustaz Farid Din semalam di Surau Al Muhtadeen.Inshallah kuliah bu...
24/04/2026

Program Ad Din Nasihah yang disampaikan oleh Al fadhil ustaz Farid Din semalam di Surau Al Muhtadeen.Inshallah kuliah bulanan akan diteruskan pada bulan akan datang dengan Bacaan Kitab Munyatul musalli

Kuliah Maghrib Ad Din Nasihah akan dilangsungkan pada tarikh dan masa sepeti berikutTarikh : 23 April 2026M/ 5 Zulkaedah...
20/04/2026

Kuliah Maghrib Ad Din Nasihah akan dilangsungkan pada tarikh dan masa sepeti berikut

Tarikh : 23 April 2026M/ 5 Zulkaedah 1447H.
Hari. : Khamis
Masa. : Selepas Solat Maghrib.
Penceramah: YBhg Ustaz Farid Din.

Muslimin Muslimat dijemput hadir pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan.Semoga kehadiran Tuan Puan dalam majlis tersebut dapat meningkatkan kefahaman serta menjadi amal soleh supaya beroleh insan bertaqwa.

Semua warga Taman Kempas mengambil kesempatan datang untuk meraikan Jamuan Raya Aidilfitri anjuran Surau Al Muhtadeen.Ma...
19/04/2026

Semua warga Taman Kempas mengambil kesempatan datang untuk meraikan Jamuan Raya Aidilfitri anjuran Surau Al Muhtadeen.
Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan pengerusi Surau Al Muhtadeen oleh Encik Ismail.Berbagai juadah disediakan seperti nasi daging,kurma daging kambing,laksa,lemang serta rendang,kuih muih tradisional.Di hujung majlis jamuan,sesi bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Surau.Pihak Jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga yang memberi kerjasama bagi memastikan majlis berjalan lancar.Semangat Gotong Royong sebegini perlu diteruskan pada masa akan datang.

Persediaan bahan bahan mentah untuk dimasak rendang ,nasi daging ...persiapan tempat  susunan Meja  kerusi  telah dijala...
19/04/2026

Persediaan bahan bahan mentah untuk dimasak rendang ,nasi daging ...persiapan tempat susunan Meja kerusi telah dijalankan pada hari Jumaat lagi..terima kasih pada sahabat jiran yang tungkus lumus bagi memastikan Majlis Jamuan Raya Surau Al Muhtadeen berjalan lancar teratur pd 18 April 2026.

Surau Al  Muhtadeen Taman Kempas mengambil tanggungjawab memberi khidmat masyarakat melalui program Tukar Tong Baru deng...
14/02/2026

Surau Al Muhtadeen Taman Kempas mengambil tanggungjawab memberi khidmat masyarakat melalui program Tukar Tong Baru dengan kerjasama Syarikat E Idaman Sdn Bhd pagi ini Bermula 9.30 hingga jam 12.30 tgh.Sebanyak 100 tong telah diberikan kepada pelanggan syarikat pengendali Kebersihan dikulim ini khususnya Taman Kempas.Sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Surau Al Muhtadeen menjadi pusat tempat penukaran tong sampah yang julung diadakan ini.Pihak Jawatankuasa Surau juga ingin merakamkan ribuan terima kasih pada Syarikat E Idaman Sdn Bhd serta Ahli Jawatankuasa yang hadir bagi menjayakan program tersebut.

Majlis bacaan Yasen dan Doa pada malam  Nisfu Syaaban dihadiri muslimin yang memenuhi ruang solat Surau Al Muhtadeen.Maj...
02/02/2026

Majlis bacaan Yasen dan Doa pada malam Nisfu Syaaban dihadiri muslimin yang memenuhi ruang solat Surau Al Muhtadeen.Majlis diadakan selepas solat maghrib.Bacaan Yaseen dipimpin oleh Ustaz Abd Jalil Yahya.

