Yayasan Sejahtera Kulai

Yayasan Sejahtera Kulai Sebuah Organisasi Bukan Kerajaan Diillhamkan YAB Menteri Besar Johor Bagi Mewakili Kerajaan Negeri J

Alhamdulillah moga ada rezeki warga Bukit Permai dan Daerah Kulai Khususnya.Mohd Jafni Md Shukor
07/03/2026

Alhamdulillah moga ada rezeki warga Bukit Permai dan Daerah Kulai Khususnya.

Mohd Jafni Md Shukor

🎓 BANTUAN ONE OFF INSENTIF MAHASISWA ANAK JOHOR

Berita baik buat semua Mahasiswa Anak Johor! 📢

Kerajaan Negeri Johor menyediakan Bantuan One Off sebanyak RM200 kepada mahasiswa yang layak bagi membantu meringankan beban pelajar yang sedang melanjutkan pengajian.

✨ Tanpa syarat pendapatan keluarga
✨ Terbuka kepada semua semester pengajian

📅 Tempoh Permohonan:
6 Mac hingga 14 Mac 2026

📚 Terbuka kepada pelajar:
• Sijil
• Asasi
• Matrikulasi
• Diploma
• Ijazah Sarjana Muda

🏫 Melibatkan pelajar di:
• IPTA
• IPTS di bawah Kerajaan Negeri Johor
• IPTS bertaraf Universiti (diiktiraf MQA)
• Kolej Matrikulasi

📍 Syarat Kelayakan:
✔ Dilahirkan di Johor dan mempunyai alamat tetap di Johor (MyKad)
ATAU
✔ Dilahirkan di luar Johor tetapi mempunyai alamat tetap di Johor

📲 Mohon sekarang di pautan berikut: https://bantuan-ypj.com/mohon_imaj.php

Ayuh! Permohonan dibuka sehingga 14 Mac 2026 sahaja!

Jabatan Penerangan Negeri Johor
MEDIA DIGITAL JOHOR
Johorfm
BEST FM Malaysia

MAJLIS PENYERAHAN GERAN BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM & SWASTA ANJURAN YAYASAN SEJAHTERA KULAI  BAGI TAHUN ...
14/09/2025

MAJLIS PENYERAHAN GERAN BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM & SWASTA ANJURAN YAYASAN SEJAHTERA KULAI BAGI TAHUN 2025

Ahad, 14 September 2025
Dewanraya Putra, Bandar Putra Kulai

Hari ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Geran Bantuan ke IPT bagi pelajar yang tinggal di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran kulai untuk melanjutkan pelajaran ke Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Bagi tahun 2025, penyerahan geran bantuan berjumlah RM 110,200.00 telah diperuntukan kepada 200 Orang pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi. Penerima terdiri daripada 66 penerima Asasi/Sijil, 117 penerima Diploma dan 17 penerima Ijazah. Sumbangan geran ini dikhusukan untuk membantu pelajar yang terdiri daripada golongan keluarga B40. Geran bantuan ini bagi meringankan kos pengajian yang ditanggung oleh pelajar dan ibu bapa.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Jafni Md Shukor , Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor merangkap Pengerusi Yayasan Sejahtera Kulai. Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai,Tuan Hafiz Bin Aliman, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulai, iaitu Tuan Haji Azmee Bin Awang, Ketua WHIP Majlis Perbandaran Kulai, En Fadil Bin Misnan, En Hazman Bin Misran , Penghulu Mukim Senai, & Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai.

Pendidikan adalah kunci kepada perubahan. Ia adalah jambatan kepada masa depan yang lebih cerah dan merupakan pelaburan paling bernilai bagi sesebuah negeri dan negara. Justeru, usaha untuk memastikan anak-anak kita mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti, tanpa mengira latar belakang ekonomi, adalah tanggungjawab bersama.

Kerajaan Negeri Johor, di bawah pimpinan YAB Dato Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, sentiasa memberikan keutamaan terhadap agenda pendidikan. Antara fokus utama kerajaan negeri ialah memastikan tiada anak Johor yang tercicir daripada arus pendidikan semata-mata kerana kekangan kewangan.
Hasrat ini diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif dan program bantuan pendidikan – termasuklah program seperti yang dilaksanakan oleh Yayasan Sejahtera Kulai pada hari ini.

Semoga semua pelajar yang menerima bantuan ini terus berusaha dan berjaya dalam bidang yang diceburi.




MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SUBSIDI CERMIN MATA ANJURAN YAYASAN SEJAHTERA KULAI18 Julai 2025(Jumaat)Dewan raya Kulai.Alh...
18/07/2025

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SUBSIDI CERMIN MATA ANJURAN YAYASAN SEJAHTERA KULAI

18 Julai 2025(Jumaat)
Dewan raya Kulai.

Alhamdulillah, satu lagi inisiatif kebajikan telah berjaya dilaksanakan oleh Yayasan Sejahtera Kulai melalui Majlis Penyerahan Sumbangan Subsidi Cermin Mata yang berlangsung sebentar tadi.Majlis ini merupakan satu usaha berterusan Yayasan dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam aspek penjagaan kesihatan penglihatan.

