Pemuda PAS Kulai

Pemuda PAS Kulai

ANUGERAH KHAS SAMBUTAN HARI GURU 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para pendidik yang te...
17/06/2026

ANUGERAH KHAS SAMBUTAN HARI GURU 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para pendidik yang telah mencurahkan bakti, ilmu dan pengorbanan dalam membangunkan generasi serta memperkukuhkan perjuangan pendidikan Islam.

Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal soleh yang berterusan dan dikurniakan keberkatan serta ganjaran terbaik di sisi Allah SWT.

"Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah"

🌹 HARI GURU SEKTOR PENDIDIKAN DPPK KULAI (PART 3)🌹Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan DPPK Kulai 2026 te...
17/06/2026

🌹 HARI GURU SEKTOR PENDIDIKAN DPPK KULAI (PART 3)🌹

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan DPPK Kulai 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya pada 17 Jun 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik SRITI Al-Hikmah, PASTI Al-Hikmah dan SMITI Al-Hikmah yang telah hadir serta menjayakan program ini.

Sesungguhnya para guru merupakan insan yang memainkan peranan besar dalam membentuk akhlak, menyemai ilmu dan membina generasi yang akan meneruskan perjuangan Islam pada masa hadapan.

Semoga segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan para guru dalam mendidik anak-anak ummah dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Mudah-mudahan program ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dan istiqamah dalam medan pendidikan.

"Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah"

Sekali lagi, selamat Hari Guru dan terima kasih atas segala jasa yang tidak ternilai.

🌹📚✨

🌹 HARI GURU SEKTOR PENDIDIKAN DPPK KULAI (PART 2)🌹Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan DPPK Kulai 2026 te...
17/06/2026

🌹 HARI GURU SEKTOR PENDIDIKAN DPPK KULAI (PART 2)🌹

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan DPPK Kulai 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya pada 17 Jun 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik SRITI Al-Hikmah, PASTI Al-Hikmah dan SMITI Al-Hikmah yang telah hadir serta menjayakan program ini.

Sesungguhnya para guru merupakan insan yang memainkan peranan besar dalam membentuk akhlak, menyemai ilmu dan membina generasi yang akan meneruskan perjuangan Islam pada masa hadapan.

Semoga segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan para guru dalam mendidik anak-anak ummah dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Mudah-mudahan program ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dan istiqamah dalam medan pendidikan.

"Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah"

Sekali lagi, selamat Hari Guru dan terima kasih atas segala jasa yang tidak ternilai.

🌹📚✨

🌹 HARI GURU SEKTOR PENDIDIKAN DPPK KULAI (PART 1)🌹Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan DPPK Kulai 2026 te...
17/06/2026

🌹 HARI GURU SEKTOR PENDIDIKAN DPPK KULAI (PART 1)🌹

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan DPPK Kulai 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya pada 17 Jun 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik SRITI Al-Hikmah, PASTI Al-Hikmah dan SMITI Al-Hikmah yang telah hadir serta menjayakan program ini.

Sesungguhnya para guru merupakan insan yang memainkan peranan besar dalam membentuk akhlak, menyemai ilmu dan membina generasi yang akan meneruskan perjuangan Islam pada masa hadapan.

Semoga segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan para guru dalam mendidik anak-anak ummah dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Mudah-mudahan program ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dan istiqamah dalam medan pendidikan.

"Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah"

Sekali lagi, selamat Hari Guru dan terima kasih atas segala jasa yang tidak ternilai.

🌹📚✨

🌹 SELAMAT HARI GURU 2026 🌹“Guru Haraki, Pemangkin Kekuatan Jemaah”Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih bu...
15/05/2026

🌹 SELAMAT HARI GURU 2026 🌹

“Guru Haraki, Pemangkin Kekuatan Jemaah”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga pendidik Sektor Pendidikan DPPK Kulai yang sentiasa istiqamah mencurah ilmu, membimbing dengan penuh kasih sayang serta mendidik anak-anak dengan akhlak dan tarbiah Islam.

Jasa dan pengorbanan kalian bukan sekadar membina generasi berilmu, bahkan melahirkan insan rabbani yang bakal memimpin ummah pada masa hadapan.

Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan, diberkati Allah SWT, serta terus diberikan kekuatan dan keikhlasan dalam mendidik.