Bacaan Yasen pertama memohon melanjutkan usia dalam kebajikan,seterusnya tetapkan iman dan bacaan akhir supaya Allah memberi rezeki yang halal,serta supaya Allah swt memberi kesempatan bertemu bulan yang penuh Rahmat,Keampunan dan barakah iaitu Ramadanul Karim.

Terima kasih kepada yang hadir mengimarahkan majlis tersebut, semoga Allah memberi maghfirah dan rahmat di bulan yang mulia ini.

02/02/2026

*MAJLIS BACAAN YASIN MALAM NISFU SYAABAN*

Assalamualaikum wbt, jawatan kuasa Surau Al Muhtadeen ingin menjemput muslimin muslimat ke
*Majlis Bacaan Yasin Nisfu Syaaban 1447H*

*Hari/Tarikh*:
*Isnin 15 Syaaban 1447 / 2 Februari 2026*

*Aturcara*
7.35 mlm- Solat Maghrib Berjemaah.
Bacaan Yasin & Doa
- Solat Isyak berjemaah.

Bersama kita penuhi malam Nisfu Syaaban ini dengan aktiviti ibadah serta iltizam mengejar cita menjadi hamba soleh serta memberi kesempatan bertemu Ramadhanul Kareem yang akan menjelang tiba.Semoga amal bakti yang kita lakukan mendapat ganjaran setimpal oleh Allah swt.


02/02/2026

SYA'BAN: SUATU PENJELASAN

Amalan membaca Yasin pada malam Nisfu Sya'ban dengan harapan agar Allah memenuhi hajat dan apa yang diniatkan adalah termasuk dalam lingkungan skop perintah Allah untuk bersangka baik kepada-Nya sesuai dengan Hadith Qudsi, Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman:

أنا عندَ ظنِّ عبدي بي فلْيظُنَّ بي ما شاء

"Aku adalah di atas persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Maka hendaklah seseorang dari kamu bersangka kepadaKu apa saja yang dia mahu".
(Sahih Ibnu Hibban)

Oleh itu, seseorang yang tidak ingin bersangka baik kepada Allah agar ditunaikan hajatnya dengan bacaan Yasin pada malam Nisfu Sya'ban, hendaklah dia tidak menghalang orang lain yang ingin merebut peluang untuk bersangka baik kepada Allah menerusi amalan tersebut.

Walaupun tidak ada hadith yang menyebutkan sebarang amalan yang khusus dilakukan oleh Rasulullah SAW pada malam Nisfu Sya'ban, namun Rasulullah SAW telah menyatakan keutamaan malam Nisfu Sya'ban. Ini bermakna, orang-orang Islam sewajarnya menghidupkan malam tersebut dengan memperbanyakkan ibadah.

Dari sekalian ragam ibadah sunat, antara amalan yang dianjurkan Ulama yang boleh dilakukan pada malam Nisfu Sya'ban ialah membaca Surah Yasin 3 kali dengan masing-masing diniatkan diakhirnya agar dipanjangkan umur dalam keberkatan, dijauhkan dari musibah serta diberikan keluasan rezeki yang halal dan dikurniakan kesudahan hidup yang baik (husnul khatimah).

Ya, seseorang boleh membaca surah Yasin berapa kali pun yang diingininya atau membaca surah lain selain Yasin dan boleh saja berniat dengan niat-niat yang lain selain 3 niat di atas.

Ulama menganjurkan 3 kali Yasin tersebut adalah untuk memudahkan masyarakat menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan niat-niat yang bermanfaat buat dirinya di dunia dan akhirat agar bacaan Yasin itu menjadi amal saleh yang berupa wasilah supaya seseorang dapat bertaqarrub kepada Allah dan mudah-mudahan diperkenankan doa-doanya.