Seramai 117 orang penerima telah menerima manfaat daripada program ini, melibatkan jumlah keseluruhan subsidi sebanyak RM16,994.00. Sumbangan ini bertujuan untuk membantu penerima mendapatkan cermin mata yang sesuai dan berkualiti bagi meningkatkan kualiti hidup mereka, terutamanya dalam urusan harian dan pembelajaran.

Lebih istimewa, setiap penerima turut menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM50.00 seorang, disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Yayasan Sejahtera Kulai. Yang Berhormat juga turut merasmikan program.

Kerajaan Negeri Johor dibawah kepimpinan YAB Dato Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor sentiasa komited dalam membantu rakyat yang memerlukan.

Program seumpama ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Sejahtera Kulai untuk terus mendekati masyarakat melalui pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan inisiatif kesejahteraan sosial.

Dengan usaha kecil yang berterusan mampu membawa impak besar dalam membina komuniti yang lebih sihat, sejahtera dan prihatin.



21/05/2025
15/05/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada yang telah mengisi borang Google form bantuan Subsidi Cermin Mata Yayasan Sejahtera Kulai.

Mohon untuk hubungi / Whatsapp 019 6771957 dengan kadar segera bagi proses dokumen sokongan.

Sekian Terima Kasih


Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Hari Raya Aidilfitri22 Mac 2025Sabtu Dewan Bandar Putra Alhamdulillah, YB Dato' Hj M...
22/03/2025

Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Hari Raya Aidilfitri

22 Mac 2025
Sabtu
Dewan Bandar Putra

Alhamdulillah, YB Dato' Hj Mohd Jafni Md Shukor , Pengerusi Yayasan Sejahtera Kulai telah merasmikan Penyerahan Sumbangan Sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Sejahtera dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat DUN Bukit Permai.

Sebanyak RM120,000.00 diperuntukkan bagi membantu 600 penerima yang layak, di mana setiap penerima menerima:
✅ Wang tunai RM150.00
✅ Bakul Makanan Yayasan Sejahtera Kulai

Selaras dengan hasrat, YAB Menteri Besar Johor , Dato Onn Hafiz Ghazi , Kerajaan Negeri Johor komited dalam memastikan Bangsa Johor turut merasa kemeriahan sambutan Aidilfitri tanpa ada rasa kekurangan dalam urusan persediaan menyambut Bulan Syawal tidak lama lagi.

Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban setiap ahli keluarga dalam persiapan menyambut perayaan.

Moga segala amalan baik kita di bulan Ramadhan, diterima serta diberkati Allah S.W.T.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin





SERAHAN SUMBANGAN GERAN BANTUAN IPT (TAMBAHAN) YAYASAN SEJAHTERA KULAI27 Februari 2025(Khamis)6.00 PetangPejabat Yayasan...
28/02/2025

SERAHAN SUMBANGAN GERAN BANTUAN IPT (TAMBAHAN) YAYASAN SEJAHTERA KULAI

27 Februari 2025(Khamis)
6.00 Petang
Pejabat Yayasan Sejahtera Kulai

Alhamdulillah, Yang Berhormat Dato Haji Mohd Jafni Md Shukor , Pengerusi Yayasan Sejahtera Kulai, telah menyampaikan Sumbangan Geran Bantuan IPT ( TAMBAHAN ) Yayasan Sejahtera KULAI kepada pelajar IPT yang tinggal didalam Daerah Kulai.

Yayasan Sejahtera Kulai telah memperuntukkan sebanyak RM 31,300.00 yang memberi manfaat kepada 43 Orang Penerima. Mereka ini merupakan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan berjaya melanjutkan Pelajaran ke peringkat IPT.

Selari dengan Kepimpinan YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi , Menteri Besar Johor, Kerajaan Negeri Johor sentiasa memberi keutamaan dalam sektor Pendidikan terutama untuk anak Bangsa Johor.

Semoga dengan Sumbangan ini membantu meringankan sedikit beban ibu bapa dalam mempersiapkan anak ini ke peringkat IPT.

Kepada anak cemerlang ini, teruskan kecemerlangan, jangan berputus asa, sentiasa kuat dan tabah menghadapi rintangan. Anda ini merupakan waris kepimpinan masa hadapan. Belajar dan semailah bakti setelah itu kepada masyarakat. Semoga semua menjadi insan berguna suatu hari nanti, Tahniah Kepada Semua.

