27/12/2023
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Perkara yang kami amat tak lupakan, ada sedikit kisah yang telah meruntun hati kami sebagai penganjur...
Ada seorang peserta ni sanggup datang daftar sendiri berbasikal dari salah 1 Taman berhampiran mendekati meja urusetia, bila pihak urusetia bertanya pada si adik ni, "Mak tau tak nak Join ni??" Jawab si adik "Tak tau! Tak berani nak mintak izin".. Dengan pantas seorang abang urusetia bangun dan datang kepada adik tersebut "Dah Jom abang bawak ke rumah & Mintak izin" maka dengan kegembiraan si adik tadi menaiki kereta ala² kereta Polis urusetia kami..
Setibanya dirumah adik berkenaan, abang urusetia tadi memberi salam berulang kali tapi tiada yang menyahut, si adik tadi dengan muka sedih melihat wajah urusetia kami dan berkata dengan nada yang amat sayu "takpe la abang, macam tak dapat jee join". Urusetia kami pun agak hampa, tapi tetap Ikhtiar dengan sebaiknya demi memastikan si adik ni tadi dapat join program kami.. Abang urusetia mengambil mood dan memberi sedikit masa dengan memberi salam dalam nada yang agak keras dan kuat..
Setelah berusaha, maka keluarlah si ibu kepada si adik tadi, dengan keadaan tidak keruan dan menjawab salam "Waalaikummussalam, ada apa ye? Anak saya langgar kereta awak ke? Kalau langgar akak mintak maaf tiada duit nak bayar". Rupanya si ibu risau jika ada berlaku perkara yang tak di ingini.. Kemudian berlakulah proses memujuk si ibu untuk memberikan keizinan kepada si adik tadi.. Walaupun agak berat, si ibu tetap memberikan keizinan kepada anaknya dengan pesanan, "Jangan buat hal tau" tapi Kasih ibu kepada si anak untuk lihat anaknya sebagai pewaris keluarga, dalam diam ibunya menyiapkan semua peralatan Kem untuk kegunaan 2 hari & 1 malam..
Tanpa membuang masa, abang urusetia terus ambik beg plastik si adik tadi dan mengarahkannya memasuki kereta, sampai ke Masjid, si adik dengan perasaan yang amat gembira riang mendaftarkan diri..
Alhamdulillah, beliau berjaya mengikuti program berkenaan sehingga selesai dan mendapat banyak ilmu yang bermanfaat yang diajar oleh Imam Eksekutif Masjid Al-Taufiqiyah Al-Fadhil Ustaz Aizuddin Dan ceramah Anak Soleh oleh Al-Fadhil Ustaz Shafiee Idris dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim Daerah Kulai.
Kem Ibadah Smart Solat & Pertandingan Azan..
Antara salah satu program yang disediakan sempena Karnival Mega Belia 4T x Belia Masjid..