23/03/2025
MYSaveFood Indahpura 2025 - Hari Ketiga
Semalam, 22 Mac 2025, Pemuda GEMA Johor telah berjaya melaksanakan operasi MYSaveFood (MSF) bagi hari ketiga.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, yang melawat reruai kami untuk memberikan sokongan serta membakar semangat kepada kami agar terus menjalankan program MSF.
Jumlah makanan dan minuman yang berjaya diselamatkan semalam adalah sebanyak 71.4 kg, lebih rendah berbanding hari-hari sebelumnya. Antara faktor yang mempengaruhi jumlah ini termasuk perancangan jualan peniaga yang semakin tepat, keadaan cuaca yang baik, serta kehadiran pengunjung yang lebih ramai pada hari Sabtu.
Terima kasih kepada semua pihak yang hadir, khususnya AJK Pemuda GEMA Johor, IKRAM Muda Kulai & Senai, wakil SWCorp Johor, serta para sukarelawan yang hadir secara individu mahupun bersama keluarga.
Hari ini merupakan hari terakhir operasi MSF di Bazar Temenggong, Indahpura. Jom sertai kami!
Daftar MSF Indahpura:
https://bit.ly/MYSAVEFOODGEMAJOHOR
"Menjana Perubahan Positif"
Pemuda GEMA Johor
Empower | Respect | Awesome