Hal itu sesuai dengan firman Allah :

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابتَغوا إِلَيهِ الوَسيلَةَ وَجٰهِدوا في سَبيلِهِ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan/cara) yang dapat mendekatkan dirimu kepada-Nya, dan bersusah payahlah di jalan-Nya, mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan". (al-Ma'idah:35)

Telah sepakat sekalian ulama bahawa orang Islam boleh bertawassul dengan amal salehnya. Tambahan p**a, surah Yasin adalah "jantung Qur'an" (Qalbu al-Qur'an). Seseorang yang tidak ingin berwasilah dengan amalan baca Yasin malam Nisfu Sya'ban, hendaklah dia tidak menuduh sesat atau bid'ah dolalah kepada orang-orang Islam yang ingin bertawassul dengan surah Yasin agar hajat-hajatnya diperkenankan Allah.

Disebabkan keutamaan surah Yasin tersebut, Imam Ibnu Kathir dalam Tafsirnya berkata:

من خصائص هذه السورة أنها لا تقرأ عند أمر عسير إلا يسره الله تعالى.... والخلاصة أنها تقرأ في كل الأحوال، فهي لجلب كل خير، ودفع كل شر

“Diantara keistimewaan surah ini (surah Yasin), sesungguhnya tidaklah surah Yasin dibacakan pada suatu perkara sulit, melainkan Allah SWT memudahkannya... Walhasil kesimp**annya ialah surah Yasin boleh dibaca dalam setiap keadaan kerana ia dapat menjadi perantara untuk menarik segala macam kebaikan dan menolak segala macam keburukan ".

Oleh kerana itu, para ulama menyukai agar surah Yasin dibacakan pada malam Nisfu Sya'ban yang mempunyai keistimewaan dalam agama kita.

Imam al Qurtubi dalam tafsirnya ke atas Surah al-Dukhan ayat 3 dan 4 yang berbunyi:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami adalah para pemberi peringatan. Di dalamnya dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”

Beliau menukilkan dari Tabi'in bernama Imam Ikrimah yang menyebutkan bahawa "malam yang diberkati" tersebut adalah malam Nisfu Sya'ban.

Abuya Sayyid Muhammad al-Maliki dalam kitabnya berjudul Maza fi Sha'ban menyatakan bahawa sepanjang tahun, terdapat 2 malam yang berkait rapat dengan rombakan takdir dalam Lauh Mahfuz ialah malam Lailatul Qadar dan malam Nisfu Sya'ban.

Riwayat Abu Dhuha dari Ibnu Abbas, “Sungguh Allah menetapkan putusan dan takdir pada malam Nisfu Sya‘ban dan menyerahkannya pada para malaikat pelaksana tugas pada malam Lailatul Qadar”. (al-Tadhkirah li al-Qurtubi)

al-Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikh-nya meriwayatkan dari Sayyidatina Aisyah bahwa Nabi Muhammad SAW banyak berpuasa pada bulan Sya‘ban. Kemudian Sayyidatina Aisyah menanyakan kepada Nabi Muhammad mengapa Beliau begitu gemar berpuasa di bulan Sya‘ban. Nabi menjawab:

“Sesungguhnya tiada seseorang meninggal pada tahun tersebut kecuali telah ditetapkan umurnya pada bulan Sya‘ban. Aku ingin ketika dicatat takdirku, aku berada dalam keadaan beribadah dan beramal saleh,”.

Komentar Sayyid Muhammad Al-Maliki atas tafsir dan riwayat tersebut berbunyi bahwa Allah dengan kuasa-Nya menetapkan takdir di Lauh Mahfuzh pada malam Nisfu Sya‘ban. Pada malam Lailatul Qadar Allah mengutus malaikat untuk memenuhi tugas-tugas terkait takdir seseorang yang telah ditetapkan. Semisal pada malakul maut, Allah menyerahkan takdir umur seseorang kepadanya. Begitupun terkait takdir rezeki, maka diserahkan kepada malaikat yang melaksana tugas menebar rezeki itu.

