Pertiga Kulim

Pertiga Kulim Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA)

Assalamualaikum dan selamat pagi, Alhamdulillah sekali lagi PERTIGA KULIM dijemput sebagai tetamu VIP dan membawa Nama P...
14/07/2026

Assalamualaikum dan selamat pagi,
Alhamdulillah sekali lagi PERTIGA KULIM dijemput sebagai tetamu VIP dan membawa Nama PERTIGA ke majlis PERWARIS MEGA GLOBAL GRAND BOP - Health Awareness Program.
Sebuah program perkongsian ilmu kesihatan.

Turut hadir Pengerusi PERTIGA KULIM "YM Ayahanda Izwan", Timbalan Pengerusi PERTIGA KULIM "YS Kekanda Asrul" dan Setiausaha PERTIGA KULIM "YS Kekanda Syafiq".



Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1448H๐Ÿ’š๐Ÿ’›โค๏ธ๐ŸคHijrah Menjadi Muslim SejahteraุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุฑูŽุถููŠูŽ ุง...
17/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1448H

๐Ÿ’š๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿค
Hijrah Menjadi Muslim Sejahtera

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ู ู…ูŽู†ู’ ุณูŽู„ูู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ููˆู†ูŽ ู…ูู†ู’ ู„ูุณูŽุงู†ูู‡ู ูˆูŽูŠูŽุฏูู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูู‡ูŽุงุฌูุฑู ู…ูŽู†ู’ ู‡ูŽุฌูŽุฑูŽ ู…ูŽุง ู†ูŽู‡ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู

Daripada Abdullah bin Amru bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang muslim yang sebenar ialah orang yang kaum Muslimin selamat daripada gangguan lidah dan tangannya. Dan seorang Muhajir (penghijrah) yang sebenar ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah " (HR Bukhari No: 9) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Muslim yang sempurna adalah seorang yang sentiasa sejahtera kepada orang Islam lain melalui penjagaan lidahnya dengan bercakap benar, menjauhi umpatan, fitnah, menyebarkan berita palsu, adu domba juga mengelakkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain.

2. Menurut Ibn Hajar, lidah disebut terlebih dahulu kerana kebanyakan dosa yang merosakkan hubungan sesama manusia bermula daripada percakapan. Pada zaman moden, termasuk dalam makna "lidah" ialah tulisan di media sosial, komen di internet, mesej dan hantaran digital.

3. Muslim yang sempurna juga merupakan seorang yang sejahtera kepada orang lain melalui tangan atau perbuatannya seperti mengambil hak orang lain, menipu, menzalimi, merosakkan harta orang, menyalahguna kuasa, penindasan hak, mencuri dan sebagainya.

4. Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna akan mendorong pemiliknya untuk melaksanakan hak-hak iman. Di antara hak-hak iman adalah: Menjaga amanah, jujur dalam bermuamalah, dan menahan diri dari berbuat zalim terhadap sesama manusia dalam perkara darah dan harta mereka sehingga orang lain merasa aman (kerana merasa tidak terganggu) darah dan harta mereka.

5. Muhajir atau seorang yang berhijrah adalah mereka yang berpindah dari perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik. Berpindah dari perbuatan dosa dan maksiat kepada yang baik dan mendatangkan pahala, daripada kelalaian kepada ketaatan.

6. Hijrah dengan meninggalkan segala bentuk larangan Allah, meninggalkan sifat mazmumah seperti hasad, takabur, riak adalah dituntut ke atas setiap Muslim. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.

7. Dalam era media sosial, ramai orang tidak memukul dengan tangan, tetapi menyakiti manusia melalui hantaran di media sosial, komen yang menghina, penyebaran berita palsu juga fitnah dan tohmahan. Oleh itu, seorang Muslim perlu bertanya kepada dirinya: โ€œAdakah orang lain merasa selamat daripada lidah, tulisan dan tindakanku?โ€

8. Hadis ini mengajar kita bahawa seorang Muslim yang sebenar ialah yang menjaga akhlak terhadap sesama manusia dan berusaha menjauhi segala bentuk dosa. Ia menekankan pentingnya menjadi insan yang membawa keamanan dan kebaikan dalam masyarakat serta berhijrah sikap dan amal dengan meninggalkan larangan Allah.

9. Marilah kita melakukan pengorbanan untuk perubahan yang lebih cemerlang. Ayuhlah berhijrah dari maksiat kepada ketaatan, dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih cemerlang dan gemilang serta diredhai Allah.