"Guru adalah pelita kehidupan, membimbing jiwa, menyemai ilmu, membina generasi berakhlak mulia." ✨

Selamat Hari Guru buat seluruh guru dibawah Sektor Pendidikan DPPK Kulai

Terima kasih cikgu, jasa kalian sentiasa di hati. 💚

🌙 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DPPK KULAI KALI KE-7 🌙Ayuh bersama kita hadir memeriahkan program tahunan Dewan Pemuda PAS Kaw...
13/05/2026

🌙 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DPPK KULAI KALI KE-7 🌙

Ayuh bersama kita hadir memeriahkan program tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulai dalam suasana ukhuwwah, perjuangan dan semangat kepimpinan anak muda Islam. ✨

📅 Tarikh: 17 Mei 2026 (Ahad)
🕢 Masa: 7:30 malam (Selepas Maghrib)
📍 Tempat: Balai Islam Al-Hikmah, Kulai
🎙 Perasmi:
Ustaz Mohamad Zahrul bin Salleh
(Pengarah SMITI Johor)

Kehadiran seluruh saf pemuda dan para pendukung amat dialu-alukan bagi sama-sama memperkukuhkan gerak kerja serta meneruskan agenda perjuangan Islam di Kulai. 💚

"Terus Memimpin" ✊




✨ JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI ✨  Dengan penuh rasa kesyukuran, kami menjemput tuan/puan, muslimin dan muslimat ...
16/04/2026

✨ JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI ✨

Dengan penuh rasa kesyukuran, kami menjemput tuan/puan, muslimin dan muslimat sekalian untuk hadir memeriahkan:

🌙 Majlis Jamuan Aidilfitri PAS Kawasan Kulai
📅 Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
🕚 Masa: 11.00 pagi – 3.00 petang
📍 Tempat: Pejabat PAS Kulai, Bandar Putra

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran menyambut Aidilfitri serta mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat. Pelbagai juadah istimewa menanti anda semua.

🤝 Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat handai untuk memeriahkan suasana penuh keberkatan ini.

Kehadiran anda amat dialu-alukan!




ART: TRUMP YANG GILA KUASA, TERCIDUK1. Kita masih ingat, Malaysia dengan girangnya menerima kehadiran Trump sekitar Okto...
21/02/2026

ART: TRUMP YANG GILA KUASA, TERCIDUK

1. Kita masih ingat, Malaysia dengan girangnya menerima kehadiran Trump sekitar Oktober 2025. Malaysia dan Cambodia turut menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) dan dihadiahkan pen oleh Trump.

2. Ramai mengkritik bahawa ART Malaysia tidak selamat, sekalipun dibandingkan dengan ART Cambodia. Kerajaan tegar mempertahankannya.

3. Namun, selangkah demi selangkah Kerajaan berundur - mahu semak semula dan belum mahu ratifikasi. Menteri MITI yang baru menjawab dalam Parlimen bahawa Malaysia sedang melakukan analisis manfaat kos terhadap kesan ART. Dahulu tidak sempat buat.

4. Tariff yang dikenakan Trump tersebut p**a dicabar di Mahkamah AS.

TRUMP TIADA KUASA

5. Kenapa ia dicabar? Secara mudahnya, seorang Presiden, yang merupakan cabang eksekutif tidak boleh menentukan cukai atau tariff. Mengikut Perlembagaan AS, cukai dan tariff ditentukan oleh Kongres (Parlimen).

6. Namun kegilaan dan narsisisme Trump menjadikan beliau mahu “bulldoze” apa sahaja. Beliau menggunakan kuasa eksekutifnya bagi mengisytiharkan “darurat ekonomi” atas kononnya masalah ketidakseimbangan lebihan dagangan (AS perlu beli banyak barang daripada luar, sedangkan jual kurang).

7. Bila sudah diisytihar “darurat ekonomi”, maka Trump pun keluarkan arahan mengenakan tariff. Dihujahnya, ketika “darurat ekonomi” menurut International Emergency Economic Powers Act (IEEPA) dia ada kuasa kenakan Tariff.

8. Tentunya ramai ahli Kongres membantah. Cabaran dikemukakan ke Mahkamah tentang keesahan Tariff yang dikenakan Trump.

9. Apa keputusannya? Okay, sebelum itu kita kena fahami, atas Tariff yang dikenakan Trump melalui IEEPA itulah, Trump ronda satu dunia untuk menekan negara lain.

10. Ke atas Malaysia, asalnya dikenakan 25%. Maka ditekannya kalau tandatangan, boleh dapat 19%, kalau tidak akan kekal 25%, atau mungkin naik sehingga 50-70% macam Tengku Zafrul katakan. Maka, Malaysia dengan “pantasnya” tandatangan.