Dalam sebuah riwayat menyebutkan :

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

Hadith daripada Sayyidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :“Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Dalam riwayat yang lain p**a:

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِهِ إِلاَّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ . أخرجه ابن حبان في صحيحه والطبراني، وأبو نعيم في الحلية.

“Dari Mu’az bin Jabal, dari Rasulullah SAW bersabda: “Allah Ta‘ala melihat kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, lalu memberikan ampunan kepada seluruh makhluk-Nya kecuali kepada orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”

(Riwayat Ibnu Hibban dalam Sahih-nya [12/481] dan al-Tabrani dalam al-Mu'jam. Hadith seumpama ini datang dari banyak jalur riwayat, Imam Ibnu Hibban telah mensahihkan riwayat ini)

Disebabkan keutamaan malam Nisfu Sya'ban, para Ulama Salaf menghidupkan malam tersebut dengan berbagai bentuk ibadah baik secara sendirian mahupun secara berjemaah meskipun ia tidak disebutkan dalam mana-mana hadith. Ini kerana, para ulama Salaf memahami bahawa sebuah waktu yang mempunyai keutamaan dan keberkatan, maka dianjurkan untuk menghidupkannya dengan berbagai cara taqarrub walaupun ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

وَقَدْ سُئِلَ ابْنُ تَيْمِيَّةَ رَحِمَهُ اللهُ تَعَالَى عَنْ صَلاَةِ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَأَجَابَ : إِذَا صَلَّى اْلإِنْسَانُ لَيْلَةَ النِّصْفِ وَحْدَهُ أَوْ فِيْ جَمَاعَةٍ خَاصَّةٍ كَمَا كَانَ يَفْعَلُ طَوَائِفُ مِنَ السَّلَفِ فَهُوَ حَسَنٌ. وَقَالَ فِيْ مَوْضِعٍ آخَرَ : وَأَمَّا لَيْلَةُ النِّصْفِ فَقَدْ رُوِيَ فِيْ فَضْلِهَا أَحَادِيْثُ وَآَثاَرٌ وَنُقِلَ عَنْ طَائِفَةٍ مِنَ السَّلَفِ أَنَّهُمْ كَانُوْا يُصَلُّوْنَ فِيْهَا فَصَلاَةُ الرَّجُلِ فِيْهَا وَحْدَهُ قَدْ تَقَدَّمَهُ فِيْهِ سَلَفٌ وَلَهُ فِيْهِ حُجَّةٌ فَلَا يُنْكَرُ مِثْلُ هَذَا.

“Ibnu Taimiyah ditanya tentang solat malam Nisfu Sya’ban, maka ia menjawab: “Apabila seseorang menunaikan solat pada malam Nisfu Sya’ban, sendirian atau bersama jamaah tertentu sebagaimana dikerjakan oleh banyak kelompok kaum salaf, maka hal itu baik.” Di tempat lain, Ibnu Taimiyah juga berkata: “Adapun malam Nisfu Sya’ban, telah diriwayatkan banyak hadith dan athar tentang keutamaannya dan telah dikutip dari sekelompok kaum salaf bahwa mereka menunaikan solat pada malam itu. Jadi solat yang dilakukan oleh seseorang sendirinya pada malam tersebut, telah dilakukan sebelumnya oleh kaum salaf dan ia mempunyai hujjah, oleh kerana itu hal seperti ini tidak boleh diengkari.” (Majmu’ah Fatawa Ibni Taimiyah [3/131-132].

Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali juga berkata dalam kitabnya Lata'if al-Ma’arif sebagai berikut:

وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ التَّابِعُوْنَ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ يُعَظِّمُوْنَهَا وَيَجْتَهِدُوْنَ فِيْهَا فِي الْعِبَادَةِ، وَكَانَ خَالِدُ بْنِ مَعْدَانَ وَلُقْمَانُ بْنِ عَامِرٍ وَغَيْرُهُمَا مِنْ تَابِعِي الشَّامِ يَقُوْمُوْنَ فِي الْمَسْجِدِ لَيْلَةَ النِّصْفِ، وَوَافَقَهُمُ اْلإِمَامُ إِسْحَاقُ ابْنُ رَاَهَوْيه عَلىَ ذَلِكَ، وَقَالَ فِيْ قِيَامِهَا فِي الْمَسَاجِدِ جَمَاعَةً : لَيْسَ ذَلِكَ بِبِدْعَةٍ . انتهى باختصار وتصرف .

