KRT Taman Seri Mahkota, Kulim Kedah

KRT Taman Seri Mahkota, Kulim Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Taman Seri Mahkota, Kulim Kedah, Community Service, Kulim.

28/09/2023

28.09.2023 || Sambutan Maulidurasul 1445 H anjuran Surau Tajul Ulum Taman Seri Mahkota Kulim dengan pengisian menarik seperti Perarakan Selawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW dari kontinjen² yang mengambil bahagian dan juga acara² sampingan seperti pertandingan mewarna untuk kanak² selain persembahan silat dapat mengeratkan ukhwah sesama komuniti.

Program bersama pihak Perkeso KULIM untuk kempen @ promosi skim caruman kepada mereka yang bekerja sendiri dan juga kepa...
25/09/2023

Program bersama pihak Perkeso KULIM untuk kempen @ promosi skim caruman kepada mereka yang bekerja sendiri dan juga kepada suri rumah telah berlangsung pada 13.09.2023. Program turun padang ini memberi ruang kepada prospek untuk mendapat info yang jelas dan tepat berkaitan skim caruman yang ditawarkan oleh pihak

19/09/2023

Memiliki rakan akrab yang berbilang bangsa merupakan suatu kelebihan dalam usaha memupuk nilai perpaduan dan keharmonian antara kaum dan silang budaya.




16.09.2023 - Sempena World Cleanup Day 2023, Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Mahkota Kulim, Kedah bersama warga kejira...
18/09/2023

16.09.2023 - Sempena World Cleanup Day 2023, Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Mahkota Kulim, Kedah bersama warga kejiranan telah mengadakan program penerapan cintai nilai kebersihan. Dikelolakan oleh barisan AJK KRT dan Sukarelawan kejiranan, padang permainan Taman Seri Mahkota menjadi lokasi aktiviti pembersihan ini dijalankan. Sampah-sampah yang dikutip telah diasingkan untuk tujuan audit dan dimasukkan ke sangkar kitar semula dengan tujuan 'trash to cash'. Matlamat aktiviti ini adalah untuk membudayakan nilai cintakan kebersihan selain dari menghargai keindahan suasana persekitara yang bersih dan selamat. Seramai 30 orang sukarelawan terlibat terdiri dari pelbagai peringkat umur.



27.08.2023 - KRT Taman Seri Mahkota telah mengambil bahagian dalam Program Konvoi dan Kibar Jalur Gemilang anjuran Pejab...
31/08/2023

27.08.2023 - KRT Taman Seri Mahkota telah mengambil bahagian dalam Program Konvoi dan Kibar Jalur Gemilang anjuran Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Kulim Bandar Baharu Kedah dengan kerjasama PDRM KULIM KEDAH Pejabat Penerangan Daerah Kulim dan warga KRT Daerah Kulim / Bandar Baharu yang mengambil bahagian. Pelepasan konvoi disempurnakan oleh YDH Supt. Mohd. Azizul bin Mohd. Khairi, Ketua Polis Daerah Kulim dan Yang Berusaha Pn. Arisyawati binti Alaudin Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Kulim Bandar Baharu
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional





31.08.2023 - Salam Kemerdekaan dari kami warga KRT Taman Seri Mahkota Kulim Kedah kepada seluruh rakyat MALAYSIAJabatan ...
31/08/2023

31.08.2023 - Salam Kemerdekaan dari kami warga KRT Taman Seri Mahkota Kulim Kedah kepada seluruh rakyat MALAYSIA
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional





Malbatt Misi Bakara - Sempena cuti sekolah dan kehangatan sambutan Kemerdekaan Malaysia kali ke 66,  pihak KRT mengambil...
31/08/2023

Malbatt Misi Bakara - Sempena cuti sekolah dan kehangatan sambutan Kemerdekaan Malaysia kali ke 66, pihak KRT mengambil inisiatif untuk menbawa warga KRT menonton fïlem yang diadaptasikan dari kisah keberanian wira- wira negara semasa berkhidmat sebagai Pasukan Pengaman PBB di Somalia pada tahun 1993.
Seramai 120 ahli KRT telah menyertai program ini. Pihak KRT juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pn. Arisyawati binti Alauddin, Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Kulim Bandar Baharu yang sudi hadir bagi menyokong program ini.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional





30/08/2023

28.08.2023 | Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Mahkota Kulim Kedah menyahut seruan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan menganjurkan Program Hiking dan kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 66. Simbolik penyertaan 66 orang peserta dari Jiran Usia Emas, Jiran Muda, Jiran Wanita dan Tunas Jiran menyemarakkan lagi nilai patriotisme dikalangan segenap usia warga komuniti. Refleks dari program ini adalah untuk memberi gambaran bahawa kemegahan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Bukit Angin setelah menamatkan pendakian amat mengujakan. Mendapat kerjasama dari Apm Bandar Baharu dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah membuatkan program ini amat bermakna buat kami.






Address

Kulim

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Seri Mahkota, Kulim Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share