03/07/2022
๐๐ช๐ข๐ฅ๐ช๐ ๐๐ ๐๐๐๐ฉ ๐ฃ๐๐๐๐จ ๐ฉ๐๐ง๐๐๐ฃ๐ฉ๐ 2 ๐ข๐๐ฃ๐๐ฉ ๐จ๐๐ก๐๐ฅ๐๐จ ๐๐๐ง๐จ๐๐ก๐๐ฃ.
Selama: Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Demikian nasib yang menimpa Abdullah Ab Wahab, 41, dari Kampung Medan, di sini, apabila isterinya, Siti Fasha Said, 36, yang baru melahirkan anak keempat pada Mac lalu, lumpuh dan terpaksa bergantung pada mesin oksigen.
Lebih malang bagi keluarga ini apabila anak sulung, Nur Farisha Natasha, 15, terpaksa berhenti sekolah berikutan terpaksa menjaga adiknya, Nur Faradina Natasha yang kini berusia tiga bulan.
Menurut Abdullah, mereka sebelum ini tinggal di Kepala Batas namun terpaksa berpindah ke kampung berikutan keadaan isterinya yang perlu dijaga rapi.
"Sebelum ini saya berkerja sebagai pendawaian elektrik manakala isteri hanya membuat kuih muih untuk dihantar ke asrama sekolah.
"Selepas dua minit bersalin anak keempat, jantung isteri terhenti dan bergantung pada mesin oksigen sepenuhnya sehingga hari ini.
"Bukan sahaja tidak dapat melihat anak keempat malah anak juga tidak sempat merasa susu ibu dan kini hanya minum susu tepung," katanya ditemui media selepas menerima kunjungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Muallafah Qulubuhum.
Menurutnya, kini dia hanya berkerja kampung dan mengutip buah sawit relai dengan pendapatan tidak menentu.
"Adakala seminggu dua kali, sekali kutip dapat dalam RM50 ke RM70 dan setakat ini tiada sebarang bantuan diterima berikutan baru tiga bulan kami di sini.
"Kini tugas menjaga isteri semuanya dibuat kami sekeluarga termasuk anak sulung yang terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya," katanya.
Abdullah berkata isterinya mengalami pendarahan dalam paru-paru dan kepala serta mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh.
"Saya berterima kasih kepada Hospital Seberang Jaya kerana meminjamkan katil dan mesin oksigen sehingga isteri kembali sembuh.
"Isteri kini bergantung pada susu khas, lampin pakai buang serta mesin oksigen bagi meneruskan hayatnya selain perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Seberang Jaya," katanya.
Dalam pada itu Nur Farisha Natasha berkata dia sememangnya mahu meneruskan pembelajaran namun terpaksa berkorban untuk menjaga ibu dan adiknya.
Sementara itu Pengerusi Muallafah Qulubuhum, Syed Ali Syed Muhamad, berkata pihaknya memantau rapat dan menghulurkan bantuan berbentuk kewangan dan barangan keperluan kepada keluarga ini.
Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Abdullah di talian +60174851808.
แดดแดฌแดบแตแดฌ แดฐแดตแดฟแดต หขแดฑแดบแดฐแดตแดฟแดต แดฐแดฌแดพแดฌแต แดฎแดฌแดบแตแต แดฐแดตแดฟแดต แดฐแดฌแดบ แดทแดฑแดธแตแดฌแดฟแดณแดฌ.!|!
๐ฉบ แดฐแตโฟแต แดทแตหขโฑสฐแตแตแตโฟ.๐ฐแดฐแตโฟแต แดฑแตแตโฟแตแตโฑ.๐ แดฐแตโฟแต แดพแตโฟแตโฑแตโฑแตแตโฟ.
โแดฐแตโฟแต แดทแตหขแตหกแตแตแตแตแตโฟ. โฐแดฐแตโฟแต แดทแตแตแตแตโฑแตโฟ แดฐแดฌแดบ แดฎแดฌแดบแตแดฌแดท แดธแดฌแดณแดต.
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐. ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐.
DANA INFAQ MUSLIM ANTARABANGSA - DIMA
โ๐ป wasap.my/60142463036/MinatSertaiDIMA