“Malam Nisfu Sya’ban, kaum Tabi’in dari penduduk Syam mengagungkannya dan bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada malam tersebut. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan lain-lain dari kalangan tabi’in Syam mendirikan solat di dalam Masjid pada malam Nisfu Sya’ban. Perbuatan mereka disetujui oleh al-Imam Ishaq Ibnu Rahawaih. Ibnu Rahawaih berkata mengenai solat sunnah pada malam Nisfu Sya’ban di Masjid-masjid secara berjamaah: “Hal tersebut tidak termasuk bid’ah.” (al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali, Lata'if al-Ma’arif [ms. 263] ).

Anjuran membaca Yasin 3 kali Nisfu Syaban tersebut sebagaimana yang dijelaskan dengan terperinci oleh seorang ulama Mekah bernama Sayyid Muhammad bin Alwi bin Abbas al-Maliki, beliau berkata:

لكن لا مانع أن يضيف الإنسان إلى عمله مع إخلاصه مطالبه وحاجاته الدينية والدنياوية، الحسية والمعنوية، الظاهرة والباطنة، ومن قرأ سورة يس أو غيرها من القرآن لله تعالى طالبا البركة في العمر، والبركة في المال، والبركة في الصحة فإنه لا حرج عليه، وقد سلك سبيل الخير (بسرط أن لا يعتقد مشروعية ذلك بخصوصه) فليقرأ يس ثلاثا، أو ثلاثين مرة، أو ثلاث مئة مرة، بل ليقرأ القرآن كله لله تعالى خالصا له مع طلب قضاء حوائجه وتحقيق مطالبه وتفريج همّه وكشف كربه، وشفاء مرضه وقضاء دينه، فما الحرج في ذلك...؟.. والله يحب من العبد أن يسأله كل شئ، حتى ملح الطعام وإصلاح شسع نعله

Artinya:

"Tapi tidak ada larangan bagi seseorang yang mengiringi amal salihnya dengan permintaan dan permohonan hajat agama dan dunia, jiwa dan raga, lahir dan batin. Siapa saja yang membaca surah Yasin atau surat lainnya dengan ikhlas Lillahi Ta'ala sambil memohon keberkahan pada usia, harta, dan kesehatan, maka hal itu tak masalah. Ertinya, orang ini telah menempuh jalan yang baik (dengan catatan ia tidak meyakini bahawa amal salihnya itu disyariatkan secara khusus untuk hajat tersebut). Silakan membaca surah Yasin 3 kali, 30 kali, 100 kali, atau mengkhatamkan 30 juz Al-Quran secara ikhlas Lillahi Ta'ala diiringi dengan permohonan atas segala hajat, doa agar harapan terwujud, permintaan agar di lenyapkan kegelisahan jiwa, pengharapan agar dibebaskan dari kesulitan, permohonan kesembuhan dari penyakit, permintaan kepada Allah agar hutang terbayar. Lalu di mana masalahnya? Allah menyukai hamba-Nya yang bermunajat kepada-Nya atas pemenuhan hajat apapun termasuk hajat atas garam pelengkap masakan dan hajat atas tali sandal yang rosak."

(Rujukan : Ma Dha fi Sha'ban, Sayyid Muhammad bin Alwi bin Abbas Al-Maliki, cetakan pertama, ms: 119).

Mantan M***i Mesir, Syeikh Dr Ali Jum’ah menfatwakan :

" Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak berpegang bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya".

