28/09/2022
KHUTBAH TERAKHIR
NABI MUHAMMAD SAW
09 Zulhijjah 10 Hijrah ,
Lembah Uranah Gunung Arafah.
โWahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak Ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah Aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu p**a.
Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan DIA pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. ALLAH SWT telah mengharamkan riba. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan Agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk dibari makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang lain yang tidak kamu sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata Ku ini, โSembahlah ALLAH SWT, Dirikanlah Sembahyang lima (5) kali sehari, Berpuasalah dibulan Ramadhan, dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu, Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampuโ.
Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Takwa dan Beramal Soleh. Ingatlah bahawa kamu akan menghadap ALLAH SWT pada suatu hari untuk dipertanggung-jawabkan diatas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanKu.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasKu dan tidak akan lahir Agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataKu yang telah Ku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kamu dua (2) perkara; yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya itulah โAl-Quran dan SunnahKuโ.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapan Ku menyampaikan p**a kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya p**a kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata Ku dari mereka yang mendengar terus dariKu.
Saksikanlah YA ALLAH, bahawasanya telah Aku sampaikan RisalahMU kepada hamba-hambaMU. "
Riwayat : Al Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Lain-Lain.