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1448. Madani Dihayati, Ummah Diberkati

๐Ÿ’š๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿค
๐™‹๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ž๐™œ๐™– ๐™†๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™‹๐™ช๐™ฃ๐™ฎ๐™–



โ˜‘๏ธ โ€ข ๐—Ÿ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ โ€ข ๐—™๐—ผ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„ โ€ข ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ

KULI,M, 08 March- Program Infaq Ramadan PERTIGA KULIMSumbangan kepada asnaf di KEDA BAGAN SENA LABU BESAR yang dikelolak...
08/03/2026

KULI,M, 08 March- Program Infaq Ramadan PERTIGA KULIM

Sumbangan kepada asnaf di KEDA BAGAN SENA LABU BESAR yang dikelolakan oleh YM AYAHANDA IZWAN dan Jemaah Pertiga Kulim

Syabas kepada semua yang terlibat

Di sediakan oleh:
YS KEKANDA NAZIRUL
Biro Media Pertiga Kulim

๐Ÿ’š๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿค



โ˜‘๏ธ โ€ข ๐—Ÿ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ โ€ข ๐—™๐—ผ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„ โ€ข ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ โ€ข ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—š๐—”

Salam Nuzul Quran
07/03/2026

Salam Nuzul Quran

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

๐Ÿ’š๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿค

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ู ูˆูŽุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ูŠูŽุดู’ููŽุนูŽุงู†ู ู„ูู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ู ุฃูŽูŠู’ ุฑูŽุจู‘ู ู…ูŽู†ูŽุนู’ุชูู‡ู ุงู„ุทู‘ูŽุนูŽุงู…ูŽ ูˆูŽุงู„ุดู‘ูŽู‡ูŽูˆูŽุงุชู ุจูุงู„ู†ู‘ูŽู‡ูŽุงุฑู ููŽุดูŽูู‘ูุนู’ู†ููŠ ูููŠู‡ู ูˆูŽูŠูŽู‚ููˆู„ู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ู…ูŽู†ูŽุนู’ุชูู‡ู ุงู„ู†ู‘ูŽูˆู’ู…ูŽ ุจูุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ููŽุดูŽูู‘ูุนู’ู†ููŠ ูููŠู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽูŠูุดูŽูู‘ูŽุนูŽุงู†ู

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya dari makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepadanya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya dari tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (HR Ahmad No: 6338) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Puasa dan Al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.

2. Orang yang berpuasa semasa di dunia, Puasa akan menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya.

3. Orang yang menyibukkan diri dengan Al-Quran (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), Al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.

4. Ambilah kesempatan melaksanakan ibadat puasa dengan iman dan ikhlas serta membaca Al-Quran sebanyaknya.

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyebutkan:

ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ููŠ ุฃูŽุจููˆ ุฃูู…ูŽุงู…ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุจูŽุงู‡ูู„ููŠู‘ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุฅูู‚ู’ุฑูŽุกููˆุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽุฃู’ุชููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุดูŽูููŠุนู‹ุง ู„ูุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู‡ู

โ€œBacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinyaโ€ (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih

5. Sempena mengingati peristiwa Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan ini, marilah kita berusaha menyemarakkan budaya al-Quran seperti yang dilaksanakan di Negeri Johor.

6. Rebut peluang bertadarus sepanjang Ramadan berbaki ini dan membanyakkan membaca al-Quran.

Berusahalah menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan hidup.

๐Ÿ’š๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿค

๐™‹๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ž๐™œ๐™– ๐™†๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™‹๐™ช๐™ฃ๐™ฎ๐™–




โ˜‘๏ธ โ€ข ๐—Ÿ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ โ€ข ๐—™๐—ผ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„ โ€ข ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ

04/03/2026

Assalamualaikum
Salam 14 RAMADHAN dari PERTIGA KULIM
InsyaAllah pada 8/3/2026 PERTIGA KULIM akan mengadakan 1 program sumbangan BERAS kepada ASNAF bertempat di KEDA BAGAN SENA, LABU BESAR KULIM ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Kepada yang berkelampangan nak turut serta atau ada niat untuk memberi sumbangan BERAS boleh follow kami pada hari tersebut.
Boleh DM untuk dapatkan information
InsyaAllah


20/02/2026

Assalamualaikum dan Salam Jumaat

๐Ÿ’š๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿค

Menjaga Perbuatan dalam Berpuasa

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri daripada perbuatan yang boleh mengurangkan atau membatalkan pahala puasa. Rasulullah SAW bersabda:

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ:
ยซู…ูŽู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฏูŽุนู’ ู‚ูŽูˆู’ู„ูŽ ุงู„ุฒู‘ููˆุฑู ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ูŽ ุจูู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ุฌูŽู‡ู’ู„ูŽุŒ ููŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุญูŽุงุฌูŽุฉูŒ ูููŠ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฏูŽุนูŽ ุทูŽุนูŽุงู…ูŽู‡ู ูˆูŽุดูŽุฑูŽุงุจูŽู‡ูยป
(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya: โ€œBarang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan keji serta kejahilan, maka Allah tidak berhajat kepada usahanya meninggalkan makan dan minumnya.โ€

Hadis ini menunjukkan bahawa puasa bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menjaga lisan, perbuatan, dan akhlak.

Perkara yang Perlu Dijaga Semasa Berpuasa

1. Menjaga Lisan
โ€ข Elakkan berbohong, mengumpat, memfitnah, dan bercakap perkara yang sia-sia.
โ€ข Nabi SAW bersabda:
โ€œPuasa adalah perisai, maka janganlah seseorang berkata keji dan janganlah bertengkar. Jika ada yang mencacinya, katakanlah: โ€˜Sesungguhnya aku sedang berpuasa.โ€™โ€ (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
โ€ข Ini menunjukkan kepentingan menjaga pertuturan ketika berpuasa.