Penutup

Keutamaan malam Nisfu Sya’ban memiliki dasar yang cukup kuat dalam nas, umat Islam sejak generasi salaf banyak yang menghidupkannya dengan aneka ragam ibadah seperti solat, doa dan lain-lain secara berjemaah untuk mengharapkan rahmat Allah yang turun pada malam utama tersebut. Lebih-lebih malam Nisfu Sya’ban termasuk salah satu malam yang dipermudah terkabulnya doa. Al-Imam al-Syafi’i berkata dalam kitab al-Umm sebagai berikut:

( قال الشَّافِعِيُّ ) وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كان يُقَالُ إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ في خَمْسِ لَيَالٍ في لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ من رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ من شَعْبَانَ

Imam al-Syafi’i berkata: “Telah sampai kepada kami bahwasanya selalu dikatakan bahwa permohonan akan dikabulkan dalam lima malam, yaitu malam Jum’at, malam hari raya idul adha, malam hari raya idul fitri, awal malam di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya’ban.” (ruj: al-Umm li al-Imam al-Syafi’i, [1/231]).

Selamat beramal!

* Malam Nisfu Sya'ban pada tahun ini jatuh pada 13hb Februari 2025 bersamaan Khamis malam Jumaat ini.

Disediakan oleh:iqbal Zain al-jauhari

Mesyuarat  Jawatankuasa Surau Al Muhtadeen kali pertama diadakan bagi tahun 2026  diadakan selepas maghrib.Pengerusi Jaw...
25/01/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Al Muhtadeen kali pertama diadakan bagi tahun 2026 diadakan selepas maghrib.Pengerusi Jawatankuasa Surau,encik Ismail membuka majlis dengan Bacaan Fatihah serta ucapan aluan kepada hadirin yang memberi komitmen hadir.
Mesyuarat bersetuju mewujudkan biro biro bertujuan untuk melancarkan kegiatan yang dirancang peringkat Jawatankuasa sampai pada golongan sasaran terutama kebajikan masyarakat islam di Taman Kempas ini.Semoga dengan adanya Biro tersebut melancarkan aktiviti serta mengeratkan silaturahim sesama kita.

Berikut senarai Biro biro dalam Jawatankuasa Surau sesi 2026/ 1447

1) Biro Dakwah & Pendiidikan
>En Abdul Jalil Yahya& Us.Najib Omar Zuhdi
2) Biro Ekonomi
>En Anas & En Rahim
3) Biro Perhubungan Awam

4) Biro Kebajikan & Jamuan
>Hj Alias & Hafizudin
5) Biro Kebersihan
>En ( Cikgu) Ismail Kamaruzaman/En Halim
6) Biro Belia
> En Khairul
7) Hal Ehwal Muslimat
>Puan Aziah.

Sebelum berakhir Rejab yang penuh kemuliaan dengan ada peristiwa Israk mikraj,Jawatankuasa Surau menjemput Al Fadhil Ust...
21/01/2026

Sebelum berakhir Rejab yang penuh kemuliaan dengan ada peristiwa Israk mikraj,Jawatankuasa Surau menjemput Al Fadhil Ustaz Atiqur Rahman memberi tazkirah betapa pentingnya Peristiwa Agong ke atas Rasulullah SAW dalam Israk Mikraj.Solat satu tuntutan yang sangat utama dalam kehidupan seorang yang bergelar Muslim.

Solat sunat Aidil Adha di surau Al Muhtadeen.Imam oleh Us Abdul Jalil dan khutbah Aildil Adha  dibacakan oleh Us Najib.P...
07/06/2025

Solat sunat Aidil Adha di surau Al Muhtadeen.Imam oleh Us Abdul Jalil dan khutbah Aildil Adha dibacakan oleh Us Najib.
Program korban juga diadakan selepas solat sunat Aidil Adha..2 ekor lembu dikorbankan pada kali ini.

Address

Lorong Kempas 26, Taman Kempas
Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Muhtadeen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share