NADI Felda Bukit Besar Kota Tinggi Johor

NADI Felda Bukit Besar Kota Tinggi Johor Latar Belakang Kami Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional dulunya dikenali Pusat Jalur Lebar Komuniti (Community Broadband Centre) Mukim Ulu Sungai Johor mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat FB Page rasmi kami. PEDi merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Sebanyak 12 NaDi rintis un

tuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

14/05/2026

📱❌ Anak susah lepas gajet?

Ikuti tip mudah untuk bantu kurangkan ketagihan dan galakkan aktiviti lebih sihat. 💡

Ibu bapa, jangan risau—ada cara untuk tangani. 👶🎨




14/05/2026

Inti pati Taklimat Krisis Bekalan Global pada 12 Mei 2026 menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara.




📢 JEMPUTAN WEBINAR LIVE NADI CYBERSECURITY 📢Assalamualaikum & salam sejahtera,Anda dijemput untuk menyertai webinar “Anc...
14/05/2026

📢 JEMPUTAN WEBINAR LIVE NADI CYBERSECURITY 📢

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Anda dijemput untuk menyertai webinar “Ancaman Siber di Tempat Awam” anjuran NADI x Cybersecurity Lifelong Learning.

🗓 Tarikh: 21 Mei 2026
⏰ Masa: 3.00 PM – 4.30 PM
💻 Platform: LMS Cybersecurity
👥 Sasaran: Belia, ibu bapa & dewasa

🔍 Ketahui pelbagai ancaman siber yang sering berlaku di tempat awam seperti:
✔️ Penggunaan WiFi awam yang tidak selamat
✔️ Pencurian data peribadi
✔️ Risiko keselamatan peranti mudah alih

✅ Syarat Penyertaan:
• Berdaftar sebagai ahli NADI
• Mempunyai akaun LMS Cybersecurity

📍 Lawati NADI terdekat anda untuk maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu keselamatan siber dan lindungi diri anda daripada ancaman digital! 🔐✨

14/05/2026

Tip musim panas: kekal berada di dalam rumah atau premis bagi mengurangkan pendedahan haba. ☀️

Gunakan kipas atau penyaman udara untuk memastikan ruang lebih sejuk dan selesa. ❄️




14/05/2026

🚨 AWAS! PENIPUAN TAWARAN KERJA SAMBILAN SEMAKIN BERLELUASA! 🚨​

Adakah anda sedang mencari kerja sambilan atau pekerjaan dari rumah? BERHATI-HATI! Statistik terkini menunjukkan 1,537 kes penipuan kerja dengan jumlah kerugian sebanyak RM31.8 juta hanya dalam 3 bulan pertama tahun 2026 sahaja! 😱​

Scammer semakin licik, terutama di media sosial dan aplikasi mesej seperti WhatsApp & Telegram. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa! 🛑​

💡 Berikut adalah TIPS untuk melindungi diri anda daripada job scam:​

✅Jangan Bayar Wang Pendahuluan: Nak kerja kenapa perlu bayar?​
✅Waspada Tawaran Kerja Terlalu Lumayan: Hanya ’like & folllow’ tapi gaji tinggi?​
✅Semak Latar Belakang Syarikat di laman rasmi seperti SSM​
✅Jangan Kongsi Maklumat Peribadi seperti nombor akaun bank, salinan IC, atau maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali​
✅Komunikasi Tidak Profesional: Berhati-hati tawaran kerja melalui media sosial seperti WhatsApp/Telegram​
✅Gunakan Portal Kerja Dipercayai: Elakkan tawaran kerja dari laman yang tidak berdaftar.​
✅Berhati-hati Dengan Muslihat Pulangan Awal: Jangan terpedaya dengan tawaran “komisen awal”​
✅Semak Dengan Pihak Berkuasa​

👉 Gunakan SEMAKMULE oleh PDRM untuk memeriksa akaun bank atau nombor telefon yang mencurigakan:🔗 https://semakmule.rmp.gov.my​

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:​

1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;​
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;​
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan​

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:​

📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.​
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.​
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

14/05/2026
14/05/2026
⭐️JOM PERIKSA MATA SECARA PERCUMA⭐️Kami menjemput anda untuk menyertai Program Pemeriksaan Mata PERCUMA & Jualan Cermin ...
14/05/2026

⭐️JOM PERIKSA MATA SECARA PERCUMA⭐️

Kami menjemput anda untuk menyertai Program Pemeriksaan Mata PERCUMA & Jualan Cermin Mata Raya yang akan diadakan seperti berikut :

📆Tarikh: 21 Mei ( Khamis )
⏰Masa : 9.30 pagi - 2.00 petang
📍Tempat : NADI FELDA BUKIT BESAR

🕶️Cermin mata rahmah bermula RM58
👓Cermin Multifocal bermula RM298

Apa anda akan dapat?
📌Pemeriksaan mata PERCUMA
📌Pelbagai pilihan bingkai cermin mata
📌Harga berpatutan untuk semua golongan

Jangan lepaskan peluang ini! Bawa sekali ahli keluarga dan rakan-rakan

📞Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-7639665

13/05/2026

📢BILA PERLU TUKAR MyKAD ANDA?🤔

MyKad yang rosak, tidak dapat dibaca atau bermasalah boleh menjejaskan urusan harian anda termasuk urusan perbankan, pengesahan identiti, klinik kerajaan, pendaftaran sekolah dan bantuan kerajaan.

📌 Antara tanda MyKad perlu diganti:
▪️ Kad gagal dibaca di mesin atau kiosk layan diri
▪️ Urusan di bank atau agensi kerajaan ditolak
▪️ Kad perlu dicuba berkali-kali untuk dikesan
▪️ Kad rosak fizikal seperti calar, retak atau bengkok
▪️ Kad terlalu lama digunakan sehingga cip haus atau terpadam

✅ Pastikan MyKad anda sentiasa berada dalam keadaan baik bagi melancarkan segala urusan rasmi dan perkhidmatan harian.



13/05/2026

🚫🍭 Awas Gula Berlebihan! 🍬❌

Jaga kesihatan si kecil—kurangkan gula, tingkatkan kesedaran! 💪👶




13/05/2026

Operasi membanteras jenayah seksual siber terus diperkasa menerusi kerjasama PDRM, MCMC dan negara serantau bagi melindungi keselamatan digital rakyat. 🛡️💻

Sepanjang empat operasi sejak 2024, ratusan tangkapan, rampasan peranti serta tindakan pendakwaan berjaya dilaksanakan terhadap jenayah seksual siber.




Address

No. 1 & 2 Kedai JPKK Jalan Titiwangsa Felda Bukit Besar Kulai
Kulai
81450

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60196466960

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Felda Bukit Besar Kota Tinggi Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Felda Bukit Besar Kota Tinggi Johor:

Share