2. Menjaga Pandangan
โ€ข Jauhi daripada melihat perkara yang haram atau yang boleh mengundang nafsu.
โ€ข Firman Allah SWT:
ู‚ูู„ ู„ู‘ูู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽ ูŠูŽุบูุถู‘ููˆุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽุจู’ุตูŽุงุฑูู‡ูู…ู’ ูˆูŽูŠูŽุญู’ููŽุธููˆุง ููุฑููˆุฌูŽู‡ูู…ู’
โ€œKatakanlah kepada orang-orang beriman, tundukkan pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka.โ€ (Surah An-Nur: 30)
โ€ข Ramadan adalah masa terbaik untuk melatih diri menjaga pandangan dan menundukkan nafsu.

3. Menjaga Perbuatan
โ€ข Elakkan daripada melakukan maksiat seperti menipu, mencuri masa bekerja, atau melakukan perkara yang boleh menyakiti orang lain.
โ€ข Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:
โ€œBetapa ramai orang yang berpuasa, tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga.โ€ (Riwayat Ahmad)
โ€ข Ini bermakna, jika seseorang berpuasa tetapi masih melakukan dosa, puasanya tidak memberi manfaat kepadanya.

4. Menjaga Hati
โ€ข Hindari perasaan hasad, iri hati, marah, dan dendam.
โ€ข Ramadan adalah masa untuk menyucikan hati dengan berzikir, membaca Al-Quran, dan memaafkan kesalahan orang lain.

5. Menjaga Hubungan Sesama Manusia
โ€ข Ramadan juga mendidik kita untuk menjaga hubungan dengan orang lain melalui akhlak yang baik.
โ€ข Perbanyakkan sedekah, membantu orang lain, dan berusaha menyebarkan kebaikan.

Puasa yang sempurna bukan hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi juga menjaga lisan, pandangan, perbuatan, dan hati daripada perkara yang sia-sia dan dosa. Marilah kita jadikan Ramadan sebagai bulan latihan untuk memperbaiki diri agar kita menjadi hamba yang lebih bertakwa kepada Allah SWT.

Semoga Allah menerima amalan kita dan menjadikan Ramadan ini lebih bermakna dalam kehidupan kita. Aamin.

Kredit - kapsul_tazkirah

๐Ÿ’š๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿค

๐™‹๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ž๐™œ๐™– ๐™†๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™‹๐™ช๐™ฃ๐™ฎ๐™–





โ˜‘๏ธ โ€ข ๐—Ÿ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ โ€ข ๐—™๐—ผ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„ โ€ข ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ

18/02/2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, Pertiga Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H kepada semua umat Islam khususnya kepada ahli-ahli Pertiga walau di mana mereka berada.

Ramadan hadir sebagai bulan rahmat, keampunan dan peluang untuk kita memperbaiki diri. Inilah masa terbaik untuk memperbanyakkan amal ibadah, mengukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai ihsan dalam setiap tanggungjawab yang dipikul.

Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan jiwa serta keberkatan kepada kita semua.

Ramadan Kareem. Semoga setiap amal diterima dan setiap doa dimakbulkan.

Ikhlas daripada:
Dato' Sri Sabaruddin Ahmad
Presiden Pertiga Malaysia

๐Ÿ’š๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿค

๐™‹๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ž๐™œ๐™– ๐™†๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™‹๐™ช๐™ฃ๐™ฎ๐™–





โ˜‘๏ธ โ€ข ๐—Ÿ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ โ€ข ๐—™๐—ผ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„ โ€ข ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ

16/02/2026

Pada kesempatan ini, Pertiga Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026 kepada semua yang meraikannya. Semoga tahun yang baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, kemakmuran dan kejayaan berterusan buat anda dan keluarga.

๐Ÿ’š๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿค

๐™‹๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ž๐™œ๐™– ๐™†๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™‹๐™ช๐™ฃ๐™ฎ๐™–





โ˜‘๏ธ โ€ข ๐—Ÿ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ โ€ข ๐—™๐—ผ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„ โ€ข ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ

KULIM, 14 FEBRUARY 2026 - Program Sumbangan Kurma Pertiga KulimPertiga Kulim telah menyumbang kurma ke beberapa buah mas...
14/02/2026

KULIM, 14 FEBRUARY 2026 - Program Sumbangan Kurma Pertiga Kulim

Pertiga Kulim telah menyumbang kurma ke beberapa buah masjid sekitar Kulim KEDAH.

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Semoga program seperti ini akan terus diadakan setiap tahun.

๐Ÿ’š๐Ÿ’›โค๏ธ๐Ÿค





โ˜‘๏ธ โ€ข ๐—Ÿ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ โ€ข ๐—™๐—ผ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„ โ€ข ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ โ€ข ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—š๐—”

Address

66, Lorong Kota Kenari 1/1, Kota Kenari
Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertiga Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share