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
ALLAH BERKATI JOHOR




MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN "BACK TO SCHOOL" ANJURAN YAYASAN SEJAHTERA KULAI2 Februari 2025 (Ahad)Hari ini, satu majlis...
02/02/2025

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN "BACK TO SCHOOL" ANJURAN YAYASAN SEJAHTERA KULAI

2 Februari 2025 (Ahad)

Hari ini, satu majlis penuh bermakna telah berlangsung apabila YB Dato' Haji Mohd Jafni Md Shukor merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan "Back to School" anjuran Yayasan Sejahtera Kulai.

Majlis ini diadakan dalam dua sesi, di mana sesi pertama melibatkan 450 orang pelajar, manakala sesi kedua p**a menyaksikan 500 orang pelajar sebagai pemerima, menjadikan jumlah keseluruhan penerima 950 orang.

Demi memastikan setiap pelajar mendapat manfaat, sebanyak RM142,500.00 telah diperuntukkan. Setiap penerima menerima beg sekolah, kotak pensil, dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai persiapan menghadapi sesi persekolahan baharu.

Namun, program ini bukan sekadar menyampaikan bantuan semata-mata. Ia adalah lambang keprihatinan, kasih sayang, dan semangat kebersamaan dalam komuniti kita.

Pendidikan merupakan kunci kejayaan masa depan, dan kita mahu memastikan setiap anak mendapat peluang yang sama untuk belajar dengan penuh keselesaan dan semangat.

Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa serta memberikan motivasi kepada anak-anak agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Kerajaan Negeri Johor, di bawah pimpinan YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi Hafiz , Menteri Besar Johor, sentiasa komited dalam memastikan rakyat Johor, khususnya Bangsa Johor, tidak ketinggalan dalam menerima bantuan yang sewajarnya.

Buat adik-adik yang menerima sumbangan hari ini, anggaplah ia sebagai satu dorongan dan semangat baharu untuk lebih gigih dalam menuntut ilmu. Gunakan peluang ini sebaiknya, hormati guru, patuhi ibu bapa, dan jadilah pelajar yang berdisiplin serta bertanggungjawab.

Program ini disambut meriah pabila menerima kunjungan seramai lebih 2500 orang termasuk penerima, Ibu & ayah serta peneman bagi penerima.

Semoga majlis ini membawa keberkatan dan manfaat kepada semua!

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran YB Dato Mohd Jafni Md Shukor Pengerusi  Yayasan Sejahtera Kulai Semoga Allah perm...
28/01/2025

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran YB Dato Mohd Jafni Md Shukor Pengerusi Yayasan Sejahtera Kulai Semoga Allah permudahkan segala urusan YB Dato.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2025 ANJURAN YAYASAN SEJAHTERA KULAI19 Januari 2025(Ahad)De...
20/01/2025

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2025 ANJURAN YAYASAN SEJAHTERA KULAI

19 Januari 2025(Ahad)
Dewanraya Putra, Bandar Putra

Semalam telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun 2025 Anjuran Yayasan Sejahtera Kulai.

YB Dato' Haji Mohd Jafni Md Shukor Pengerusi Yayasan Sejahtera Kulai, telah merasmikan program sekali gus menyampaikan sumbangan kepada simbolik 50 orang penerima diatas pentas.

Melalui Program ini telah diperuntukkan sebanyak RM 60,000.00 ,dan seramai 300 orang menerima manafaat tersebut. penerima Sumbangan Membawa Pulang Wang Tunai,Air Kotak 1 Katon, limau 1 kotak dan Baucer Bernilai RM 75.00 seorang, Baucer Beli Belah tersebut telah disumbangkan Oleh Commune Mall. Terima Kasih Kepada Commune Mall kerana turut serta menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Rasa tanggungjawab sosial ini membuktikan bahawa Kerajaan Dibawah Tadbir Urus YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi , Menteri Besar Johor Komited dalam membela Nasib Rakyat terutama Bangsa Johor, inisiatif ini bukan sahaja memberikan bantuan material tetapi juga menjadi simbol solidariti dan keprihatinan kepada golongan yang memerlukan.

Moga dengan sumbangan yang disampaikan dapat mengurangkan beban mereka dalam persiapan menyambut perayaan Tahun Baru cina.Tahun ini kita akan sambut dengan meriah dan satu hati. GONG XI FA CAI.

Turut Hadir Bersama, En Mohd Fadil Misnan
Ketua WHIP MPKu, En Mohd Halim Ridhauddin, Wakil YDP MPKu, En Hairol Anuar,Ketua Kampung Pertanian, En Chen Fan Chong, Ketua Masyarakat Cina Kulai, Miss Xyan Tan Wakil Commune Mall, serta barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai, Para Jemputan dan Penerima Sumbangan.

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
ALLAH BERKATI JOHOR




Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai Bil 2/2024 & Pembentangan belanjawan Tahun 2025.
30/12/2024

Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai Bil 2/2024 & Pembentangan belanjawan Tahun 2025.

Address

5038 A, Jalan Kenari 1
Kulai
81000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6076605348

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Sejahtera Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share