Persatuan Belia MBFM Felda Inas Utara

Persatuan Belia MBFM Felda Inas Utara Persatuan Belia MBFM Felda Inas Utara ialah platform anak muda FELDA yang aktif dalam pembangunan kepimpinan, sukan, kebajikan dan keusahawanan.

Bernaung di bawah Majlis Belia FELDA Malaysia. Berilmu, Berbudaya, Berketerampilan.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Keb...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT dalam memayungi negara tercinta.

Sembah takzim daripada
Pengerusi dan Jawatankuasa
Persatuan Belia (MBFM) Felda Inas Utara.

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™Aidiladha bukan sekadar tentang korban, tetapi tentang keikhlasan, pengorbanan da...
27/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™

Aidiladha bukan sekadar tentang korban, tetapi tentang keikhlasan, pengorbanan dan kebersamaan dalam membantu sesama insan.

Semoga Hari Raya Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan kita semua

Buat yang pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya.
Buat yang melaksanakan ibadah korban, semoga segala urusan dipermudahkan dan diterima Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh barisan jawatankuasa dan kepimpinan MBFM Felda Inas Utara

🏸πŸ”₯ PERTANDINGAN BADMINTON SUKAN BANGSA JOHOR DUN N50 BUKIT PERMAI KEMBALI!Warga DUN Bukit Permai yang minat badminton, i...
15/05/2026

🏸πŸ”₯ PERTANDINGAN BADMINTON SUKAN BANGSA JOHOR DUN N50 BUKIT PERMAI KEMBALI!

Warga DUN Bukit Permai yang minat badminton, ini peluang korang untuk turun beraksi dan memeriahkan pertandingan badminton peringkat DUN yang akan berlangsung di Dewan Semai Bakti Felda Inas.

Pertandingan akan melibatkan kategori:
🏸 Beregu Lelaki
🏸 Beregu Campuran

πŸ“ Dewan Semai Bakti Felda Inas
πŸ“… 6 & 7 Jun 2026

πŸ’° Hadiah Menarik Menanti:
πŸ₯‡ Johan – RM400 + Medal
πŸ₯ˆ Naib Johan – RM350 + Medal
πŸ₯‰ Ketiga – RM200 + Medal
πŸ… Keempat – RM150 + Medal
πŸŽ–οΈ Saguhati tempat 5 hingga 8 – RM50

πŸ“Œ Penyertaan adalah TERHAD kepada warga DUN N50 Bukit Permai sahaja.
πŸ“Œ Tarikh tutup penyertaan: 5 Jun 2026

Jom sama-sama meriahkan semangat kesukanan dan ukhuwah komuniti melalui Sukan Bangsa Johor πŸ’ͺπŸ”₯

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
Amri – 01136618313
Azwan – 0143776250

09/05/2026
Semalam, delegasi MBFM Felda Inas Utara telah menghadiri Program Santuni Pertubuhan Belia Sejati MADANI X Belia yang dia...
06/04/2026

Semalam, delegasi MBFM Felda Inas Utara telah menghadiri Program Santuni Pertubuhan Belia Sejati MADANI X Belia yang diadakan di Auditorium Majlis Perbandaran Iskandar Puteri.

Program ini merupakan antara prasyarat penting dalam proses permohonan Geran Sejati MADANI bagi pertubuhan belia.

Alhamdulillah, delegasi MBFM Felda Inas Utara telah berjaya mengikuti kursus sepanjang hari dan seterusnya menerima sijil penyertaan.

Penyertaan ini merupakan satu langkah awal ke arah melengkapkan proses permohonan geran bagi memperkasa lagi gerak kerja dan aktiviti belia di Felda Inas Utara.

Semoga segala usaha ini dipermudahkan dan memberi manfaat kepada komuniti setempat 🀝

Semalam kami dari belia Felda Inas berkesempatan hadir ke program Ngeteh bersama YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor.Bany...
04/04/2026

Semalam kami dari belia Felda Inas berkesempatan hadir ke program Ngeteh bersama YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor.

Banyak juga perkongsian dan input yang kami dapat daripada isu semasa sampai kepada peranan belia dalam komuniti. Santai-santai sembang, tapi banyak benda boleh ambil sebagai panduan.

Dalam masa yang sama, dapat juga jumpa kawan-kawan belia dari seluruh daerah Kulai. Lama tak jumpa, dapat borak, tukar idea,memang best.

Aktiviti macam ni memang kita hargai. Bukan sekadar jumpa pemimpin, tapi ruang untuk kita belajar, connect dan ambil semangat untuk gerakkan belia di tempat kita sendiri.

InsyaAllah, apa yang kami dapat semalam, kita akan bawa balik dan cuba buat sesuatu yang lebih baik untuk komuniti

πŸ”₯ INAS LADIES BADMINTON LEAGUE πŸ”₯Girls, ini masa korang shine πŸ’ͺ✨Kalau rasa ada skill, atau sekadar nak turun peluh dan en...
02/04/2026

πŸ”₯ INAS LADIES BADMINTON LEAGUE πŸ”₯

Girls, ini masa korang shine πŸ’ͺ✨

Kalau rasa ada skill, atau sekadar nak turun peluh dan enjoy game jom join Open Doubles Tournament ni!

πŸ’° Yuran pun murah β€” RM10 je
πŸ† Hadiah pun menarik
πŸ”₯ Game confirm sengit!

Tak kisah beginner atau dah pro, yang penting berani turun gelanggang!

πŸ“… 18 April 2026
πŸ“ Dewan Semai Bakti Felda Inas

Cepat daftar sebelum slot penuh!

Ajak partner korang dan kita jumpa di court πŸ”₯

Raya dah habis… rendang, ketupat, lemang pun dah masuk semua πŸ˜…Sekarang masa untuk bakar balik lemak-lemak tu πŸ”₯Jadi kita ...
30/03/2026

Raya dah habis… rendang, ketupat, lemang pun dah masuk semua πŸ˜…

Sekarang masa untuk bakar balik lemak-lemak tu πŸ”₯

Jadi kita bawakan INAS FUTSAL BATTLE πŸ’ͺ
Platform untuk korang turun gelanggang, keluarkan skill dan peluh sama-sama!

Tak kira korang power atau sekadar nak sweat sikit lepas raya semua boleh join.

πŸ”₯ Yuran pun rahmah
πŸ”₯ Hadiah pun menarik
πŸ”₯ Game confirm panas

Kita cabar korang, berani turun ke tidak? πŸ‘€

Jangan banyak fikir, kumpul team dan daftar sekarang!

Selamat Hari Raya Aidilfitri Akhirnya Syawal tiba,setelah sebulan kita menahan diri, kini masa untuk kita raikan kemenan...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Akhirnya Syawal tiba,
setelah sebulan kita menahan diri, kini masa untuk kita raikan kemenangan bersama insan tersayang.

Di pagi raya, kita kembali kepada keluarga, kepada kampung, kepada kenangan.

Ampunkan salah silap, eratkan semula hubungan, dan hargai setiap momen yang ada.

Daripada kami,
MBFM Felda Inas Utara

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin 🀝

Address

Wisma Belia Felda Inas, Jalan Keranji, Felda Inas
Kulai
81000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Belia MBFM Felda Inas Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share