11. Tiba-tiba (sebenarnya sudah boleh diagak), Mahkamah Agung Amerika Syarikat pada 20 Februari 2026 secara keputusan majoriti telah membatalkan Tariff yang dikenakan oleh Trump kerana Trump TIADA KUASA untuk mengenakan Tariff tersebut. Batal.

12. Tentulah Trump tidak puas hati. Trump buat perintah baru untuk kenakan semula Tariff. Tapi kali ini sebanyak 10% sahaja untuk sementara di bawah Trade Act 1974. Kononnya, dia berdegil menyatakan dia ada kuasa.

13. Episod kegilaan Trump yang sanggup “bulldoze” apa sahaja ini akan menjahanamkan beliau. Harapnya dia kalah pilihanraya.

14. Tapi yang agak melucukan ialah kita. Perjanjian yang telah kita tandatangani itu nanti jadi apa? Apakah Tariffnya kekal 19%? Atau boleh dikurangkan lagi kepada 10%? Atau masih sahkah perjanjian yang ditandatangi atas Perintah Eksekutif Trump yang sudah jadi tidak sah.

15. Jadi, yang kita terburu-buru dahulu itu kenapa? Thailand masih belum tandatangan ART sehingga hari ini. Mungkin mereka boleh tekan semula dan minta kurangkan lagi.

16. Benar, Tariff ini tidak dapat dielakkan dalam perdagangan antarabangsa, tapi biarlah cermat kita mengurusnya.

17. Soalan saya satu sahaja - dalam keadaan tidak sempat buat analisis manfaat kos sebelum tandatangani ART, dan katanya AGC telah semak Perjanjian tersebut - tidak terlintaskah kepada kita bahawa kemungkinan Tariff itu sendiri tidak sah kerana Trump tiada kuasa (dan tidak pernah ada Presiden sebelumnya melakukannya)?

18. Sama-sama kita nantikan tindakan seterusnya oleh Kerajaan kita.

DR. YUSFARIZAL YUSSOFF
Ketua Penerangan
PAS Selangor

1. Sebelum Trump datang, kita katakan kita akan “berdiri dihadapan pemerintah zalim” menyatakan bantahan kita.2. Ketika ...
21/02/2026

1. Sebelum Trump datang, kita katakan kita akan “berdiri dihadapan pemerintah zalim” menyatakan bantahan kita.

2. Ketika Trump tiba, kita bergoyang tanda girang, kata kita untuk menunjukkan warna budaya. Tidak apalah begitu.

3. Di hadapan Trump, kita menyatakan kagum dengan apa yang dilakukan untuk perdamaian di Timur Tengah.

4. Kita tidak bertegas atau lantang di hadapan Trump.

5. Kita juga menyokong Solusi 20 Perkara yang dicadangkan oleh Trump.

6. Sedari awal saya katakan, dan ramai katakan, tiada apa yang boleh diharapkan lagi daripada Trump untuk kita terkinja-kinja mendekatinya.

7. Hari ini jelas, Solusi 20 Perkara atau apa sahaja rencana, hanya tinggal sejarah semata-mata.

8. Sedangkan umat Islam di sana masih terus-terusan menderita.

DR. YUSFARIZAL YUSSOFF

Kredit Gambar: Greta Thunberg

TAZKIRAH SENJA RAMADANAwal Ramadan menentukan rentaknya. Mulakan dengan pengisian yang baik agar akhirnya juga indah. Lu...
21/02/2026

TAZKIRAH SENJA RAMADAN

Awal Ramadan menentukan rentaknya. Mulakan dengan pengisian yang baik agar akhirnya juga indah. Luangkan sedikit masa sebelum berbuka untuk muhasabah, ilmu dan peringatan.

📍 Hari: Sabtu
📆 Tarikh: 21 Feb 2026 | 3 Ramadan 1447H
⏰ Masa: 6.45 - 7.00 pm

▪️Penyampai : Al-Fadhil Ustaz Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi
Timb. Ketua Pengarah AKTAR DPPM
▪️Tajuk : Ramadan dan Puasa : Tiga Pasak Iman

🔴 Ikuti LIVE di Platform Zoom:
https://us06web.zoom.us/j/83574383597

Dibawakan oleh:
Akademi Tarbiyah (AKTAR)
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Address

81000
Kulai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share